"Hyung!"
Belum sempat Suga memulas tombol pintunya, dia terdengar suara Maknae dan Jimin memanggilnya. Suga terus menoleh.
"Jomlah ikut kami pergi berenang dekat pantai, Yoongi hyung." Ajak Jimin dengan wajah yang ceria.
"Ya hyung. Jomlah. Rugi tau kita datang Spain jauh-jauh tapi buat taik mata je." Jung Kook juga ikut memujuk.
"Aku nak ikut tapi sekarang sel-sel kulit mati aku perlukan hibernasi. Nanti terencat pula proses transformasi dia. Esok je lah ya." Seperti biasa kalau Suga tak nak buat sesuatu dia akan reka alasan yang merapu.
Jimin dan Jung Kook mencebik dan rasa malas nak paksa Suga. Lepas tu mereka pun bergandingan bersama keluar ke pantai berhadapan hotel mereka.
"Weh tunggu aku. Nak ikut juga cari anak ketam." Namjoon mengikut dari belakang.
Suga menghembuskan nafasnya dan melangkah masuk ke bilik. Bukan dia malas atau mengantuk tapi dia cuma rasa tak ada mood sangat-sangat.
Suga membuka sedikit langsirnya sebelum menghempaskan punggungnya ke atas katil yang bercadar putih. Di kirinya ada bunga ros putih yang terhias indah dalam sebuah bekas kaca.
Pandangan Suga dihalakan ke keluar jendela kaca. Dari jauh dia nampak Jimin dan Jung Kook bermain dengan riangnya di pesisir pantai. Jung Kook nampaknya sedang mengajar Jimin teknik taekwondo. Jimin hanya memandang sahaja. Namjoon pula sedang ketawa melihat gelagat mereka berdua sambil merakam video.
"Ahh penatnya." Suga berbaring di atas katilnya. Telefon dibiarkan di tepi kerana tiada apa yang menyeronokkan untuk dilayan.
Sejak berpisah dengan Qalisha, dia sentiasa memastikan jadual kerja dan hariannya penuh. Baginya, kesibukan adalah kaedah terbaik untuk melupakan kepedihan yang ditanggung.
Suga dan ahli Bts datang bercuti ke Spain untuk melupakan kekusutan dan masalah tapi dengan adanya masa lapang yang banyak ini membuatkan minda Suga asyik mengingat hal yang dia tidak mahu kenang lagi. Masa lapang bukan menghilangkan masalah tapi membuat dia menjadi makin bermasalah.
Suga mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Dia tersenyum kecil.
"Kau tengah buat apa hah sekarang?
Dah makan belum?
Kau dah habis peperiksaan ke?
Mesti kau selalu gagal exam kan sebab layan video kitaorang?
Aku patut tarik telinga kau kalau kau gagal."
Suga bermonolog sendirian sambil menilik gelang hitam yang dahulunya pernah bertukar pemilik.
"Kalaulah kau tahu, aku rindu kau sangat-sangat, mesti kau gelakkan aku kan? Pabo!"
Ingatan Suga mula terimbas kembali pada hari dia meninggalkan Qalisha dan memutuskan perhubungan mereka berdua.
.
.
.
"Suga hyung, pergi mana? Puas aku cari." Namjoon bersuara agak kalut ketika melihat Suga yang baru muncul bersama pengurusnya.
"Aku nak pergi salin pakaian kejap." kata Suga.
"Hyung, kau okey ke ni?" Namjoon perasan mata Suga agak sembab dan hidungnya merah.
Suga hanya mengangguk tapi Namjoon belum berpuas hati dan ingin menyoal lagi tapi dihalang oleh pengurusnya.
Suga terus berlalu dari situ untuk bersolek dan memakai pakaian untuk persembahan yang akan berlangsung sejam lagi.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...