Masalah Bts

143 16 2
                                    

Aku memeriksa jadual kelas yang ku simpan di dalam telefon. Kuliah seterusnya ialah di DKU. Aku segera berjalan ke sana. Orang lain ada kereta dan motor tak adalah terkejar-kejar seperti aku.

Akhirnya sampai juga di hadapan bilik kuliah. Seperti biasa aku mengambil tempat di bahagian paling belakang. Pelajar lain mula masuk dan memenuhi ruang kosong di hadapan. Kelas hari ni melibatkan campuran beberapa kelas lain.

"Eh, baca ni. Berita terbaru pasal Bts." Ujar seorang pelajar dari kelas lain kepada rakannya. Mereka berdua duduk di hadapan aku.

"Hah? Takkanlah Namjoon macam ni. Aku tak percaya. Serius aku tak percaya mesti ada orang yang tuduh dia."

Beberapa orang lagi rakan mereka berdua mengerumuni tempat mereka untuk sama-sama membicarakan tentang hal tersebut. Sukar untuk aku menangkap isi perbualan mereka bila ramai sangat. Rasanya aku perlu cari tahu sendiri.

"Tak, aku yakin Namjoon tak bersalah." Bela seorang lagi.

"Ni ke kumpulan kpop yang kau banggakan sangat. Mentang-mentang dah berjaya, mula naik kepala."

"Naik kepala apa? Kau kalau tak tahu-menahu jangan nak menyibuk."

"Dah-dahlah jadi fanatik. Mentang-mentang kau minat dia, dia buat benda keji pun kau nak sokong. Dah macam sampah dah aku tengok perangai kau."

Dan bermulalah peperangan mulut antara mereka. Aku terkejut tapi aku hanya mampu membisu di belakang. Sampai kecoh satu bilik kuliah. Nasib baik pensyarah cepat masuk kalau tak boleh sampai pukul memukul.

Setelah habis satu sesi kuliah, aku mengambil peluang untuk rehat sebentar di perpustakaan. Aku duduk di satu tempat yang selalu aku duduk lalu menghidupkan laptop ku. Tujuannya aku hendak cari tahu pasal isu tadi.

'Namjoon Bts menyebabkan wanita keguguran'

"Ya Allah.. Betul ke ni?"

Aku terkejut apabila membaca berita tersebut. Mengikut apa yang ditulis Namjoon telah tertolak seorang perempuan hamil sehingga dia jatuh dan keguguran.

Lebih teruk lagi waktu itu, Namjoon masih di bawah pengaruh alkohol. Tiada kamera cctv ditempat kejadian. Hanya seorang saksi yang tiba-tiba melalui kawasan tersebut dan terlihat perempuan itu terbaring di bawah sedangkan Namjoon berdiri di hadapannya.

Kejadian tersebut masih disiasat tapi netizen telah meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap Namjoon. Wanita itu khabarnya belum sedarkan diri akibat pendarahan teruk dan Namjoon pula langsung tidak mengingat kejadian tersebut.

"Kesiannya Namjoon. Harap kes ni cepat selesai kalau tak nama Bts boleh terjejas. Dah lah mereka banyak haters."

************

Suga's part

Namjoon keluar dari bilik CEO bigHit dengan wajah yang sugul. Dia telah meminta maaf kepada Bang Shi Yuk kerana menjadi punca kepada tercalarnya nama Bts dan syarikat meskipun Bang pd tidak menyalahkannya sama sekali.

Dia berjalan memasuki ruang Mon Studio dengan langkah yang longlai. Namjoon ingin bersendirian untuk seketika. Dia berasa letih kerana dari semalam lagi dia disoal siasat berterusan. Tambahan lagi perasaan bersalah bercampur sedih mula menguasai dirinya.

Tok tok tok

"Masuk."

"Namjoon kau tengah tidur ke?" Soal Suga. Dia sengaja datang melawat Namjoon di studionya. Suga tahu Namjoon sama sepertinya mudah tertekan dan sering menyalahkan diri sendiri.

"Taklah. Aku cuma tak ada mood nak menulis jadi aku rasa nak rehat je hyung." Jawab Namjoon. Wajahnya kelihatan muram.

"Oh ok. Aku datang nak bagi hamburger ni. Aku beli kat Jung Kook tapi budak tu cakap tengah diet la apa. So, bagi kau jelah." Suga meletakkan hamburger dan minuman berkabonat ke atas meja.

"Terima kasih." Ucap Namjoon sepatah.

"Aku tumpang makan sini sekalilah. Tak larat nak patah balik studio aku." Suga terus makan sambil bercakap.

"Hyung."

"Aa kenapa?"

"Kau pun rasa aku salah ke?" Namjoon mengangkat muka memandang Suga.

Suga terhenti dari mengunyah burgernya. Dia meletakkan kembali ke dalam plastik.

"Aku cuma percaya pada benda yang aku nampak bukan pada benda yang aku dengar." Balas Suga tanpa memandang Namjoon. Tangannya ligat membuka penutup tin Pepsi.

"Kalau terbukti memang aku yang bersalah macam mana?"

"Benda belum tentu lagi. Tak payah kau runsingkan. Jadual kita padat, tak perlu ambil masa fikir tuduhan-tuduhan tak berasas." Suga memberi nasihat untuk menenangkan hati membernya itu.

"Patutlah orang gelar aku God of Destruction. Pintu aku musnahkan, barang aku musnahkan, kamera aku musnahkan sampaikan nyawa.. Nyawa orang yang tak bersalah pun aku hancurkan hyung."

Namjoon tidak dapat menahan diri dari mengeluarkan air mata. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis di hadapan Suga tapi akhirnya dia tetap tewas. Air matanya jatuh juga.

Suga terkedu. Dia bangkit dari kerusi dan berdiri di sebelah Namjoon yang tertunduk. Namjoon cuba mengelap air matanya tapi semakin lama semakin memenuhi dan melimpahi ruang matanya.

Suga diam tanpa suara. Tangannya dilingkarkan dibahu Namjoon sambil menggosok lembut bahu Namjoon agar rakannya itu beroleh sedikit ketenangan.

(Saya menyakiti Namjoon dalam bab ni hehe.. Sorry Namjoon ff anda harus dikorbankan supaya cerita ini dapat menuju klimaks.)

When I met SugaWhere stories live. Discover now