Setelah setengah jam menaiki teksi sampai juga aku ke bandar. Tak aku sangka ramai sungguh Army yang datang. Pasti kawan-kawan universiti aku ada di sini. Harap-haraplah tidak terserempak dengan mereka.
Selang lima belas minit kemudian, satu persatu ahli bts muncul. Semua memakai pakaian kasual. Dari jauh aku nampak Suga. Dia memakai baju t shirt putih bersaiz besar, seluar hitam carik di lutut dengan sweater diikat di pinggang. Nampaknya masing-masing telah bersedia untuk membuat persembahan.
Suga ku lihat seolah-olah sedang mencari sesuatu. Matanya meliar ke arah orang ramai. Aku hanya memerhati dia dari jauh. Aku tak berharap pun dia nampak aku. Untuk apa?
Jung kook mula memainkan gitar, dan yang lain mula menyanyi lagu just one day. Aku hayati lagu mereka walaupun aku tak faham langsung lirik dia. Waktu selepas persembahan, mereka perlu menarik penonton dengan Aegyo mereka.
Suga buat muka cute. Aku terkejut bila tengok secara live.
Secara tak sedar aku ketawa dengan kuat sekali. Sakit perut aku ketawa sampai menitik air mata.Sebabnya dia nampak sungguh comel. Aku tak pernah tengok aksi comel idol depan-depan macam ni. Comel sungguh. Aku tersenyum puas dan berlalu ke tandas.
Di tandas aku membasuh muka sepuas-puasnya. Aku menangis. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Dah lama, lama sangat sejak aku pindah ke uitm Jasin ni, tak pernah sekali pun aku ketawa sebahagia ini.
Air mata tumpah bersama rasa kesyukuran. Bersyukur kerana malam ini Allah meminjamkan nikmat bahagia biarpun hanya untuk seketika.Tut..tut..
Mesej dari Suga.
"Kau tak datang ek. Pelik la kau ni. Bts buat live kau boleh abaikan. Bukan manusia agaknya kau ni."
Dia tak nampak aku. Tak mengapalah. Dia tak tahu aku gembira tadi. Dan dia lagi tak tahu, dia punca aku gembira.
Betullah orang kata, dengan tengok kpop, kita akan berhenti mengenang hidup kita yang bermasalah. Mungkin ramai orang dalam dunia ni, yang mengambil kpop sebagai penawar kedukaan.Macam aku.
(yg ni sy stuju. Kpop jg medicine untk org yg ksedihn. Bc komen kt u tube ada yg jd xnk bnuh dri dh lps tgok video imagine suga save u from suicide. Tapi ingat, solat,zikir selawat sekali. Kte kpop2 jg, iman kna jge)😁
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...