Panggilan Untuk Suga

235 22 21
                                    

"Seronok kan tadi kak. Tak sangka pakai kimono payah juga ya. Nampak mudah tapi hemm.." Aku mengomel pasal program pagi tadi. Kami perlu memakai kimono dalam masa 15 minit sahaja.

"Tapi cantik kan kimono? Masa kak Ida kawin nanti nak pakai tu lah. Masa malam pertama pun nak pakai kimono juga lah hehe"

Buat lawak seram pula akak ni, tapi kehadiran dia buat aku tenang. Bertambah sorang hamba Allah yang buat aku tersenyum walaupun kenyataanya aku berdepan dengan penyakit depression yang menyakitkan.

Beberapa saat kemudian, ada orang menghubungi ku. Siapalah agaknya. Dah lewat malam.

Allah, terkejut aku tengok nama yang tertera pada skrin telefon bimbit ku.

Suga.

Nak jawab ke tak. Habislah. Jawablah kot. Cari tempat selamat dulu.

"Helo. Siapa ni?"

"Baru sebulan tak jumpa dah tak ingat. Kau ni artis gak eh? Bawah syarikat apa? Woolim?"

Sempat dia perli aku.

"Ye Min eh Suga. Ada apa?". Aku agak mesti dia nak tanya pasal kelmarin. Patut ke aku mengaku. Takut kalau dia paksa aku keluar macam hari tu. Sini Jepun, tentulah banyak peminat Bts. Mati aku dibelasah nanti sebab dekat-dekat dengan bias mereka.

"Kau nampak gemuk. Makan banyak eh?"

Kurang ajarnya lawak dia. Tak mengapalah aku bersabar dulu. Ikut hati aku menyampah dengan orang yang buat lawak atas kekurangan orang lain. Setiap lawak ada hadnya.

"Untunglah. Awak kurus. Saya gemuk tak macam girl group yang awak selalu jumpa. Saya sedar saya ni buruk, terhina, tersisih."

Ada nada jauh hati dalam ayat aku. Ya, sememangnya aku agak kecil hati. Aku bukannya terlalu gemuk cuma bentuk badan yang ala model adalah syarat utama kecantikan bagi orang Korea. Itulah yang buat aku nampak gemuk depan Suga.

"YAAA..tak payah lah marah. Kan aku dah cakap aku je boleh marah. Aku pun pernah gemuk la weii sebelum debut. Sekarang nak kekalkan berat badan pun rasa cam apa entah, untung kau boleh makan sedap-sedap. Aku ni. Masa pengambaran variety show saja lah??"

Nampak Suga seolah-olah cuba menyejukkan aku kembali. Perlu sangat sebenarnya sebab aku mudah berkecil hati orangnya. Hati ku kan penuh kesakitan.

"Saya tak peduli sangat lah tentang berat badan ni Yoongi. Saya bukannya idol dan saya bukannya harap lelaki suka pada saya pun." Jelas aku.

"Eh kau ni. Kejap Min kejap Suga, kejap Yoongi. Sebut satu nama dah la. Tiga-tiga nama tu pemiliknya orang yang sama je. Yang muka kacak gila tu."

Haisshh..suka puji diri rupanya, biarpun itulah fakta yang aku perlu akui.

"Habis tu, saya kena panggil awak apa?" Soalku pada Suga.

"Oppa"

Aku terkejut sebabnya suaranya di haluskan sedikit seperti menggoda perempuan.

"Panggillah aku oppa. Aku yakin kau bukannya sebaya Jin Hyung pun kan?. Semua Army panggil aku oppa. Kau je yang dah langgar aturan senioriti tu, tau tak." Dia menyambung ayatnya.

Ada benarnya juga, di Korea muda setahun pun perlu ber'abang' , 'kakak'. Dekat Malaysia, paksa minum Clorox pun belum tentu lelaki sanggup panggil kawan yang setahun lebih muda daripadanya sebagai abang.

Aku diam sejenak sebelum menjawab.

"Okeylah Suga Oppa."

Aku menurut saja lagipun aku tak rasa sangat bila sebut Oppa lainlah kalau sebut Abang atau Sayang.

"Tak nak, tak nak. Panggil aku Yoongi Hyung eh silap Yoongi Oppa. Araso, Qalisha-ya?"

"Ne." Itu je perkataan Korea yang aku reti sebut.

Kami sama-sama diam sebentar. Masing-masing tiada ayat untuk dibualkan. Kami bukanlah rakan lama yang sangat rapat untuk berbual benda-benda merapu.

"Erm, Suga Oppa. Saya nak rehat dulu. Selamat malam."

Aku mula bersuara. Ingin segera menamatkan panggilan. Rasa tak enak pula berbual lama dengan bukan mahram. Batasan agama perlu sentiasa di jaga tak kira dengan siapa pun. Suara perempuan juga aurat yang perlu di ambil kira.

"Eh, Qalesha..erm..aku.. Takpelah" Dia macam ragu-ragu untuk meneruskan ayat.

" Suga Oppa. Terima kasih." Aku tiba-tiba bersuara.

"Untuk apa?" Dia pelik mendengar ayat ku..

"Segalanya." Pendek tapi cukup untuk membuatkan hatinya merasakan sesuatu yang berbeza.

Entah kenapa aku rasa kehadiran Suga serba sedikit menjadikan hidupku lebih bermakna. Entahlah aku tidak mengerti

Malam itu perbualan kami tamat dengan perasaan yang bercampur-baur.

When I met SugaWhere stories live. Discover now