Welcome to L.A

156 13 6
                                    

Tahun 2018 memberikan sinar baharu untuk kumpulan bts. Dengan kejayaan lagu Blood Sweat and Tears, Mic drop dan DNA telah menjadikan nama Bts terkenal di seluruh pelusuk dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Berkat usaha gigih mereka selama ini, mereka telah berjaya mengharumkan nama syarikat dan kumpulan mereka di persada antarabangsa. Mereka juga telah di jemput ke negara Amerika untuk membuat persembahan di American Music Awards. Mereka menjadi satu-satunya artis kpop yang terpilih untuk membuat persembahan di atas pentas yang menempatkan barisan artis bertaraf dunia. Semua ini bagaikan sebuah mimpi bagi mereka.

Kali ini Suga dan ahli Bts yang lain perlu bekerja di Amerika Syarikat selama dua minggu. Antaranya mereka perlu menyertai beberapa acara program TV terkenal seperti The Ellen Degeneres Show, Dick's Clark New Years Rockin Eve With Ryan  Secreast, The Late-Late Show with James Corden dan Interview with Entertainment Tonight's Denny Directo. Selain itu mereka juga perlu menghadiri rancangan di radio seperti  di siaran 102.7 KIIS-FM dengan judul JoJo on the Radio's programme,  Westwood One, ON With Mario Lopez serta Zach Sang Show dan setelah mereka menyertai AMAs ,  mereka juga akan diwawancarai dalam sebuah radioshow bernama Radio Disney serta beberapa rancangan lainnya. Pasti kali ini mereka akan lebih kelelahan berbanding sebelum ini.

Kini mereka telah pun berada di dalam kapal terbang. Tinggal beberapa minit lagi sebelum kapal terbang mendarat. Riuh-rendah suasana dalam kapal terbang dengan suara semua ahli bts sedang berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris.

Yang paling santai di antara mereka ialah Rap Monster. Maklumlah bahasa Inggerisnya agak fasih. Suga pula malas nak menyusahkan diri jadi dia pilih untuk tidur sahaja. Di sebelahnya pula ada stylist noona yang sedang ralit bermain telefon.

"Yeayy akhirnya sampai pun." Jimin bersorak diikuti Jhope. Mereka berdualah yang nampak lebih teruja dalam kalangan semua ahli bts. Suga segera memakai mask pada wajahnya kerana sekarang mereka sudah berada di lapangan terbang L.A.

Sebelum berangkat tadi, beberapa member menyempatkan diri untuk ber-selfie bagi menunjukkan kegembiraan mereka yang akan mulai berkerja di Amerika. Masing-masing kemudiannya memuat naik foto tersebut di akaun twitter sendiri terutama Suga yang sangat aktif di laman twitternya.

Oleh karena itulah para peminat telah memberi sambutan hangat kepada para member dengan membuat hashtag "WelcomeToUSBTS" yang telah berhasil menjadi trending topik dunia.

Tidak hanya di media sosial, lebih dari 200 ARMY, turut dikabarkan telah menunggu kedatangan mereka di airport sejak kelmarin lagi. Semuanya kerana mereka ingin menunjukkan mereka amat teruja dengan kedatangan Bts ke situ.

Suga!!

Jung Kook!!

Jimin!!

Rap Mon!!

Jin!!

V!!

Jhope!!

Satu-persatu nama ahli Bts disebut oleh para peminat. Suasana waktu itu hanya gamat dengan pekikan dan sorakan peminat lelaki dan perempuan. Ada yang menjerit ada yang menangis. Guard dan beberapa polis terpaksa menghadang peminat agar tidak terlalu dekat dengan ahli bts. Mereka semua diiring ke sebuah kereta sebelum menuju ke hotel terkemuka di L.A.

Tiba-tiba sahaja, pandangan Suga teralih ke arah seorang gadis. Langkahnya terhenti untuk seketika. Gadis itu memandang ke arah sisi dan wajahnya tidak kelihatan. Dia mengenakan selendang berwarna merah yang pernah Suga belikan beberapa bulan yang lalu. Dada Suga tiba-tiba berdebar tanpa ada sebab yang kukuh.

"Qalisha. Dia ada di sini ke?" Getus hati Suga.

"Suga Oppa, Saranghe." Seorang peminat yang berada di hadapan Suga mengejutkan lamunan Suga. Hadiah patung Kumamon diraih oleh Suga dengan senyuman yang manis.

Setelah itu, sekali lagi Suga mengangkat kepalanya dan memandang ke arah gadis berselendang merah tadi. Mata mereka bertembung. Suga tergamam seketika.

"La, orang lain rupanya. Apa yang aku mengarut ni. Sah-sah dia takkan ada kat sini. Ini bukan Malaysia." Suga tersengih sendiri. Rupanya yang dilihatnya cuma seorang Army yang berhijab merah bukannya Qalisha.

"Yoongi, kenapa?" Tanya Jin yang berada di belakangnya.

"Tak ada-apa. Cuma tak boleh kalau jumpa kumamon ni. Jadi cair nak jalan pun tak mampu."

"Boleh percaya ke? Rasa angkara tengok Army amerika sebab tu cair kan?"

"Macam tau-tau je. Haha."

Langkah mereka dipercepatkan tapi tangan sempat lagi melambai ke arah Army yang dari tadi tidak penat-penat bersorak untuk mereka. Hilang semua rasa penat berada di dalam kapal terbang setelah melihat Army. Mereka berasa sungguh terhibur dan terinspirasi dengan semangat yang ditunjukkan oleh Army.

"Hyung, ingat teman wanita ke? Senyap je dari tadi." Tegur Jung Kook semasa mereka sudah berada di dalam kereta.

"Kenapa? Aku nampak macam ada teman wanita ke?" Suga tergelak kecil.

"Macam mencurigakan."

"Serius, macam ada bau-bau cinta.'' Jimin mencelah.

"Atuk ni senang nak detect kalau tengah jatuh cinta." Tambah Namjoon.

"Ada bau ke? Aku kentut sebenarnya tadi." Suga menjawab dengan selamba.

"MIN YOONGI!!!!!!!!!"

(Tahniah bts sbb dh berjaya smpai mcm tu sekali. Sy tumpang bangga. Nmpkny diaorg kna bljr bhsa inggeris lh huhu..ingat mudah?? Hehe.. Btw, untk kali ini, saya akn buat si Suga ff pula yang jatuh cinta kt Qalisha. Tp xthu lg mcm mna. Idea ku seru kau datang. Huawohuhuhuhaayuu)

When I met SugaWhere stories live. Discover now