isteri

186 22 62
                                    

Hujan yang turun dari tadi tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. Suasana di dalam restoran D'soka yang terletak di Papar Kota Kinabalu Sabah masih lagi meriah walaupun di luar sudah tiada manusia yang kelihatan. Guruh yang sesekali berdentum menghiasi pendengaran telinga aku.

Aku sebenarnya dibawa ke sini oleh Suga untuk menemaninya makan. Dia siap belanja aku makanan-makanan mahal lagi tapi tulah, aku tiada selera. Cubalah bayang, macam mana nak makan dengan tenang kalau dia ada di depan. Sepanjang masa aku rasa kekok tambah pula dari tadi kami tak bersembang. Hanya melayan bunyi hujan, kilat dan riuh rendah suara pelanggan restoran.

"Tak sedap ke? Kau tak suka daging?" Suga tiba-tiba bersuara setelah terpandang aku mengelamun di meja makan.

"Eh, sedap cuma mungkin sebab saya minum air dulu kot. Rasa kenyang." Jawab ku kekok.

"Dah la. Kalau tak lalu jangan dipaksa. Jom. Kita tak ada masa banyak. Ada lagi tempat lain aku nak bawa kau pergi."

"Eh, oppa makanlah dulu sampai kenyang. Saya tunggu."

Tanpa mempedulikan kata-kata ku, Suga bangkit dari kerusinya dan bergerak ke kaunter bayaran. Aku hanya memandang tubuhnya dari belakang. Dia masih macam dulu tak kira walaupun dah banyak tahun berlalu.

"Qalisha."

"Oppa? Mahal ke makanan tadi. Saya boleh bayarkan separuh."

"Tak payah lah. Nah, makanan. Bawa balik untuk kakak kau."

"Oh, terima kasih." Aku menyambut plastik berisi makanan yang dihulurkan oleh Suga.

"Jom."

"Kita nak ke mana?"

"Tempat-tempat yang patut pasangan suami isteri pergi."

Aku ingin bertanya lebih lagi tapi nampaknya sekarang bukan masa yang sesuai lagipun Suga perlu memandu kereta. Bahaya pula kalau bersembang masa memandu. Nanti tak fokus jadinya. Dah la jalan licin dan basah sebab hujan yang tak berhenti-henti turun.

Sepanjang dalam kereta kami masih lagi tidak bercakap dengan satu sama lain. Suasana sebegini buat aku berasa amat janggal mujurlah bunyi air hujan yang menitik di bumbung kereta membuatkan aku tidak terasa terlalu sunyi.

Suga meminta aku memasang lagu yang ada di dalam kereta jadi aku turutkan sahaja. Lagu pertama yang tiba-tiba muncul  ialah lagu yang aku dengar kelmarin iaitu Singularity. Aku rasa lagu ini tidak sesuai untuk didengari sekarang. Nadanya yang perlahan akan membuatkan aku berasa lebih janggal.

"Kenapa ubah? Aku suka lagu tu. Kau tak suka suara Tae Hyung?"

"Eh, mana ada. oppa nak dengar ke? Baiklah."

"Aku tahu kau tak suka.."

"Saya suka lagu Tae Hyu--"

"Maksud aku, aku tahu kau tak suka aku paksa kau keluar berdua dengan aku. Aku sebenarnya tahu batas-batas perempuan Islam. Kau tak boleh keluar dengan lelaki sembarangan kan? Jangan risaulah. Aku takkan buat benda bukan-bukan. Lagipun Ini kali terakhir. Lepas ni, kita takkan ada apa-apa lagi dah. Jadi, diam dan bertahan."

Aku hanya mengangguk kecil. Memang betul apa yang dikatakan Suga, kerana itu setiap kali keluar berdua aku rasa bahagia tapi tetap ada perasaan berdosa kerana dia hanyalah ajnabi bukan suami sah aku.

"Sampai hari ni saya tak faham, kenapa oppa datang balik sedangkan waktu tu oppa yang pergi dulu bukan saya." Aku memberanikan diri menyoal Suga dengan soalan seperti itu.

''Aku.. "

"Perlu ke oppa buat permintaan untuk saya jadi isteri oppa untuk satu hari sedangkan dulu tanpa berbincang, tanpa amaran, oppa buang saya dari hidup oppa?. Putuskan saya masa saya tengah betul-betul.."

When I met SugaWhere stories live. Discover now