Radio dan Hati

167 14 0
                                    

Aku menanggalkan tudung di kepala. Sudah seharian rambut ku terperap di dalam tudung maklumlah kami para mahasiswa perlu mengikuti program yang dijalankan di dewan dari awal pagi sehingga lewat malam. Habis melekit satu badan. Nak tidur terus pun tak elok juga.

"Nak mandi dulu ke?" Tanya Liyana. Tangannya ligat mencari pijama di dalam almari.

"Yana, awak mandi dululah. Saya nak rehat kejap. Nak layan lagu dalam radio dulu. Tak pernah lagi dengar saluran radio orang amerika punya hehe."

"Yela. Jangan sampai tertidur sebelum mandi pula." Ujar Liyana sebelum menutup pintu bilik air.

Aku menyeluk kocek seluar untuk mengambil telefon ku. Saluran 102.7 aku buka. Aku tidak tahu itu saluran apa tapi aku memilih untuk berhenti di saluran ini kerana lagu kegemaran adik ku nyanyian Justin Bieber sedang diputarkan.

"Okey kita kembali semula bersama artis internasional yang telah berjaya mengungguli carta billboard. Macam mana? Masih okey? Ke dah ada yang pengsan?." Tanya Dj dalam keadaan berseloroh selepas lagu tamat.

"Baik, semua baik je." Kedengaran beberapa orang menjawab pertanyaan itu sambil tergelak. Barangkali artis jemputan.

"Berbalik kepada soalan tadi, apa impian kamu semua di tahun 2018?"

"Kami mahu membuat pelbagai lagi genre muzik terutama hip hop dan kami harap lagu kami didengari di seluruh dunia menjelang 10 tahun akan datang. Walaupun kami mungkin tidak berpeluang lagi ke Amerika seperti kali ini, kami harap anda semua tidak akan melupakan kami." Ujar tetamu jemputan tersebut.

"Ya. Saya pun doakan awak semua sukses ya. Untung jangan lupa kongsi."

Lawak Dj tersebut disambut oleh hilai tawa mereka.

"Ok. Sekarang kita ke segmen soalan cepumas daripada peminat. Soalan ini datang dari Mary. Dalam banyak-banyak negara yang pernah korang lawati, negara mana yang meninggalkan kesan mendalam kepada korang?"

"Saya jawab dulu ya."

"Silakan Jhope. Negara apa?"

Aku terkejut sewaktu nama Jhope disebut. Jhope ahli kumpulan Bts? Ke aku salah dengar?

"Macau paling best.''

"Kalau saya Amerika. Kasih sayang semua fan Amerika sangat hangat" Jawab seorang lagi.

"uuuu Jimin. Sweet talker"

Jimin? Jhope? Jadi betullah tetamu jemputan yang sedang berada di studio sekarang adalah grup BTS. Sah memang mereka.

"Saya pula Sabah."

Suara itu. Macam suara Suga. Ya aku pasti itu Suga. Aku cam suara serak dia. Sabah? Kenapa aku rasa berdebar-debar sekarang ni? Aku cuba mendengar dengan sepenuh perhatian.

"Sabah kat mana tu?"

"Malaysia." Jawabnya sepatah.

"Hyung sorang ni asyik senyum-senyum lepas balik Malaysia. Tak tahu kenapa haha. Dah terpaut dekat seseorang agaknya'' seorang lagi ahli bts cuba mengusik orang yang ku agak adalah Suga.

"Jangan-jangan ada jatuh cinta dekat Army Malaysia? Suga? Sila berikan komen. Tengok tu! Belum apa-apa dia dah tersengih. Bikin curious. Haha."

Suga? Jadi betul lah yang bercakap tadi Suga. Tiba-tiba saja aku jadi tersenyum sendiri. Kebetulan sangat ni. Nasib aku pasang radio. Haha

"Ada lah sorang. Gadis misteri. Gadis pantai."

Aku tak tahu dia melawak atau apa, tapi jujur aku cakap aku berdebar bila dengar dia jawab macam tu. Sebabnya yang kerap bersamanya di Sabah adalah aku.

"Haha... Saya bergurau je. Mana sempat saya bercinta. Saya sibuk 24/7. Tak sempat nak ada dalam perhubungan. Sekarang ni masa depan Bts lagi penting. Army jangan risau, Suga hanya milik Army.''

Tak tahu kenapa aku rasa frust. Kepala sendiri aku ketuk. Entah apa-apa aku ni. Suka perasan sendiri.

"Okey, kita akan kembali menyiasat bts tapi sebelum tu kita layan dulu lagu cinta. kali ni saya akan beri peluang kepada Suga memilih lagu untuk 'perempuan misteri' yang mungkin wujud di Sabah haha.. Ok Suga lagu apa?"

"Haha... Dia tak wujudlah. Tapi sebab tak nak kecewakan korang, saya pilih lagu 'You are my everything' dari Santa Esmeralda. Sebab dulu saya pernah belajar komposisi lagu klasik jadi saya terfikir untuk menulis lagu cinta klasik yang macam ni dan nyanyikan untuknya semasa hari saya bersedia untuk confess."

"Romantiknya."

"Biasalah Min Suga lah katakan. Swag dan sweet." Suga berbangga diri.

"Boleh maut budak tu kalau dengar si Suga ni nyanyi." Usik membernya. Semua ketawa terkekeh-kekeh.

"Diamlah.'' Suga acah-acah marah.

"Jom kita layan dulu lagu 'You are my everything' khas Suga tujukan buat perempuan yang telah berjaya merebut hatinya. Haha Jangan marah jangan jealous. Layan dulu.

You're my everything
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep within, I'm in love

You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near

For my everything
I live up on the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There's no storm, my love

You're my everything no nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to near
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near

When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you save and warm
Yet so strong, my love

When I kiss you lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within
I'm in love

Aku menguatkan volume dan mendengar lagu tersebut dengan sepenuh hati. Manis. Entah kenapa terasa manis. Seolah-olah lelaki yang aku cintai sedang mendedikasikan lagu cinta melalui radio sebagai ganti ucapan cinta yang tak dapat diungkapkannya melalui perkataan.

Kalaulah Suga tidak melawak. Kalaulah dia cakap gadis misteri itu aku.
Kalaulah.

"Ha, ni kenapa senyum-senyum ni?" Ujar Liyana. Tangannya mengelap rambutnya yang kebasahan.

"Takde apa. Dengar lagu daripada buah hati."

"Siapa? Dia kat mana sekarang?"

Aku tersenyum sambil memandang ke arah bulan di langit.

''Sana.''

Selagi pasangan yang dipilihkan oleh Allah untuk menjadi milik ku belum ditemui. Selagi itu aku merasa dia ada di sana, di dalam cacatan Luh Mahfuz yakni di bawah pengetahuan tuhan.

(Suga belajar komposisi lagu klasik, kalau saya tak silaplah. Lagu kat atas tu lagu feveret saya. Ia sgt2 sweet. Trylah dgr. Tapi rasany lirik dia lebih sesuai untuk pasangan berkahwin.)

When I met SugaWhere stories live. Discover now