Kenapalah dia tak call aku langsung. Daripada semalam lagi. At least tanyalah khabar. Lengan aku ni sampai tak boleh hayun lagi tau.
Ya Allah..Aku ni dah kenapa? Takkan aku crush kat dia pulak. Aduhh.. Nak call ke? Ke tak payah. Haishh bencinya.
Dalam aku sibuk berdebat dengan diri sendiri, telefon berdering.
"Helo Suga?"
"Amboi..Suga? Kuatnya mengelamun ni Akiko la."
"Oh Aki-chan rupanya. Maaf-maaf." Alahai malunya aku. Buat-buat mimpilah.
"Jomlah turun. Ada makan-makan kat bawah ni. Ada orang belanja."
"Ok. Lepas salin baju saya turun. Jangan habiskan hehe.."
Aku segera ke kafetaria. Makanan free tak patut dilepaskan. Telefon ku charge di dalam bilik sebab bateri tinggal 15 peratus sahaja.
Di kafetaria, Akiko menawarkan dorayaki dan Takuyaki kepada aku. Allah, nak termuntah aku. Bukan tak sedap tapi tekak orang Melayu lain macam sikit. Cepat-cepat aku minta diri sebelum perutku di sumbat dengan macam-macam makanan pelik lagi.
"Bateri phone dah penuh ke?. Eh Siapa pula miss call ni?. Allahuakbar Suga ke.. Alahai apesal aku tak bawa telefon tadi. Ruginya. Takkan aku nak kena call balik. Malulah. Nanti nampak terhegeh-hegeh pula."
Rasa menyesal pun ada. Tut tut..mesej masuk.
call aku balik.-Suga
Alang-alang dia dah bagi green light ni elok aku call terus. Ada hal penting kot. Kalau tak kenapa dia beria hubungi aku.
"Helo, Yoongi Oppa." Berdebar aku. Tunggu dia jawab.
"Ya.
"Kenapa call saya?"
"Petang ni keluar jom. Aku ada masa lapang sejam setengah saja. Lepas tu malam ni dah kena bertolak balik Seoul."
Ya. Baru aku teringat. Hari ni hari terakhir di sini. Sayu pula aku rasa. Harap sangat dia lama lagi kat sini.
"Awak ajak saya keluar? Untuk apa?"
"Dating"
Perangai lelaki. Kalau dia berani buat lawak playboy macam ni. Mesti dia tiada langsung perasaan dekat perempuan tersebut. Sebab kalau dia suka kat perempuan, nak bercakap pun, rasa macam ayat tersekat-sekat. Apatah lagi nak sebut benda ni.
"Haha..date pulak. Kenapa kena dengan saya?" Saja aku curious.
"Obvious sangat soalan kau. Takkan tak tahu lagi."
"Tahu apa?"
"Aku suka kau"
Sekali lagi. Lawak yang sama. Kalau berkali-kali dia sebut ayat ni, aku rasa aku mungkin terpengaruh.
"Sempat lagi dia ni."
"Dah, esok jam 3.30 petang."
Macam biasa suka buat keputusan sendiri tanpa tanya aku. Mentang-mentang aku lagi muda. Untung masa free dia hari ni adalah sama dengan masa free aku sekarang. Kalau tak, melepaslah.
"Eh, takpe ke? Saya takut wartawan nampak pula."
"Tak payah bimbang la. Tu urusan aku. Pandai-pandailah aku cover."
"Tapi saya..."
"Ni kan dah last kita jumpa. Mana tahu aku mati dalam kapal terbang ke?"
"Hish..jangan minta benda tak elok macam tu."
"Dah agak dah..nampak sangat kau sayang kat aku. Kau suka aku kan?"
Malas aku nak layan. Gurauan macam tu, aku takut aku teranggap ia real jadinya aku cepat-cepat tukar topik.
"Esok kat mana?"
"Nanti aku mesej alamat. Make sure datang. Aku bukan nak berlagak apa, tapi aku dah pernah bunuh orang sebab tak tepati janji."
Buat lawak yang macam ni, okey.
"Ya, saya datang, ada je tepi awak esok."
"Bye, kau tak nak ucap Saranghe ke?"
"Tak faham bahasa Alien. Bye."
Cepat-cepat aku hentikan panggilan. Terserahlah dia nak marah ke apa.
Walaupun lawak tahap playboy kadang-kadang membuat aku tersengih, tapi aku tetap rasa takut. Takut kalau aku tak dapat kawal hati aku. Ini kali pertama, aku jadikan lelaki sebagai bff aku. Dialah lelaki pertama, yang aku sudi keluar bersama. Dia sungguh bertuah kerana berjaya ambil hak yang sepatutnya hanya kekasih aku dapat.
Tapi apa pun tinggal beberapa detik lagi sebelum pukul 3.30 petang. Menunggu waktu berlalu entah kenapa terasa begitu lambat. Lebih lambat daripada hari-hari biasa.
Lamunan ku terhenti apabila mesej masuk. Terpapar alamat yang menjadi tempat yang akan meninggalkan kenangan buat kami. Terutamanya buat aku.
(Normal lh, msa sy nk wish burfday x-crush pun rsa pyh giler... Rsa sweet je . Huhu sy fhm perasaan awk Qalisha😂.. Dpt keluar dgn Suga? Dpt dgr suara pun blum tentu. Miracle gila lh klau jdi.."😆
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...