Ini bukan kali pertama aku melaluinya tapi entah kenapa kali ini rasa sebaknya sangat kuat. Air mata ku tahan semampu mungkin. Entah apa yang tidak kena dengan aku. Aku sendiri tidak faham. Dari semalam lagi mata ku berair.
"Qalisha." Panggil Kak Katie.
"Kenapa kak Katie?"
"Qalisha, okey tak. Macam tak sihat je."
Kak Katie rasa bimbang dengan aku mana tidaknya mata ku merah dan hidung ku berair. Semuanya kerana aku menahan tangis. Siapa yang takkan rasa sedih bila orang yang kita suka akan pergi dari hidup kita. Walaupun perasaan tidak dibalas tapi asalkan masih boleh melihat dia dari jauh itu pun sudah cukup membahagiakan. Tapi hari ni peluang tersebut akan berakhir.
"Takde apa Kak Katie. Biasalah sapu perabut, berhabuk. Jadi rasa tak selesa sikit." Aku cuba berselindung.
"Jangan sakit pula bah. Kamu tu ada asma." Pesan Kak Katie aku balas dengan senyuman nipis.
-Di lobi hotel-
Jam menunjukkan pukul 11 pagi, Suga dan semua ahli bts termasuk krew produksi telah pun bersiap sedia untuk pulang ke Korea. Hanya menunggu kereta yang ditempah khas datang menjemput mereka semua.
"Hyung, waeyo?" Tegur Jung Kook sebab dari tadi dia nampak Suga macam tercari-cari sesuatu.
''Ani."
Sebenarnya Suga sedang mencari Qalisha. Entah kenapa dia rasa macam berat hati hendak meninggalkan tempat itu. Dia terasa ingin lebih lama lagi di sini. Suga sendiri tidak faham kenapa dia harap gadis itu muncul saat ini.
"Hyung, senyumlah dekat peminat, kita dah nak balik dah kejap lagi." Ujar Jhope.
"Tak larat."
Memang kebiasaan Suga kalau dia tak suka dia akan buat ekspresi 'malas layan' nya itu. Jhope dan ahli bts yang lain pula sibuk membuat pose yang pelbagai. Suga hanya senyum kecil sahaja supaya peminat tak perasan apa yang bermain difikirannya ketika ini. Suga terasa gelisah semacam.
Sementara itu, aku masih di dalam sebuah bilik di tingkat dua. Aku terlalu ingin melihat Suga buat kali terakhir tapi aku tak berani. Macam mana kalau air mata aku tumpah depan dia. Aku takut dia tahu perasaan aku. Selama ini, dia tak pernah ada dalam hidup aku tapi sekarang dia juga takkan ada lagi dalam hidup aku tapi kenapa perasaan aku tidak sama seperti dulu lagi.
"Takpelah, kalau aku fokus pada kerja, aku mesti takkan ingat dekat Yoongi lagi.''
Bahagian atas meja aku sental perlahan-lahan. Kaca mata ku tanggalkan dan ku biarkan di atas meja. Setitik air jernih mula menitik di atas permukaan meja sewaktu aku menundukkan kepala. Aku tetap meneruskan pekerjaan ku walaupun aku dapat merasakan kehangatan air jernih yang membasahi pipiku.
Sesekali aku mengesatnya dengan tangan.-Di hadapan lobi hotel-
Akhirnya lima buah kereta hitam mewah muncul di perkarangan pintu keluar hotel. Maknanya, sudah sampai masa untuk mereka meninggalkan bumi di bawah bayu ini.
Suga masih memandang ke arah peminatnya. Mana tahu seperti dulu, Qalisha akan tiba-tiba muncul. Dia sendiri tidak faham kenapa dia rasa dia belum bersedia untuk melangkah dari situ sekiranya tidak melihat wajah Qalisha terlebih dahulu.
''Hyung, jom.'' Ajak Namjoon.
"Takpe, pergi dulu. Aku nak tengok peminat kejap."
Satu persatu ahli bts masuk ke dalam kereta tersebut. Beberapa petugas sedang memunggah barang ke dalam van beserta dengan beberapa krew produksi yang turut mengemas barang shooting.
"Yoongi, kaja."
Pengurus Suga menarik tangan Suga dan memintanya segera masuk ke dalam kereta kerana mereka perlu menuju ke airport. Walaupun di saat akhir, Suga masih sempat menoleh ke belakang, tapi Qalisha tetap tidak muncul. Dia terasa agak hampa.
-----------------------------------------------------
Aku melihat keretanya berlalu pergi. Ya, aku ada di sini sejak tadi. Berdiri dari jauh di balik dinding. Aku teringin sekali senyum dekat dia, ucap selamat tinggal dekat dia seperti seorang kawan sebenar tapi aku tak kuat. Air mata aku sahaja dah menjelaskan segala-galanya. Aku menyandarkan diri ke dinding. Terasa berat ujian kali ini. Perasaan ku sudah sakit tapi kali ini rasa cinta malah menambah kesakitan pada hatiku.Tut..tut..
Satu mesej masuk, menghentikan kesedihan untuk sesaat.
Qalisha, sibuk betul kau sampai member sendiri nak balik pun buat tak hirau.- Suga
Rindu? -Qalisha
Kenapa? Kau rindu juga ke? -Suga
Entah tapi terasa, sikit. Gila kan? -Qalisha
Aku benarkan -Suga
Terima kasih. Jalan elok-elok. Jangan rindu saya. -Qalisha
Pabo. Bye. -Suga
SubnaAllah, aku tersenyum lagi walaupun waktu tu air mata masih lagi mengalir. Aku lupa satu hal, walaupun dia jauh dari aku, tak sedar perasaan aku, tak balas cinta aku tapi sekurang-kurangnya dia masih hidup.
Aku masih boleh mendoakan kejayaannya dari jauh, melihatnya tumbuh dengan baik dan selalu tersenyum di dunia ini. Sekurang-kurangnya dia tidak pergi selama-lamanya seperti Jong Hyun. Dia ada di sini. Di dunia Ilahi. Menyedari hakikat itu, hati terasa terubat. Terasa tenang dan damai. Orang yang aku cintai masih di sini. Di hatiku, di bawah lindungi Ilahi.
Kalau dah habis scene kat Malaysia, maknanya kena fikir negara lain pula kan? Haha..serius takde idea.
Erm sje nk selit, dalam hidup kita ni mesti kita pernah rasa benda ni kan. Kalau sy sendiri masa mula-mula parent nak tinggalkn sy lpas hntar sy ke universiti. Sebak gila. Lepas ni sapa-sapa reader yang kena masuk universiti jauh-jauh akan rasa sendiri. Kalau yang first time tu akan terasa sedih gila. Kalau anda tak nangis pun tapi parent nangis depan anda, ingat tak sebak? Tambah lagi kalau mak ayah bagi nasihat terakhir time tu. Sayu kot. 😞
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...