"Pandai betul Nad Zainal berlakon cacat kan?"
"Yelah kan, kalau Qalisha yang lakonkan ni, mesti penonton rasa nak hempas je skrin tv kasi pecah haha.."
" Haha..ada-ada je, Qalisha ni.Jomlah masuk tidur, tapi sebelum tu kaklong sebenarnya ada benda nak tanya dekat Qalisha."
"Tanya apa kaklong?"
"Siapa laki tadi tu? Dah pandai ek adik kaklong sekarang? Berdating dekat pantai."
"Mana ada kaklong. Tu artis international la, artis kpop. Kebetulan dia shooting dekat resort tu, kami terserempak pula. Tak kenal sangat, tapi Qalisha adalah minat dia. Sikitla."
"La, artis kpop ke tu..Akak kau ni mana kenal. Tak minat dik, kpop-kpop ni. Hindustan minat lah."
"Dah agak dah. Dah tau sangat orang tu obses dengan Shahrukh Khan."
"Ahaks Ye..ye..betul tu my dear."
"Kaklong, tanya sikit boleh?"
"Tak boleh!! huhu..tak perlulah minta izin. Macam tak biasa pula dia."
"Kaklong rasa kan, ni kalaulah. Jangan fikir bukan-bukan ya? Kalaulah artis Kpop tiba-tiba melamar Qalisha, kaklong rasa macam mana?"
"Tak payahlah. Susahkan hidup je nanti. Dia bukannya ada latar belakang agama Islam. Susah hidup kita nanti"
"Okey." Sayu pula aku rasa.
"Tapi, dalam dunia ni kan. Satu hal yang kita tak boleh kata mustahil."
"Apa kaklong?"
"Kun Fayakun."
Dia berhenti sejenak sebelum menyambung.
"Artis kpop tu serba serbi tentang dia Allah yang ciptakan. Allah yang sama. Allah kita dik. Kalaulah Allah nak buka hati dia untuk kita dan untuk agama Islam, tiada satu kuasa pun mampu menghentikan semua tu. Dan tiada satu benda pun dalam dunia yang boleh menidakkan semua yang Allah nak beri. Lagipun, kalaulah Qalisha adalah orang yang Allah pilihkan untuk artis tu, Qalisha akan jadi wanita yang paling bersyukur di dunia ni kerana Qalisha ternyata adalah perantaraan yang Allah turunkan untuk melindungi dia dan zuriatnya dari api neraka jahanam. Betul tak?
"Dan satu lagi, Qalisha mesti minat mereka dah lama kan? Cuba Qalisha bayangkan boleh ke Qalisha tengok mereka dibakar dalam api neraka jahanam? Sakit dik kat sana, sakit sangat. Kalaulah perkahwinan boleh jadi asbab untuk melindungi seseorang, lakukanlah. Jangan takut. Kerana apapun kalau niat kerana Allah, tak kira sesakit, seteruk, sekeji apa pun penderitaan yang kita dapat waktu tu, Allah takkan pernah menyia-nyiakan pengorbanan kita. Itu janji Allah dik. Janji Allah bahkan lebih pasti daripada terbitnya matahari di hari esok."
Aku tunduk rasa sedih memikirkan nasib Suga, keluarga, kawan-kawannya dan semua orang yang masih belum berhijrah ketika di akhirat nanti sebab sedangkan aku sendiri tak tahu lagi pengakhirannya macam mana.
Kalaulah, syaitan tidak menggoda Nabi Adam sehingga Nabi Adam tewas, pasti semua orang masih di syurga. Tapi apakan daya, perancangan Allah. Tiada yang berhak mempersoalkan. Kerana Allah Maha Mengetahui.
"Tapi Qalisha jangan risau, Allah pernah sebut dalam Al Quran, semua anak Adam, takkan ada seorang pun yang akan diazab di neraka sebelum didatangkan kepada mereka seseorang yang akan mengajarkan tentang Islam. Itu firman Allah dik, jadi kita kena percaya." Sambungnya lagi.
Akukah orang itu? Akukah sepatutnya yang berdakwah kepada Suga. Apakah setelah Allah masuk ke dalam kehidupannya, dia takkan kesakitan lagi. Kalau begitu apa yang harus aku lakukan.
-----
Aku berjalan masuk ke dalam bilik. Bermain laptop itu kerjaku kalau payah nak lelap. Entah perasaan gila apa, aku search sesuatu yang tak berfaedah, tapi aku betul-betul curious. Lantaklah.
SUGA IDEAL TYPE
Suga like girl which have same personality with him.
"Hah, keluar pun. Dia suka perempuan yang sama macam dia? Garang ke? Aku tak garang. Penakut adalah. Straightforward jangan haraplah. Kalau macam tu tak samalah kami, hem."
He prefer girl with high 155cm to 160cm. Weight: 80kg.
"Eh, nak yang 80kg, gila..menipu betul. Padahal kita 60 kilo ni pun kena kutuk. Tinggi mesti antara 155 hingga 160. Ok2 aku 160."
Someone that's indifferent, quiet. He like an inattentive, real/ tough woman. And it would be nice if she has similar hobbies or preferences as Suga. As he say, he don’t have a bright personality so he want to meet someone that is similar to himself. Suga said it would be great if she has a lot of interest in music. Then, they will have a lot more to talk about."
Also wants a girl that can be very active when he wants to and very silent when he wants to. A girl that will always be by his side."Eh, dia cakap suka yang pendiam tapi boleh berubah jadi aktif mengikut masa tertentu. Jadi dia okeylah kalau orang tu tak peramah. Macam aku je ni, hish macam ciri-ciri aku je." Tiba-tiba sahaja aku tersenyum sorang.
It doesn't matter of she is not beautiful. She just has to be nice and understanding because Suga is coldhearted at certain time.
"Betul ke tak dia ni? Ke cover je semata?"
All of the members said suga fits to be the member who likes younger girls.
"Supaya senang nak buli? Macam kau buli aku kan? Dah agak dah."
It does not matter if she bad in cooking.
"Yeke? Ramen hari-hari tak apa ek? Nasi kuah budu jelah hihi..gelak kejam kejap"
He choose to date an Australian girl.
"Biar betul? Allahu ..masa aku 'first date' dengan dia hari tu pun kat Australia. Kira macam aku pun one of Australia girl juga masa tu. Kebetulan sangat ni. Seram sejuk pula aku."
All the member chose Suga as the one who can stand long distance relationship. Suga himself said he agree with that. He would probably love that girl more than that girl loves him. Somehow, he think he cannot stand meeting everyday. Once a month is enough. But he think he said this maybe because he never think about love life. From now his work is still his priority.
"Ayat yang ni macam bunyi dia okey je kawin orang luar negara. Habislah bakal isteri dia, tak jumpa banyak hari pun dia tak rindu. Boleh ke life macam tu?Tak sanggup aku."
Aku menutup laptop ku dan menyelimutkan badan. Masa untuk tidur. Mata pun dah berat.
"Qalisha, apehal pula kau kena cari ideal type dia. Lantak Suga lah nak suka perempuan macam mana pun. Tapi dia suka yang introvert. Aku pun introvert juga. Hish..dah tidur,tidur. Duk menggila dekat sini buat apa. Suga...Haish tak nak la aku kat dia. Tak real..tak real.. Baik tutup lampu, tidur. Fikir pasal lelaki buang masa je.
Aku tidur malam itu dengan perasaan yang berbeza seolah-olah aku tercrush pada seseorang. Tapi aku yakin semua Army pasti melalui masa-masa sukar macam yang aku rasakan sekarang ni. Confirm!!.
(Sedih sikit yg part neraka tu..tp serius life dkt neraka jahanam tu real..it so real..takutt😞.. Btw demi buat ff ni,gigih sy cari ideal type Suga..
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...