Di bawah Bayu yang Sama

174 20 6
                                    

Tinggal beberapa hari lagi sebelum tahun 2018 bermula. Aku tidak menyangka sudah hampir setahun tidak bertemu dengannya.

Kadang-kadang aku terfikir, tidak ada sedikit perasaan rindukah dia pada aku. Atau Suga sudah melupakan terus kenangannya dengan aku.

Gambar kenangan kami, entah berapa ribu kali aku tatap sepanjang satu tahun ini. Aku tidak pasti kenapa setiap kali melalui kawasan pantai, aku jadi rindu. Tak mungkin kerana cinta. Barangkali aku hanya terkenang.

"Qalisha, kenapa termenung ni. Kaklong tengok Qalisha tak macam dulu. Macam tak happy . Ada masalah ke? Kalau kaklong boleh tolong, kaklong akan tolong. Jangan tanggung sorang-sorang."

Rosnaidah adalah adik beradik susuan ku. Walaupun setelah dia berkahwin, dan mengikut suaminya berpindah ke negeri kelahiran suaminya, dia tetap ambil tahu tentang keadaan keluarga susuannya terutama aku. Sebenarnya aku merasa kasihan dengannya kerana di usia muda dia menjadi janda. Ternyata Allah lebih menyayangi suaminya.

Sewaktu di sekolah menengah, aku kerap menghubunginya. Bergosip, girl talk dan melawak, itulah kegiatan kami bila 'bertemu' di talian.

Tapi sejak aku melalui masalah depression aku sudah jarang berkomunikasi dengan sesiapa apatah lagi aku langsung tiada perkara bahagia untuk dibualkan bersama. Hanya ada cerita yang nembuat sesak di dada.

Aku ingin sekali meluahkan apa yang terbuku di hati. Tentang bagaimana sakitnya berada dalam masyarakat tapi hidup terisolasi. Menghadapi hari-hari yang penuh kesakitan sendirian. Tapi apakan daya, aku tidak mahu membebani dia yang sememangnya mempunyai kesakitan sendiri. Kalau aku diberi pilihan, aku ingin meninggalkan tempat yang menyakitkan itu tapi adat hidup di kampung, jika anak membuat masalah, ibu bapa yang akan menanggung segalanya.

Bagiku sudah agak terlambat. Jika aku mengundur diri dari tempat itu, aku telah pun terbiasa dan terlatih untuk hidup dalam kesakitan seperti itu setiap hari. Jadi biarpun aku berpindah ke tempat yang lebih baik, aku tetap aku. Diri yang sama. Diri yang menderita. Memang, aku memang sudah terlanjur putus asa.

"Dah, kaklong tak kisah kalau Qalisha tak nak cerita, tapi kaklong tak izinkan Qalisha bersedih di sini. Negeri Sabah ni negeri akak. So, no cry2.. If you want to cry, i will belasah you.."

"Hahaha..kaklong ni..suka fikir bukan-bukan. Qalisha okey. Cuma tengah fikir.

"Fikir apa?"

"Berapa gaji yang sepatutnya seorang maid secantik Qalisha patut dapat?"

"Gaji? Kata ikhlas datang sini nak bantu Kaklong? Takkan minta bayaran."

"Banyak cantik muka Kaklong.."

"Janganlah puji i, maluu.."

"Hahaha..gedik."

Sudah beberapa hari aku tinggal di negeri di bawah bayu ini. Maklumlah setiap universiti akan memberikan cuti tiga bulan selepas tamat setiap satu tahun pengajian. Jadi eloklah aku menjenguknya daripada membuang masa. Kesedihan tetap takkan berhilang walaupun badan direhatkan.

Aku telah menghabiskan cuti sebulan di Kelantan dan ingin menghabiskan dua bulan yang bersisa di sini, di negeri Sabah.

Bagi mahasiswa, rugilah jika bercuti tanpa bekerja. Jadi aku telah diterima bekerja sementara di Sutera Harbour Resort sebagai
Housekeeping. Patutnya aku tak layak bekerja di sana kerana kurang pengalaman tapi disebabkan aku fasih berbahasa Inggeris, aku diterima bekerja di situ.

"Kaklong, nak tidur..ngantuk"

"Pergilah tidur"

"Tak nak sorang-sorang, takut"

"Mengadanya, gigit baru tahu."

"Nak, hehe.."

Kami berdua masuk tidur lebih awal kerana esok masing-masing perlu terus mencari rezeki demi kelansungan hidup. Walaupun kedua-duanya mengalami kesakitan, hidup perlu diteruskan.

(Masa tgh fikir mcm mna nk bwa Qalisha ke Sabah, tetiba je teringat dkat kakak sepupu sy yg jd nurse kt Sabah. Terus dpt idea nk buat mcm mne. Btw nma Rosnaidah adlh nma sbnar kakak spupu sy tu. Tp yg mninggal tunang dia. suami baru dia msih hdup.jgn main2 hehe.)😀

P/s: kalau rsa mcm ada bab yg terskip blh la mesej sy sbb wattpad sy kdg2 ada problem.. Sblum tu trima ksih pd yg sudi vote.
Pd yg setia read sy punya cite, neomu gomawo..
Cuma minta stu je..doakn untk patient depression. I know how much pain that they have to endure.😄

When I met SugaWhere stories live. Discover now