Beberapa tahun telah berlalu dan kini aku telah pun berjaya menamatkan zaman universiti pada awal usia 24 tahun tapi susah juga untuk mohon pekerjaan waktu itu memandangkan ramai graduan yang baru keluar dari universiti tahun itu.
Masa tu aku dapat peluang bekerja sebagai jurutera bioperubatan. Susah juga sebab ia lebih berfokus kepada penciptaan softwares untuk perubatan tapi aku dah lama dah berhenti sebab tak minat. Dua tahun juga aku bekerja di situ.
Sekarang setelah beberapa bulan menganggur, aku buat keputusan untuk cari kerja baru. Aku ada mohon dua tiga pekerjaan lain dahulu sebagai persediaan. Maklumlah aku perlu sediakan wang untuk membayar pinjaman ptptn aku dengan segera. Alhamdulillah permohonan ku untuk menjadi guru ganti akhirnya diterima. Cumanya bukan di sini tapi di Sabah. Menurut kak Rosnaidah sekolah itu berdekatan rumahnya. Senanglah aku nanti.
"Kaklong, buat apa kat bilik? Mak Jah datang ni." Panggil ibu ku.
Aku segera keluar dari bilik dan pergi beramah mesra. Sebenarnya aku kurang selesa dengan Mak Cik Jah sebab setiap kali dia datang mesti dia sentuh topik yang aku tak selesa nak sembang.
"Mak Cik Jah datang dari mana ni?" Aku cuba maniskan muka dan duduk di sebelah ibu ku.
"Dari kedai runcit lepas tu datang singgah sini kejap."
"Oh ya ka?"
Perbualan ibu dan Mak cik Jah agak rancak juga cuma aku malas nak masuk mencelah. Biarlah mereka. Lagipun aku tak tahu kenapa kalau dengan sedara mara aku tak rapat sangat. Tak tahu nak sembang apa.
"Bila nak kahwin?"
"Hah? Tunggulah dulu Mak Cik Jah, saya tak rasa nak kahwin lagi. Lagipun muda lagi."
"Umur dah berapa? Nak tunggu berapa lama lagi. Anak bongsu Mak Cik Jah pun dah anak dua. Takkan Qalisha nak kekal bujang sampai tua. Tak baik lambatkan benda baik macam ni."
"Ya, Qalisha betul kata Mak Cik Jah. Kamu tu dah hampir nak masuk 27 tahun. Mak teringin nak ada cucu. Dah la kamu tu anak sulung." Ibu ikut menyokong kata-kata Mak Cik Jah.
Aku mula rasa tak puas hati. Aku tak suka orang paksa aku. Soal perkahwinan bukan hal main-main. Aku rasa sedih sebab sejak akhir-akhir ini semua orang asyik suruh aku cepat kahwin. Aku tak nak.
"Tak apalah Mak Cik Jah saya tak bersedia lagi."
"Ke nak Mak Cik Jah carikan? Tu anak bekas penghulu kampung lama dah membujang. Dia pun tengah cari calon isteri. Rasanya tua setahun je dari kamu."
"Betul ke Jah? Boleh juga tu."
"Mak, Mak cik Jah tak apalah saya betul-betul tak nak jadi isteri lagi." Aku mula cemas bila ibu seperti menerima cadangan Mak cik Jah.
"Kenapa pula tak nak, eh budak ni." Marah ibu.
Selepas kepulangan Mak Cik Jah aku menangis di dalam bilik. Aku tak suka macam ni. Biarlah aku tentukan sendiri. Ini masa depan aku. Kenapa kita perlu berkahwin dan buat sesuatu hanya kerana takut orang mengata. Aku memang sakit hati dengan sikap Mak Cik Jah tapi aku lagi sakit hati bila ibu pentingkan kata-kata orang luar dari anak sendiri.
Aku rasa tertekan jadi aku ambil anak kunci motosikal dan ingin keluar mengambil angin di luar. Aku segera menyarung selendang dan baju t-shirt lengan panjang berwarna gelap.
"Nak ke mana pula ni?" Tegur ibu.
"Bersiar-siar kat luar kejap."
"Duduk dulu. Abah ada nak cakap sesuatu." Pinta ibu. Abah ku sedang menunggu aku di ruang tamu.
"Ada apa abah?"
"Ada kawan abah tadi jumpa abah cakap dia berkenan nak jadikan Qalisha menantu. Abah tak kisah, kalau Qalisha suka abah boleh minta mereka datang." Kata abah ku.
"Ya, macam mana Qalisha? Mak bukan memaksa cuma baguslah kalau Qalisha kahwin sekarang. Kalau lambat nanti susah. Banyak komplikasi pula masa mengandung. Ke Qalisha dah ada calon?" Tambah ibu ku.
"Sebenarnya.. Qalisha tak boleh sebab Qalisha dapat kerja jadi guru ganti di sekolah dekat rumah kaklong. Dua minggu lagi Qalisha kena lapor diri."
"La sebab tu ke?" Ibu agak terkejut sebab sebelum ni aku tak cerita lagi berita ini kepada keluarga ku. Tiba-tiba sahaja aku cakap nak ke Sabah.
"Pasal anak kawan abah tu, nanti Qalisha fikirlah masak-masak. Dia betul-betul harap boleh berbesan dengan ayah dan anak dia pun ok kalau Qalisha jadi isteri dia. Dia cakap dia tak kisah."
Aku hanya mengangguk lalu bersalaman dengan mereka sebelum keluar ke satu tempat untuk tenangkan diri.
Aku kini sampai jua di pantai. Entah kenapa bila ke pantai jiwa aku rasa agak tenang. Cuma bila bersendirian di sini, tak pernah tak tumpah air mata aku.
"Aku tak nak kahwin lagi ya Allah.. Aku tak tahu kenapa jadi macam ni." Aku lap air mata.
Selepas mengalami kegagalan dalam percintaan, hati aku seperti tertutup rapat. Susah untuk aku buka kembali. Aku bukan belum move on cuma aku jadi macam tiada hati pada lelaki.
Banyak tahun telah berlalu, aku sudah tidak merasakan kesedihan akibat berpisah. Masa telah merawat segala-galanya. Aku juga bukan menyimpan harapan untuk bersama lagi dengan Suga cuma aku tak dapat membentuk perasaan yang sama kepada lelaki lain seperti yang aku rasakan bila dengan dia.
Suga dan bts masih lagi bertahan di industri muzik sehinggalah ke hari ini. Mereka adalah group senior yang sangat dihormati di Korea. Aku lega sebab Suga masih berpeluang menyumbang dalam bidang muzik. Hidupnya terus membangun walaupun aku telah membuat emosinya tercalar.
Cuma aku perasan trend lirik lagu Suga semuanya tentang break up sejak dulu dan sehinggalah kini. Contohnya lagu terbarunya See Saw juga tentang perpisahan. Mungkin jika sebut tentang cinta hanya perpisahan yang mengelilingi hidupnya.
Mengikut apa yang dikhabarkan di internet, esok dah masuk seminggu hari kepulangan Suga dari khidmat tenteranya. Dia menyertai khidmat tentera agak lambat dari warga Korea yang lain. Hanya kumpulan bts yang dapat keistimewaan ini. Ramai Army yang rindukan dia dan sebenarnya aku tak dapat menipu diri, aku juga rindukan dia. Selepas ini dia akan mula menyanyi kembali.
"Kesian dia.. Mesti dia dah botak sekarang haha eh kenapa pula aku kena fikir pasal dia Allahu."
Aku sudah membuat keputusan setelah aku menyelesaikan tugas ku sebagai guru ganti, dan sekembalinya aku dari Sabah, aku bersedia untuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.
Aku rasa aku tak perlu mengelak lagi sebab aku percaya aku sudah tidak mampu untuk jatuh cinta dengan orang lain. Jadi biarlah aku berkahwin dengan sesiapa sahaja yang boleh menerima aku dan mungkin dengan izin Allah aku mampu terbuka hati untuk menerima cinta lelaki yang nantinya bergelar suami ku.
Menunggu Suga bukan pilihan yang tepat. Percintaan kami sahaja tak mudah inikan pula jika berlanjutan sehingga ke perkahwinan. Aku patut terima sahaja pilihan ibu bapa kerana orang kata kalau jodoh yang direstui kedua ibubapa biasanya kekal lama.
(Apa pendapat korang pasal mv IDOL, terkejut saya macam baru lepas minum ketum haha. Unik gila tapi best.lagu see saw Suga lagi gila rasa macam saya dah teroverdose ketum😂
Yang paling tak sangka ada pula lagu serendipity full version. Gempak betul. Dah la dalam bab lagu untuk mu , saya buat scene Suga hadiahkan lagu tu untuk Qalisha sempena comeback bts. Haha tak sangka dapat merasa secara live tunggu lagu serendipity semasa bts comeback mcm yg Qalisha alami. Kebetulan sgt.)
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...