Selesai menyapu ubat di lengan ku, aku membaringkan badan di atas katil. Aku memejamkan mata, cuba untuk tidur tapi tak boleh. Aku tetap tak boleh lena. Sebab fikiran tentang Suga asyik mengganggu aku.
"Esok hari terakhir Suga kat sini. Ya Allah, sedihnya. Kalaulah boleh aku tak nak biar dia pergi."
Anak patung dolphin biru yang selalu ku letakkan di tepi bantal aku capai. Memang kalau tengah serabut, aku 'berbual' dengannya. Maklumlah dulu ada kucing hitam buat peneman tapi sekarang dah mati. Boneka je lah yang masih ada dengan aku sampai sekarang.
"Dolphin, macam mana ni? Aku tak nak Suga balik. Sedih lah kalau kena pisah dengan dia. Aku tahu aku bodoh kalau cakap macam ni, tapi mana kita boleh kawal hati kita. Dah dia layan aku baik sangat, mestilah aku cair. Salah dia. Bukan aku, Dolphin. Ahh..serabutnya lah"
Aku menyembamkan muka di atas bantal busuk tersebut. Aksi ku tidak sengaja dilihat oleh kaklong. Kebetulan pula pintu tak kunci jadi kaklong ku terus saja masuk ke bilik.
"Ha ni dah kenapa meroyan malam malam ni. Takkan sawan kot sebab drama kesukaan dah tamat?" Kaklong tersengih melihat aku yang kelihatan kusut.
"Eh Kaklong, terkejut Qalisha. Nasib baik Qalisha pakai baju lengkap. Kalau tak, tercemar maruah Qalisha." Aku melawak tapi rasanya terlebih nakal pula ayat aku tadi.
"Tak ingin kaklong, bukan ada abs pun."
"Tak sesuailah perempuan ada abs ni, bagi Qalisha tak feminin."
Aku memang kurang menggalakkan perempuan untuk mempunyai otot lain lah kalau lelaki. Menurut adik perempuan ku lelaki berotot memang nampak bergaya dan seksi. Dulu aku tak faham kenapa perempuan bersorak bila lelaki tayang badan, tapi sekarang bila dah dewasa aku faham.
"Tadi kaklong tengok stress semacam ni kenapa? Cuba cerita." Kaklong melabuhkan punggungnya di sebelah ku. Aku membetulkan posisi ku dengan menghadapnya.
"Takde apa pun." Aku belum berani menyuarakan masalah aku kepada nya. Lagipun ini adalah soal hati dan perasaan. Namun bila terpaksa pendam seorang diri ia buat aku makin tak keruan.
"Kamu suka artis tu kan?"
Aku terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut kaklong ku. Macam mana tekaan dia boleh jadi begitu tepat sekali. Macam mana dia boleh baca perasaan aku pada Suga.
"Kenapa kaklong cakap macam tu?"
"Adik kaklong takkan rapat dengan lelaki kalau lelaki tu tak penting bagi adik kaklong ni."
Ada betulnya juga kata kaklong. Setelah beberapa tahun ini, aku jarang bergaul dengan orang. Aku hanya berpura-pura senyum dan ketawa di hadapan orang kerana aku hormat akan lawan bicaraku. Selebihnya, aku sentiasa mengelak daripada berhubungan dengan orang ramai. Sampai satu tahap perasaan sunyi sudah semakin menebal. Namun lain pula bila di dekat Suga. Aku jadi tenang dan berani bersuara.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...