Suga merenung jauh ke arah air laut yang membiru. Dia baru terjaga dari tidurnya. Selesai mengenakan baju kasual berwarna putih dengan seluar jeans ala kadar dia pun segera melangkah keluar dari bilik. Mencari angin baru di sekeliling kawasan resort.
Mengikut apa yang dikatakan Jhope, Pantai utama yang ada di dekat Sutera Harbour Resort sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana di sinilah tempat di mana indahnya pemandangan sewaktu matahari terbenam dapat disaksikan. Suga terasa ingin melihat sendiri pemandangan tersebut.
Kawasan yang agak sunyi menjadi pilihannya. Dia tidak mahu ada orang yang mengganggu masa yang diperuntukkan khas untuk dirinya sendiri. Bukan mudah untuk mencari tempat ini memandangkan masuk sahaja pukul enam petang, ramai pelancong mula memenuhi kawasan pantai untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Angin dibiarkan sahaja membelai lembut tubuhnya. Di sini terasa sungguh nyaman. Pantai sememangnya tempat yang terbaik sekiranya rasa ingin bersendirian. Bebas daripada masalah. Bebas daripada semuanya.
"Betul ke Qalisha memang ada kat sini."
Perlahan-lahan dia menghela nafas. Rambut di bahagian depan dibiarkan terangkat oleh kuatnya angin.
Dari jauh dia terpandang ke arah sekumpulan ahli keluarga yang sedang bermain bersama di kawasan pesisir pantai. Semua orang yang datang ke sana, tidak ada yang datang bersendirian sepertinya. Mereka kelihatan sungguh gembira. Seolah-olah tiada satu pun kesedihan yang menyesakkan berlaku dalam hidup mereka.
Serta merta satu fikiran menyusup masuk.
"Kalaulah aku seperti mereka. Kalaulah aku begitu." Jauh di sudut hati, Suga ingin merasakan kehidupan yang normal. Walaupun dia bahagia dengan kehidupannya sekarang, tapi tetap sahaja dia merasa kekurangan.
Apa yang diperlukan oleh seorang manusia ialah 'kasih sayang'. Min Yoongi amat perlukan semua itu. Min Suga telah mendapatkan segala-galanya. Tapi Min Yoongi? Dari kecil dia hanya mampu berharap. Berharap ada yang menyayanginya.
Pada satu masa, dia rasa seperti ingin menyerah. Mengharap kasih sayang manusia hanya meninggalkan kesan hampa yang berat dalam hidupnya.
Melihat peminat menyayanginya sekarang, itu adalah satu rahmat terbesar yang pernah berlaku dalam hidupnya. Sesuatu yang tidak pernah terjangka oleh dirinya sendiri. Membalas kasih sayang peminat, itulah yang sedang dilakukan setiap hari. Kerana kasih sayang bukan suatu hal yang remeh bagi sesiapa sahaja yang pernah merasa diri dipinggirkan.
"Kalau ada Qalisha kat sini, mesti rasanya lain sikit. Takkan nak jalan dengan bts je, 24 jam. Dah bertahun dah hidup sekali. Bosan dah. Qalisha, kau membosankan. Tak banyak cakap. Tak suka bersorak kat aku macam Army. Tak lawa. Tak macam ciri perempuan yang aku suka. Tapi kau macam musik, menenangkan kalau bersama. Kenapa aku rasa macam tu kalau tepi kau, Qalisha?. Teruk betul."
Seorang budak lelaki yang sedang bermain bola di bahagian tengah pantai tertendang bola sehingga bergolek ke arah Suga. Bola tersebut terkena kaki Suga.
Suga memandang ke arah budak lelaki tersebut. Langkah budak lelaki tersebut terhenti. Dia mahu mengambil bola tersebut tapi takut Suga marah padanya. Suga senyum dan melambai ke arah budak kecil tersebut tetapi budak itu masih tidak berganjak. Keras di situ.
Akhirnya Suga bangun dan menuju ke arah budak tersebut. Muka macam nak nangis sebab takut sangat dia dekat Suga. Maklumlah Suga nampak garang terlebih lagi rambutnya berwarna coklat dengan subang di telinga lagilah buat budak lelaki tersebut takut.
Suga melutut di hadapan budak kecil tersebut sambil memulangkan balik bola kepadanya yang hampir hendak menangis ketakutan.
"Your ball,right?"
"Thank y-you sir" Budak tersebut mengambil bola dan terus berlari ke arah ibu bapanya. Suga tersenyum kecil melihat gelagat budak itu. Pandai berbahasa Inggeris rupanya. Comel. Walaupun hakikatnya senyuman Suga lagi comel.
Dia bingkas bangun dan menepuk lututnya yang berpasir. Sudah lewat petang. Malas pula dia hendak tunggu sunset. Esok masih ada.
Suga memandang sekilas ke arah air laut sebelum meninggalkan tempat tersebut. Ketika matanya terpandang ke arah kiri, Suga ternampak seorang gadis seperti sedang mengelap air mata di pipi. Walaupun dia tidak nampak dengan jelas, dia pasti titisan air jernih yang menitik dari bahagian sisi wajah gadis tersebut adalah air mata.
Setelah diamati, perempuan itu dari belakang nampak seperti seseorang yang amat di kenali Suga. Keputusannya untuk segera pulang dibatalkan dahulu.
Langkah kaki digerakkan ke arah perempuan yang sedang bersendirian di atas batu. Semakin dekat, semakin kuat hatinya berdebar. Adakah perempuan ini adalah si dia yang sangat di harapkan saat ini. Pantai inikah yang akan menjadi tempat yang akan mempertemukan mereka berdua seperti mana pantai-pantai yang pernah 'mempertemukan' mereka sebelum ini.
(Teringin juga nk tengok sunset..dpt tgok berdua lgi gila..huhu. Sabah jauuh 😢 . Btw, trima kasih kpd yg dh smpai ke bab 31 ni.. I luv you.. Sorry crita sdih sikit. Xde sngat bnda romantik tp lbih kpd cinta yg mnjaga n mrawat seseorg yg dcintainya. Author mmg mnantikn this type of love. Smoga dberikn😇 tq yee..dan satu hal lgi, seperti mana perangai Suga dlm ff ni sy ambik berdasarkn perangai sebenar Suga bts, mcm tu jugalh sy akn seret bnda real dlm life sy untk karakter Qalisha. Jgn ada yg kecam, ok?)
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...