Setelah menunaikan solat isyak berjemaah bersama peserta muslim yang lain, aku dan Liyana terus masuk ke bilik untuk tidur. Aku tengok dia dah tertidur siap peluk anak patung dan berdengkur lagi.
Mujurlah ada Liyana. Dia jenis yang peramah. Banyak yang dia bualkan hari ini dengan aku walaupun aku ni agak membosankan orangnya. Biasalah aku banyak mendengar kurang menyampuk.
Aku melihat jam. Baru pukul 11 malam. Awal lagi kalau nak tidur. Eloklah kalau aku mesej adik aku dulu. Sejak dulu lagi, kalau aku dapat ke luar negara dialah yang paling sibuk nak ambil tahu. Jealous katanya.
"Mana chat Syahirah ni." Aku scroll mencari nama SYAHIRAH tapi tangan ku terhenti pada bahagian chat yang tertera nama Suga. Aku buka chat tersebut.
"Rindunya lah kat dia."
Aku tersenyum sendiri sambil mengenangkan setiap pertemuan kami terutama pertemuan pertama di Australia. Kalau diingat balik, aku ni teruk juga sebab Bts pun aku tak kenal. Apalah.
Beberapa minggu yang lalu adalah dia hantar mesej kat aku. Waktu tu dia ada tanya maksud beberapa perkataan bahasa Indonesia. Katanya sebab ada konsert di Jakarta. Biasalah. Bahasa Melayu kan agak sama dengan bahasa Indonesia. Masa tu je. Lepas tu senyap dah sampai sekarang. Biasalah sibuk tambahan kami kekasih pun bukan.
"Eh, tadi nak hantar mesej kat adik. Melalut pula."
" Hi my dear. Miss me? Sorry. Got to speak in London coz I in America. It so wonderful here. I luv it. But sorry i haven't see your 'boyfriend' yet. If I met Justin Bieber I will instantly ask him to marry you okey but make sure you also did the same thing. Go to Suga and say Qalisha crush on him so badly.Haha
P/s: Suga is mine. You better back of. Hihi..
Sempat lagi aku selit gambar aku tengah selfie sorang-sorang kat kafe. Makan stik pertama kali jadi aku pun ambil gambar sendiri untuk buat kenangan. Hodoh sikit la, sebab sengaja aku jelirkan lidah dan kenyit mata.
Dan satu lagi aku siap melawak pasal Suga. Adik aku tak tahu aku memang maksudkan apa yang aku taip tadi tapi memandangkan adik aku tengah bias dekat Suga sebab frust dengan Kai jadi aku usik lah dia. Rasa nak tergelak pun ada hantar mesej macam tu. Aku tak cerita lagi pasal Suga dekat dia sebab nanti dia tak percaya. Aku yakin itu.
Selepas siap mengirim mesej tak berfaedah itu, aku terus ke tandas untuk memberus gigi. Langkah ku terhenti ketika pintu tandas hampir dibuka.
"Kejap. Tadi aku macam..."
Serta-merta jantung terasa berdebar. Tadi aku macam tersilap buat sesuatu. Takkanlah aku ada terbuat benda yang mengarut tu. Oh no, tak, tak.
Dengan sepantas kilat aku berlari ke arah katil. Telefon bimbit di atas katil aku capai. Hati aku berdebar-debar tanpa henti. Patut ke aku buka dan check lagi. Ya Allah janganlah. Harap apa yang tengah aku fikirkan sekarang tidak berlaku. Tolonglah, kalau tak aku tak tahu aku patut hidup ke tak.
Dan telefon pun dihidupkan. Dengan mata yang takut-takut untuk dibuka aku terlihat sesuatu.
''Aaaaarghhhhh.. Allahuakbar. Ya Allah, takkanlah. Macam mana aku boleh tersilap hantar mesej tadi dekat Yoongi. Huaaaaaaa habislah."
Aku rasa nak lempar je telefon aku sekarang. Malunya aku rasa sekarang ni. Terasa muka panas berbahang. Aku tak tahulah nak nangis ke nak marah. Macam mana aku boleh tersilap ruangan chat. Habislah aku. Macam mana aku nak terang kat Suga. Aku menyembam muka di katil sambil menumbuk-numbuk tilam sekuat hati.
"Kenapa Sha?" Liyana bercakap dalam keadaan separa sedar. Matanya separuh terbuka.
"Eh takde apa. Maaf dah buat bising. Awak tidurlah balik." Dah tak pasal-pasal aku terbuat Liyana terkejut.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...