Tak tertahan lagi

266 28 21
                                    

Aku membuka pintu kereta dan tergamam.

Tasik..

SubhanaAllah..cantiknya. di hadapan aku ada sebuah tasik yang sungguh indah. Bintang-bintang di langit kelihatan seolah-olah berada di dalam kolam. Semuanya kerana biasan.

"Cantik kan? Aku suka nature macam ni. Aku rasa pelancong macam kau patut tengok semua ni. Aku dah lama nak datang sini. Sejak zaman aku tak ada apa-apa lagi.kali ni baru hajat aku termakbul." Lembut je suara dia masa tu.

"Boleh tak awak nyanyi untuk saya. Anggap saya Army, Min Yoon Gi?"

Aku menatap wajahnya. Membuat dia terkedu seketika.

"Duduk.." Dia menyuruh aku duduk di dekat birai kawasan tasik. Dia duduk di tepi ku. Aku mengengsot ke tepi. Tak manis jika terlalu dekat.

"Aku tak pernah buat selain rap. Kau memang beruntung sebab aku menyanyi untuk kau malam ni. Semua perempuan harap dapat momen ni. Kau mungkin pernah menyelamatkan dunia pada masa lalu. Ni bukan lagu bts tapi lagu dari kawan idol aku dengar lah."

Perlahan-lahan dia menyanyikan I need you oleh Sunggyu.

Lagu ini sengaja ku minta dia nyanyikan kerana sinonim dengan kisahku.

Suaranya serak-serak basah terasa nyaman bila menyapa halwa telinga. Walaupun dia tidak biasa kalau bukan rap tapi suaranya masih enak didengari.

Ketika aku selalu memimpikan kehancuran
Dan orang-orang yang telah aku percayai, menjauhiku
Aku ditinggal sendiri. Kamu, datang padaku
yang penuh rasa kesepian dan terluka

Tak bisakah kau memelukku?
Tak bisakah kau menggenggam tanganku?
Aku memerlukanmu sekarang
Aku memerlukanmu sekarang
Bantulah aku agar bisa mengucapkan selamat tinggal pada semuanya
Dan mengucapkan perpisahan dengan senyuman
Aku memerlukanmu

Cebisan-cebisan dari kenanganku
Jika salah satu dari kenanganku, hanya satu, hanya satu dari saat-saat itu
memberikanku kekuatan.

Aku memerlukanmu
Tak bisakah kau memelukku?
Tak bisakah kau menggenggam tanganku?
Aku memerlukanmu

Aku menonton TV seolah tidak terjadi apapun
Dengan nyamannya aku tidur lebih awal
Agar aku tidak terkejut dengan keadaanku
Oh aku memerlukanmu

Melakukan perjalanan sampai aku kelelahan
Dan terkadang menyapa orang yang asing dengan menatap matanya
Agar keadaanku ini tidak akan terguncang lagi
Aku memerlukanmu sekarang.

Aku tak boleh tahan lagi. Aku, aku tiba-tiba menangis di hadapan dia. Seperti orang yang baru kehilangan ahli keluarga. Tanpa aku tahan lagi, aku menangis bersungguh-sungguh. Aku tak peduli lagi. Teresak-esak aku menangis.

Dia terkejut dan berhenti menyanyi.

"Weh, kau sakit ke..janganlah macam ni. Aku bawa kau ke sini untuk tenangkan diri bukannya..."

"Suga, kenapa hidup saya macam ni. Sakit. Saya tak tahan. Kenapa saya rasa kesepian sangat. Saya ni teruk sangat ke? Saya tak layak ke disayangi. Semua orang pulaukan saya. Mereka tak anggap saya wujud. Saya nak lepaskan semua ni, tapi saya tak mampu. Saya tak mampu sakitkan orang yang saya sayang. Saya sakit. Sakit sangat. Awak, sakit." Aku macam dah tak sedar. Aku menangis tanpa henti.

Suga terdiam. Tak tahu untuk bagaimana. Dia membisu di tepi ku.

"Tolong. Saya nak balik" Rayu ku.

Dia melihat aku dengan muka penuh simpati. Seolah-olah merasai kesakitan ini. Lantas menuruti apa sahaja permintaan ku.

Hujan tiba-tiba melebat. Untung kami ada di dalam kereta. Aku menyandarkan kepala di pintu kereta..dia ku lihat terus fokus memandu. Tidak memandang aku langsung.

Akhirnya kami sampai di perkarangan hotel. Dia beranikan diri berhenti di situ kerana jika menurunkan aku di jambatan pasti basah lencun baju ku.Tanpa menoleh aku keluar dan terus berlalu ke lobi hotel. Dia melihat dari jauh dengan penuh kerisauan.

Tut..tut..

Mesej masuk. Ku buka.

Kalau kau rasa sakit, kau patut nangis macam tadi. Aku tak pernah menangis dulu sampai akhirnya aku pilih untuk menamatkan hidupku. Padahal kalau aku menangis, pasti ada yang akan memeluk aku.

Setelah beberapa ketika mesej kedua masuk.

Kalau aku boleh peluk kau macam ahli bts peluk aku masa aku menangis, Aku pasti melakukannya. Tapi aku yakin pelukan aku takkan buat kau rasa tenang. Jadi maaf..sebab aku kau jadi lebih sakit macam ni.

Depression. Entah berapa ramai dalam dunia ni yang terpaksa hadap benda gila ni. Tapi kau kena jadi bodoh. Bodohkan diri sampai kau tak nampak semua kesakitan tu.

Kau nampak aku macam dah sembuh. Tapi kau tak tahu macam mana sakitnya aku bila aku berada di public. Aku senyum, gelak depan kamera, tapi hakikatnya aku sedih. Sepi dari dalam. Aku ada ahli bts, tapi mereka takkan selamanya di sisi aku. Mereka ada dunia mereka sendiri. Aku rindu ibu ayah aku. Tapi kau ingat aku boleh gapai semua tu. Kau tahu tak sakitnya bila aku terpaksa buat fake expression hari-hari. Aku padahal nak sangat-sangat senyum dari hati. Aku namakan diri aku suga. Berharap hidup ini jadi manis tapi hakikatnya aku saja yang faham sakitnya hidup luaran sahaja bahgia. Duit aku bertambun. Peminat berjuta. Tapi selepas mereka pulang, aku pun perlu pulang. Pulang ke dunia yang menyakitkan. Kau dan Army sendiri takkan faham sakit yang macam mana yang aku terpaksa tanggung seumur hidup aku. Kesepian dari dalam. Mungkin takkan tamat sampai bila-bila. Depression bukan seperti penyakit biasa. Kau mungkin jumpa penawar tapi trauma, trauma tu kau terpaksa hadap sampai kau mati macam aku -Yoongi

Panjang tapi menenangkan. Berderai air mata.

Alhamdulillah. Tenang. Aku terasa tenang. Tenang kerana aku tak sendirian dalam perjuangan ini.

(sy nangis mcm tu dlm tndas je.. X pun dlm masjid. Rasa lega jer. Rsanya korang pun pernah buat kn?.sy x psti Suga dh smbuh spenuhny. Dia ckp dia social phobia. Sy ni pun duk stay mcm ni. Depression bkn bnda main2. Skali kna, u will suffer it really much. Struggle lh dear coz i am doing that thing right now. Fight for my pain.)

When I met SugaWhere stories live. Discover now