Selamat Tinggal Suga Bts

235 25 8
                                    

Tinggal lima minit lagi sebelum kapal terbangku berlepas. Aku duduk di tepi seorang mak cik tua. Kawan-kawan ku ramai yang buat muka sedih. Sayang kata nya nak tinggalkan Australia tercinta. Aku tak rasa apa-apa pun.

Tapi entah kenapa jauh di sudut hati aku rasa sedih sangat macam ada sesuatu tertinggal. Aku tatap handphone seolah-olah berharap.

Aku menoleh ke kiri, seorang budak perempuan memasang lagu 'First Love' nyanyian Suga. Aku tanpa sedar rasa sayu hendak tinggalkan dia. Entah perasaan gila apa yang membuat aku rasa hendak lebih lama lihat dia. Bukan sebagai Suga tapi sebagai Min. Aku tidak biasa bersama Suga bts tapi Min Yoon Gi yang berjuang dalam kesakitan itu yang sangat-sangat aku perlukan.

Tut..tut

Terkejut dengan bunyi mesej, aku bingkas bangun membetulkan kedudukan ku. Aku terbangun daripada tidur.

Alah..bukan Suga. Maxis je. Bodohnya aku. Apa yang aku harapkan. Seperti kebanyakan orang yang hadir ke konsertnya, dia akan melupakan wajahku seperti mereka.

Memandangkan aku yakin kami takkan bertemu sampai bila-bila, aku pun memberanikan diri mengirimkan mesej padanya.

Maaf Suga. Semlm sy trbuat bnda bodoh lg dpn awk. Abaikn apa yg jd semlm. Sy akn ingat nsihat awk. Sy nk ucp trima ksih sbb nasihat awak buat saya rasa tenang. Semoga sentiasa sukses dalam bidang muzik. Saya mungkin akan jadi Army untk kenang jasa awk. Army yg setia. May God Bless You. -Qalesha

Selang sejam selepas itu, aku mendapat mesej darinya:

Tak mengapa. Semua orang ada cerita masing-masing. Maaf, aku dah cakap aku reti rap je, kau yang paksa aku nyanyi. Sampai kau nangis dengar aku nyanyi semalam haishh..apa pun take care. -Suga

Aku fikir ini pertemuan pertama dan terakhir kami, tapi aku silap. Rupanya pertemuan pertama inilah yang membawa kepada pertemuan seterusnya sehingga mempertemukan kami ke jenjang pelamin.

(Tamat.. Haha gurau jelah..couple tak lagi, kawin pun tak lagi..scroll bawah plizz)

When I met SugaWhere stories live. Discover now