Khabar Gembira

145 15 6
                                    

Hubungan aku dan Suga masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah masalah curang atau ragu-ragu pada satu sama lain tidak pernah muncul.

Kenapa?

Ini kerana aku tahu Suga bukan tipikal lelaki yang mudah jatuh cinta pada wanita. Baginya muzik dan kerjaya adalah segala-galanya.

Aku juga tidak perlu risau tentang diri sendiri kerana aku juga sama. Perempuan yang pernah mengalami masalah kemurungan dan kesepian seperti ku akan selalu menghargai seseorang yang hadir dalam hidup ku. Ini kerana untuk seseorang hadir di sisi ku ia bagaikan sebuah keajaiban yang hanya berlaku atas keizinan Allah, seperti saat ini.

Setiap tiga minggu sekali aku akan menghubungi Suga atau dia sendiri akan menghubungi aku tapi mesej-mesej biasa seperti 'dah makan?' , 'tidur ke?' , 'sihat ke?' selalu aku dapat dari Suga. Maknanya dia tetap ambil berat tentang aku walaupun kami berjauhan.

"Helo oppa. Buat apa? Tak apa ke saya ganggu awak?"

"Tak apa. Sekarang tengah masa rehat. Kejap lagi baru sambung kerja. Kitaorang sekarang tengah buat rakaman untuk rancangan Burn the Stage." Balas Suga.

"Oh rancangan tu. Dekat Malaysia tak ada Youtube Red jadi saya mungkin tak dapat tengok oppa. Saya tengok yang episod satu dan dua. Ada orang kongsi di Facebook. Rasa terharu pula hehe."

"Oh ye ke? Jadi kau sukalah rancangan kami. Baguslah."

Aku tiba-tiba teringin hendak bertanya dia tentang keadaan Namjoon. Harap-harap dia tak kisah.

''Yoongi oppa."

"Ne?"

"Namjoon oppa.."

"Oh pasal gosip tu. Tak perlu percaya. Aku tahu ini angkara haters. Saja nak panaskan keadaan." Terang Suga.

Aku mengubah posisi ku yang tadinya berdiri di dekat jendela lalu aku duduk di kerusi berdekatan meja belajar ku.

"Saya pun agak macam tu juga. Jangan risaulah, Army selalu sokong korang. Saya doakan semoga kes Namjoon oppa akan cepat selesai. Serius saya cakap, saya betul-betul bimbangkan dia."

"Bimbangkan Namjoon? Kau suka dia lebih daripada kau suka aku ke?"

"Yup, dia nampak kacak. Senyum dia nampak lesung pipit. Lawa." Aku sengaja menyakat Suga.

"YAH, gummy smile aku lagi lawalah."

"Bunny smile lagi lawa."

"Kau.."

"Qalisha sebenarnya lagi lawa ehehehe." Aku memuji diri.

Suga tergelak. Dia geli hati agaknya bila kami acah-acah bertengkar macam budak-budak.

"Kau sihat ke?"

"Sihat. Oppa sihat?Apapun saya Oppa dah semakin hari semakin berjaya. Tahniah. Saya ni je yang masih sama. Tetap teruk di mata semua. Kalau satu dunia ni tahu perhubungan kita, mesti mereka akan kutuk saya teruk-teruk kan?. Saya sedar saya tak sesuai langsung untuk oppa. Saya hodoh."

Suga diam.

"Boleh aku tanya sikit?"

"Apa oppa?"

"Aku tak ada pengalaman sangat pasal perkahwinan tapi aku selalu dengar pasal penceraian terutama pasangan artis. Kenapa? Padahal sama cantik sama padan."

"Biasalah oppa. Bila kita dah lama sangat bersama orang tu, walaupun dia cantik macam mana sekalipun, benda tu dah  jadi biasa di mata kita. Kebaikan dia je lah yang tinggal untuk kita. Macam ayah dengan mak kita lah. Dah tua dah tak lawa macam muda-muda dulu tapi masih bersama. Mungkin sebab kebaikan satu sama lain."

When I met SugaWhere stories live. Discover now