Semangat

142 12 0
                                    

Esok adalah hari yang sangat penting untuk Suga dan semua ahli Bts kerana esok mereka akan membuat persembahan di atas pentas Amerika Music Awards.

Hampir seharian mereka berlatih dan mereka juga perlu melakukan raptai sebagai persediaan awal bagi mengelakkan berlaku kesulitan atau kekeliruan semasa hari persembahan nanti.

Mereka dibenarkan berehat dan tidur awal malam ini bagi mengelakkan keletihan. Esok dari awal pagi sehingga majlis selesai mereka perlu ada di dalam dewan.

Selesai mandi di dalam tab, Suga mengelap rambutnya. Dia terhenti seketika sambil merenung diri di dalam cermin. Setitik air jernih menitik dari balik mata kirinya.

"Tak sangka esok dah harinya. Aku tak sangka benda yang paling aku mimpikan selama ini betul-betul berlaku. Aku..aku..."

Jujur Suga tidak menyangka bts boleh sampai ke tahap ini. Dia selalu mengimpikan boleh berada di puncak tertinggi. Mengalahkan semua orang yang pernah menghinanya dulu.

Mengenang kembali pahit getir dia selama ini, membuatkan Suga seakan tidak percaya hari ini akan tiba. Air mata yang menitis tadi adalah air mata kesyukuran.

"Hyung dah siap ke? Aku nak mandi pula." Namjoon menjerit dari luar.

"Ya, aku keluar sekarang." Suga membasuh mukanya kembali. Dia memang jarang sangat menangis di hadapan sesiapa pun. Cuma ada kalanya bila terlalu gembira, dia tewas juga.

"Lama mandi, bertapa sekali ke?"

"Banyaklah kau, Namjoon." Suga tergelak kecil.

Setelah selesai memakai pijama berwarna biru, Suga membaringkan diri di atas katil sambil termenung. Sebetulnya saat ini dia tiada nafsu hendak tidur. Perasaan gementar yang dirasakan saat ini benar-benar mengganggunya. Suga sudah lama tidak berasa teramat cemas seperti sekarang ini.

"Aaarhhh macam mana ni? Aku berdebar sangat. Habislah kalau sampai effect persembahan malam esok. Diri aku ni buat hal lah."

Puas Suga cuba bertenang tapi gagal. Padahal banyak jam lagi sebelum saat itu menjelma. Mulut terasa mengering akibat terlalu gementar.

Suga cuba mengawal gugup dengan melayan anime kesukaannya. Dia bukan fanatik sangat tapi ada anime tertentu yang dapat memberikan keseronokan yang menghentikan perasaan cemasnya untuk seketika.

"Eh, mesej dari Qalisha. Bila dia hantar ni?"

Suga memeriksa di bahagian detail mesej tersebut. Ternyata Qalisha menghantarnya siang hari tadi sewaktu Suga sibuk berlatih menari.

Dia membaca mesej tersebut dengan teliti.

Maaf ganggu Yoongi Oppa. Tiba-tiba saja saya rasa nak tanya Oppa.

Saya ada tengok oppa punya ucapan tahun baru.

Oppa cakap, tak apa kalau kita tak ada impian. Betul ke tak apa? Saya tertarik nak tahu pun sebab itu yang kadang-kadang saya rasakan sekarang.

Tak perlu balas. Saya cuma nak share saja.- Qalisha.

"Susahlah hidup kau kalau kau tak cipta impian kau sendiri. Baik aku bagi nasihat sikit kat kawan aku ni."

Suga mula menaip ayat mengikut apa yang ada di hatinya. Dia selalu memberi nasihat kepada member bts yang kesedihan termasuklah mana-mana Army yang memerlukan sokongan darinya.

Qalisha, tak apa kalau tak ada impian. Asalkan kau selalu hidup dengan bahagia.

Dulu aku pun macam tu. Namjoon pun. Tapi kami terus hidup dan bekerja sebabnya kami tak boleh mati.

Tapi selepas masa berlalu, impian tu muncul dengan sendirinya dan tengoklah diri aku. Aku tiba-tiba ada impian nak ada kat puncak tertinggi.-Suga.

Dia terasa ada sesuatu ayat yang dia nak sangat taip dan hantar tapi patut ke?

Terima kasih. Aku tak tahu kenapa dan macam mana tapi aku rasa suka dan bersyukur dapat kenal kau.-Suga

Suga delete kembali mesej tersebut. Bimbang juga dia kalau Qalisha fikir bukan-bukan nanti. Malulah dia.

Walaubagaimanapun, setelah memberi semangat kepada Qalisha secara tidak langsung dia mendapat semangat untuk berjuang hari esok. Beban yang memuncak tadi terasa berkurang. Sekarang tanpa menonton anime, dia dapat melelapkan mata dengan selesa.

(Kalau ikutkan yg saya tengok kat youtube Suga berdebar gila masa nak buat persembahan hari tu. Apa yg jadi agaknya malam sebelum hri persembahan confirm dia berdebar nak mati. Mcm sy gk msa nk present lam klas hehe. Btw prnh rasa x, bila kte bg smangat kt org, kte pun akn rsa lbih positif n kuat. Hilang separuh beban kita.😊)

When I met SugaWhere stories live. Discover now