"Macam mana seronok tak jadi guru dekat sekolah rendah?" Soal Kak Rosnaidah.
"Sakit kepala, kaklong. Maklumlah tinggal berapa minggu lagi nak upsr. Budak-budak yang nak exam mesti lagi tertekan dari Qalisha." Aku menyandarkan kepala di kusyen kerusi.
"Kalau baru darjah enam alamatnya panjang dan banyak lagi lah peringkat-peringkat stress yang diaorang kena hadap. Lainlah kita, dah kerja huhu."
"Sombong ek? Mentang-mentang dah habis sekolah?"
"Well.."
Kami sama-sama ketawa. Kaklong memang banyak mulut terutama kalau tengah memandu. Sekarang ini kami sedang menuju ke jeti Jesselton. Kaklong aku tiba-tiba berbesar hati nak belanja aku tiket bot ke pulau Manukan. Katanya tengok kawasan pulau boleh buat kami hilang stress. Aku ikutkan saja walaupun aku sebenarnya malas.
Akhirnya selepas 45 minit perjalanan, sampai jua kami ke situ. Aku menunggu kak Rosnaidah selesai membayar wang tambang bot. Tak mahal pun. Satu kepala pergi dan balik, rm23 sahaja.
"Qalisha, jom."
"Dah selesai ek?"
"Ya. Tak apa ke?"
"Apa?"
"Qalisha kan mabuk laut."
"Baru sekarang kaklong terfikir? Haha..tak apa kaklong. Kejap je kan jadi relaks la hehe. Qalisha boleh tahan."
Kak Rosnaidah tersenyum lega.
Waktu itu hari sudah pun petang jadi kami kurangkan aktiviti dan cuma memilih untuk menikmati keindahan pesisir pantai. Macam biasa, kami takkan pulang selagi mata belum melihat panorama matahari terbenam.
"Tak ramai kan orang hari ni?"
"Biasalah Qalisha. Hari orang bekerja lainlah kalau hari cuti."
"Dah petang pun kerja lagi."
"Biasanya pukul 5 baru habis kerja tapi sekarang kan awal lagi."
Aku mengangguk. Kami duduk di atas kayu besar yang berada di situ sambil menikmati ais krim. Seronok juga buat macam ni. Maklumlah dekat sini udara dah la sejuk, makan ais krim yang sejuk pula. Terasa segar dan hilang semua penat di badan.
"Aduh..aduh." Kak Rosnaidah tiba-tiba merengek.
"Kenapa kaklong?" Aku memegang bahunya dengan cemas.
"Nak terberak." Dia tersengih menayangkan gigi gerahamnya.
"Ehhh...bencilah!"
"Betul lah. Sakit perut ni. Dah, ambil ais krim ni, tolong habiskan. Kaklong nak cari tandas."
"Ada ke? Tahu tak kat mana?"
Tanpa jawab soalan aku, kak Rosnaidah terus berlalu dari situ. Kelakar betullah, masa-masa macam ni lah perut kaklong aku meragam. Dah la jauh juga tandas dari sini.
Aku menjilat ais krim perisa keladi milik kak Rosnaidah yang sudah mula meleleh cair dan sesekali ais krim ku yang berperisa coklat mint juga turut dijilat. Tiba-tiba seekor anak anjing kecil berwarna coklat muncul di tepi aku.
Aku terus bangun dari situ dan menjarakkan diri daripadanya. Aku bimbang kalau dia jilat aku nanti tak pasal-pasal kena samak. Anjing kecil itu juga bergigi tajam, lagilah buat aku risau.
"Alamak.. Nak buat apa ni?"
Dia nak ais krim tapi takkanlah nak beri lagipun makanan ni sejuk. Aku takut pemilik dia marah. Maklumlah anak anjing ini dipakaikan baju dan ada tali di leher maknanya bukan anjing liar.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...