"Qalisha, janganlah menangis lagi. Awak buat saya bimbang tahu tak." Liyana memeluk bahu ku. Dia berusaha untuk menenangkan ku yang dari semalam lagi tidak berhenti menangis.
"Maafkan saya." Aku segera bangkit dan meminta diri untuk mencari angin di luar. Aku sebenarnya tidak mahu dia terus melihat aku dalam keadaan yang melemahkan seperti itu.
Setelah keluar dari bilik, aku berehat sebentar di sebuah bangku kosong di hadapan kolam ikan yang di bina di universiti ini. Aku memandang ikan yang bebas berenang sambil membiarkan air mata yang masih lagi bertakung di tubir mata menitis.
"Excuse me, awak kenal tak pelajar dari Malaysia yang bernama Qalisha?" Tanya seorang perempuan yang tiba-tiba datang menghampiri ku.
"Erm, saya Qalisha." Aku sempat berpaling ke kiri untuk mengelap air mata sebelum menjawab soalannya.
"Oh, jadi awaklah Qalisha. Kawan awak suruh saya panggilkan awak. Ada hal penting dia nak cakap dengan awak."
"Kawan? Siapa?"
"Jom, ikut saya."
Aku segera menurutinya dari belakang. Barangkali kawan yang dimaksudkannya ialah Maiko, penuntut dari Jepun sebabnya perempuan tadi juga kelihatan seperti orang Jepun. Mungkin dia kawan Maiko.
"Nah." Perempuan tanpa nama tersebut memberikan aku sehelai mask hitam dan sekaki payung miliknya.
"Untuk apa ni?" Aku tidak mengerti maksudnya.
"Dia tunggu Qalisha dalam kereta ." Perempuan tadi menunjuk ke arah sebuah kereta hitam mewah yang berhenti di seberang sana.
Aku rasa aku tahu siapa dalam kereta tersebut. Baik aku cepat-cepat pergi. Aku tak nak jumpa dengan dia sebab aku belum bersedia lagi.
"Eh, Qalisha nak pergi mana ni?" Perempuan tersebut sempat memegang lengan ku."
"Suga kan? Dia kan kawan yang awak maksudkan?. Kalau dia, saya tak nak. Maaf."
"Qalisha, pergilah kejap. Dia betul-betul nak jumpa awak." Pujuk perempuan tadi yang sebenarnya merupakan staf Big Hit.
"Saya tak nak."
"Kesian Suga. Pergilah. Selesaikanlah masalah korang elok-elok. Saya tak tahu apa masalah korang berdua tapi pergilah selesaikan dengan baik."
Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya aku terpaksa akur jua. Mask di tangan aku pakaikan di wajah. Ini untuk mengelakkan sebarang kemungkinan gambar ku di ambil oleh paparazi.
Aku memayungi diri sendiri sambil meredah hujan yang dari tadi tidak berhenti mencurah. Sesekali bunyi kilat menambahkan lagi ketakutan yang sememangnya dari tadi telah menguasai aku. Aku takut. Takut untuk bertemunya saat ini.
"Masuklah. Saya keluar dulu." Pengurus Suga memberi ruang kepada kami untuk berbincang secara empat mata di dalam kereta.
Aku membuka pintu kereta. Serentak dengan itu, aku terpandang wajah Suga. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Aku bimbang dia dapat membaca perasaan aku melalui mata ku yang masih lagi bergenang.
Aku duduk di atas kerusi dan menunduk memandang ke bawah. Aku tidak ada keberanian untuk memandangnya. Malah aku juga tidak tahu apa yang harus aku katakan pada Suga. Lama juga kami berdua berdiam diri tanpa sebarang kata. Hanya bunyi hujan yang menghiasi pendengaran kami.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...