Sedih

158 18 12
                                    

Suga part

Suga merenung lama butang gagang hijau pada skrin telefonnya. Dia menghembus nafasnya dengan berat.

Dia akhirnya menekan simbol tersebut lalu meletakkan telefon di telinganya.

"Hello."

"Hello oppa. Maaf lambat jawab . Tadi saya ada hal."

Suga perasan sesuatu yang aneh pada suara Qalisha. Macam suara orang baru habis menangis.

"Qalisha? Kau nangis? Kau ada masalah ke?"

"Eh taklah. Saya makan pedas tadi."

"Macamlah aku tak reti beza antara suara serak sebab pedas dengan suara serak sebab baru habis menangis. Kalau dengan aku tak payahlah nak berahsia atau nak tipu."

Qalisha diam seketika di talian.

"Qalisha, ceritalah. Tak perlu takut. Kita berdua bukannya stranger." Ucap Suga dengan lembut.

Hati Qalisha terasa sebak. Apa yang ditahan dari tadi, terasa hendak dilepaskan sahaja kepada Suga. Walaupun dari tadi dia telah menangis, tetap sahaja air matanya ingin mengalir lagi apabila ada Suga yang sudi menjadi pendengar.

''Tak ada apalah. Biasalah bila jadi remaja. Macam-macam masalah hidup datang. Masalah kawan la, duit la, pelajaran la. Kadang-kadang rasa nak berhenti je belajar . Serabut.." Ujar Qalisha sambil menahan sebak di dada. Air mata yang mengalir terus dikesatnya.

"Entahlah Qalisha. Aku pun dua kali lima. Makin berjaya makin banyak masalah datang. Kadang-kadang aku rasa tak puas hati dengan sesuatu. Aku rasa fed up. Tak tahulah nak cakap macam mana. Kalau aku terus fikir boleh buat sakit kepala." Rungut Suga.

"Kan.. Kalau fikir, boleh jadi gila. Hidup kalau tak ada benda yang menyakitkan hati memang tak sah. Kadang-kadang orang sekeliling bukan memudahkan. Buat kita tambah terbeban lagi adalah."

"Betullah tu. Aku dengan hater yang makin bertambah. Entahlah. Manusia takkan pernah faham dengan kita. Malas aku nak ambil tahu."

Hati Qalisha berasa lega dan terpujuk apabila mengenangkan Suga juga menanggung masalah seperti dirinya. Bila Qalisha tahu dia tak sendirian dalam menghadapi masalah hidup, dia merasa sedikit kuat dan tidak terlalu terbeban.

Qalisha tiba-tiba tergelak sendiri.

"Eh, dah gila ke tiba-tiba gelak ni? Kenapa Qalisha?"

"Tak adalah hehe saya cuma rasa lega sebab oppa sudi jadi tempat saya kongsi masalah saya ni."

"Tak ada apalah.."

"Oppa, setahu saya ada fakta mengatakan orang yang banyak masalah ni cepat mati. Agak-agaknya antara kita berdua siapa yang mati dulu?" Soal Qalisha tiba-tiba.

"Kalau tengok pada lifestyle, aku rasa aku la kot. Kejap, kenapa pula kau tiba-tiba sentuh pasal kematian ni?" Suga berasa hairan.

"Tak ada apa-apa pun. Saja. Cuma saya terfikir, kalaulah Allah bagi saya pilih antara berpisah hubungan atau berpisah dunia dengan famili dan semua orang tersayang, saya lebih rela dipisahkan untuk sementara asalkan tak perlu berpisah dunia. Tak boleh dibayangkan, sakitnya kalau perlu hadap kematian orang yang rapat dengan kita." Suara Qalisha kembali sebak.

"Ya. Aku tak pernah fikir pasal kematian walaupun dulu hampir tiga kali nyawa aku hampir melayang." Suga merenung jauh teringat kisah lamanya.

"Kalaulah salah seorang daripada kita berdua meninggal awal, agaknya mesti orang yang masih hidup tu rasa sedih."

Mereka diam sejenak. Tak tahu kenapa nada perbualan mereka malam itu penuh dengan aura sedih.

"Aish, dah lah. Aku tak nak sembang pasal benda macam tu. Selagi boleh hidup ni, teruskan hidup. Lagipun banyak lagi impian aku yang belum tercapai termasuk jadi suami orang."

When I met SugaWhere stories live. Discover now