Tahun baru hampir menjelma. Banyak yang telah berlalu dalam hidup aku. Bts juga telah pun menamatkan era Love Yourself bulan Ogos yang lalu. Aku pula telah menamatkan kesedihan ku dengan mengikhlaskan segala yang telah berlaku. Apa pun kehidupan perlu diteruskan.
"Sha, dah siap kemas ke?"
"Sikit je lagi, awak."
"Cepat sikit tau."
Sudah berminggu-minggu hujan lebat membasahi bumi Melaka. Akhirnya separuh kawasan tempat tinggal kami dinaiki air. Rumah sewa kami juga sudah dimasuki air oleh itu kami terpaksa berpindah ke pusat pemindahan untuk seketika.
"Apa lagi ya barang penting?" Kata ku sambil menyeluk laci meja belajar.
Aku mengeluarkan fail lama yang tersimpan kemas di dalam laci itu dan secara tidak sengaja semua kertas yang berada di dalamnya jatuh ke lantai.
"Alamak.. Jatuh la pula."
Ketika aku tunduk hendak mengutip kertas-kertas yang bertaburan, aku ternampak sesuatu. Serta-merta aku berasa sedih.
"Kenapa aku masih simpan gambar ni?" Di tangan ku ada gambar polaroid yang ditinggalkan atau sengaja ditinggalkan oleh Suga di dalam beg kertas yang berisi hadiah baju untuk ku.
"Kenapalah aku masih rindukan kau, oppa?"
"Qalisha, dah siap ke?" Hanum melaung dari bawah.
"Saya turun sekarang." Aku cepat-cepat mengemas kembali kertas tersebut. Gambar polaroid itu aku simpan di dalam poket baju kurung ku.
Skip
"Agaknya berapa hari kita terpaksa tinggal dekat sini. Tak seronok la tinggal di pusat pemindahan. Susah. Semua benda kena kongsi. Bab kongsi tandas yang paling saya menyampah." Rungut Hanum, roomate ku sambil menarik bagasinya memasuki tempat yang menjadi pusat pemindahan kali ini.
"Entah la awak tapi saya harap tak lama sangat. Dua tiga hari pun dah rasa lama sangat dah."
"Awak, jaga beg saya kejap boleh? Nak pergi tandas."
"Oh, boleh. Pergilah."
Aku memilih tempat di kerusi berdekatan mesin air minuman dalam tin. Di hadapan ku kelihatan beberapa orang lagi yang bakal menghuni kawasan ini. Ada orang tua, kanak-kanak dan pelajar universiti seperti kami juga ada.
Aku menongkat dagu di meja. Tiba-tiba aku teringat kembali gambar polaroid yang masih ada dalam poket baju. Aku keluarkan gambar itu dan melihatnya sekali lagi.
"Yoongi. Aku lega sebab aku dah boleh terima perpisahan kita cuma aku harap hidup kau jadi lebih baik selepas ni dan tak sesedih hidup aku."
Aku mengelus gambar itu tapi ada sesuatu di gambar itu yang menyebabkan tumpuan ku terganggu. Sebelum ini aku tidak perasan ada tulisan di gambar tersebut. Aku baca tulisan tersebut.
"The Truth Untold -Bts? Macam tajuk lagu bts dari Album Tear."
Bila difikirkan balik, Suga selalu meluahkan apa yang dirasa melalui lagu jadi adakah dia sendiri yang menulis tajuk lagu itu di situ supaya aku mengetahui tentang apa yang sebenarnya terbuku di hatinya.
Aku segera mengeluarkan handphone dan buka aplikasi Google. Aku menaip kata kunci 'The Truth Untold Bts song meaning'
Aku mengamati satu persatu lirik tersebut dan cuba memahami dengan hati.
This garden
In full bloom with loneliness
Nothing but thornsI’ve tied myself up in this sand castle
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...