Sakat

157 16 2
                                    

Aku asyik mundar mandir ke kiri ke kanan. Untung tiada sesiapa di kamar. Mana tidaknya sudah dua kali Suga menghubungi ku tapi tidak ku angkat. Aku takut sangat-sangat untuk mengetahui apa reaksi Suga soal mesej tersebut.

"Ya Allah. Patut ke aku angkat. Habislah aku."

Akhirnya setelah penat berdebat dengan diri sendiri aku pun menjawab panggilan dari Suga. Jantung tak payah cakaplah, tak berhenti-henti berdebar. Dah macam kena present kat depan kelas pula.

''He..llo. Yoongi Oppa?" Aku tergagap-gagap semasa menjawab.

"Kenapa baru nak angkat? Nak mengelak?"

Suara dia kedengaran seperti marah. Aku dah mula tak sedap hati dah ni. Tolonglah, jangan marah aku. Aku tak sengaja.

"Maaf, saya tak perasan. Saya..."

"Aku nak penjelasan." Suga memintas.

"Pasal sms tu ke?"

"Perlu ke tanya lagi. Aku nak tahu kenapa kau hantar benda macam tu kat aku? Kau nak confess perasaan kau ke apa?"

"Eh bukan. Saya tak bermaksud macam tu."

"Aku tak sangka kau macam ni."

"Macam apa?" Aku mula cuak.

"Aku kecewa lah. Aku ingat aku boleh percayakan kau. Kau tau tak dari hari kita jumpa aku rasa lega sangat. Aku ingat aku ada kawan yang boleh dipercayai. Boleh share semua benda tapi tak sangka semua tu tipu je. Kau anggap aku bukan sebagai kawan. Aku ingat kita kawan yang sebenar, tapi wah aku tak sangka kau..." Nadanya seakan menyindir.

"Tak, Yoongi. Awak dah salam faham. Dengarlah penjelasan saya." Aku terasa ingin menangis.

"Tak payah lah Qalisha. Aku kecewa lah. Kau tahu tak dengan kau confess macam ni sah lah lepas ni hubungan kita jadi akward. Kau tak fikir ke semua tu? Macam mana kita nak berkawan macam dulu kalau kau buat benda macam ni."

"Yoongi Oppa. Saya betul-betul tak bermaksud macam tu. Tolonglah dengar dulu." Aku berusaha untuk memberi penjelasan tapi Suga asyik memintas ayat aku.

"Dah lah Qalisha. Mulai hari ini kita stop lah. Kita tak payah berkawan. Anggap macam tak pernah kenal. Aku tak boleh dengan orang macam ni."

Aku tak sengaja. Kenapa dia tak faham. Kenapa dia marah sangat. Aku cuma suka dia. Salah ke? Barangkali, bagi dia aku memang bersalah. Dengan tiba-tiba sahaja aku menangis di dalam talian. Sedih sangat bila orang sakit hati kerana kita. Lebih sedih lagi bila orang mahu memutuskan tali persahabatan dengan kita. Kawan bukan benda remeh bagi sesiapa pun. Seorang kawan adalah sangat berharga.

"Eh, Qalisha. Kau nangis betul-betul ke? Aku buat lawak la. Aku buat prank je la. Serius pula dia."

"Maksud Oppa apa?" Suara ku sebak dan air mata masih mengalir.

"Aku buat lawak, faham? Bukan betul-betul. Aku pun reti beza mesej kau tu berbentuk real confession atau bukan. Janganlah over sangat.

"Awak ingat saya ni apa? Kenapa mainkan saya sampai macam ni, oppa? Takpelah Oppa. Bye.''

Akibat terlalu geram bercampur sedih aku terus mematikan talian. Sampai hati betul dia buat lawak bodoh macam ni. Aku tahu mereka semua selalu buat prank dekat ahli grup masing-masing tapi boleh tak jangan keterlaluan sangat. Seronok sangat ke boleh mainkan emosi orang?

Satu missed call

Dua missed call

Tiga missed call

When I met SugaWhere stories live. Discover now