Hampir seharian juga aku berehat di bilik rawatan ini. Terasa bosan pula. Sebaiknya aku pulang dan berehat di rumah saja. Lagipun ketua aku telah memberikan keizinan untuk aku cuti rehat hari ini. Tugasku nantinya akan dikerjakan oleh housekeeper lain. Kesiannya orang berkenaan.
"Helo kaklong."
"Ya, Qalisha. Kenapa call kaklong?"
"Sibuk tak? Nak minta tolong hantar Qalisha balik rumah."
"Eh, awal lagi ni."
"Ketua bagi balik awal."
"Kenapa?"
"Nanti kat rumah, Qalisha cerita. Ambik Qalisha depan pusat kesihatan resort tau"
"Okeylah. Tunggu kejap. Nanti masa rehat kaklong datang ambik. Dalam 2.30 petang macam tu."
"Okey. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
Nampaknya setengah jam lagi baru kaklong sampai. Suga dari tadi lesap entah ke mana. Tadi dia keluar kejap untuk jawab panggilan tapi terus tak masuk-masuk dah. Suga dah balik bilik agaknya.
Sebenarnya, aku terharu juga dengan dia. Dengan sukarelanya dia duduk di sini jaga aku. Aku ada tanya dia kenapa nak teman aku, boleh pula dia cakap aku perasan lawa. Alahai.
Sejam yang lalu, Suga dah jadikan bilik rawatan ni macam studio dia pula. Betullah orang kata, dia gila kerja. Memang pun. Tadi dia sempat lagi menulis lirik lagu guna handphone canggihnya. Dekat tempat macam tu pun, dia guna untuk buat kerja dia. Masa yang sepatutnya digunakan untuk dia berehat dijadikan masa untuk menulis lirik lagu. Agaknya selain untuk tidur, Suga mungkin tidak pernah membuang masa macam tu saja.
Tapi bagus juga sebenarnya. Aku tiada topik nak sembang dengan Suga sekarang ini. Badan pun tak berapa kuat. Aku cuma perlukan satu je. TIDUR. Tapi takkan aku nak tidur depan dia. Aku dah lah jenis tidur mulut ternganga. Malu kot. Terpaksalah aku tahan. Dah menguap banyak kali dah.
Tinggal 20 minit lagi sebelum kaklong ku sampai. Aku perlahan-lahan berjalan keluar. Biarlah aku menunggu kaklong ku di luar bilik rawatan. Di luar sejuk, berangin. Aku duduk di atas sebuah bangku. Di tepi bangku tersusun bunga berwarna merah. Segar mata memandang.
Aku paling benci sebenarnya kalau bersendirian di luar. Fikiran mudah saja terganggu. Mulalah rasa diperhatikan. Rasa orang tengah mengjudge aku. Seolah-olah aku tiada kawan langsung. Sebelum semua fikiran negatif mengganggu emosi aku, sebaiknya aku hibur diri dengan mp3 kegemaran aku.
Paling aku minat ialah musik instrumental. Tapi dalam banyak-banyak jenis musik, aku sangat tertarik dengan musik box sebab ia menenangkan. Seperti tenangnya saat ibu memeluk dan menidurkan anak kecil.
Aku sendiri tidak faham kenapa sejak akhir-akhir ini aku mula meminati lagu Bts sampaikan aku dah jadikan bts music box sebagai lagu utama dalam playlist kegemaran aku. Entahlah. Aku tiada alasan.
Tenang sekali saat muzik dimainkan. Nada yang lembut dan menenangkan lama kelamaan menjadikan aku mula tersengguk-sengguk. Beberapa kali kepala terhayun-hayun ke bawah. Silap-silap bukan telefon di tangan sahaja, aku sendiri pun boleh terjatuh.
Tiba-tiba sahaja ada yang merampas telefon di tangan sehingga mengejutkan aku yang hampir terlelap. Aku tersedar sepenuhnya.
"Amboi, sampai keluar air liur basi."
"Eh, Yoongi Oppa." Terkejut gila aku dibuatnya. Cepat-cepat aku mengelap air liur. Malunya.
"Yoongi Oppa, bagi balik telefon saya. Masuk ni dah tiga kali dah awak main rampas macam tu."
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...