Ketenangan di Dekatnya

208 18 65
                                    

Ombak kelihatan sungguh indah beralun-alun di gigi pantai. Suasana hari ini agak mendung. Terasa sejuk dan nyaman. Panorama ini mampu menenangkan siapa sahaja yang melihatnya. Burung-burung berkicauan menambahkan lagi kedamaian. Cantik sungguh ciptaan Allah . SubhanaAllah.

" Pandai betul dia pilih tempat. Yoongi, jadi ke tak dia datang ni. Tak apalah baca Al-mathurat lah dulu. Sementara tunggu dia sampai."

Selesai membaca doa Rabitah, kedengaran suara seseorang di belakang ku.

"Baca Bible ke?"

"Eh Yoongi Oppa, taklah. Ingat tak datang tadi."

Aku tersenyum dan merasa tenang kerana yang datang bukan Suga Bts tapi sebaliknya dia datang sebagai Min Yoongi.

Satu calit mekap pun tiada di wajahnya. Dia juga tidak mengenakan contact lens. Hanya datang dengan kaca mata besar berbingkai hitam, mask, rambut yang agak di acak-acak dan pakaian seperti baru pulang dari latihan menari.

Bagiku aku suka dia yang seperti ini. Baru kelihatan seperti orang yang sebenar. Tiada jerawat pada wajahnya tapi agak kulitnya kemerah-merahan seperti kulit orang putih yang kesejukan.

"Awak letih ke? Muka awak nampak pucat sangat." Bimbang pula aku kalau-kalau dia sebenarnya tidak sihat.

"Kau perli aku ke apa ni?"

Sebenarnya aku tak tahu pun yang muka dia memang terlampau putih. Kebanyakan muka orang Melayu agak hitam manis jadi bila lihat mukanya yang terlalu putih buat aku sangka dia sakit. Dah salah faham dah.

"Dahlah, jom jalan sekeliling pantai. Aku bukan minat sangat keluar jalan-jalan cuma alang-alang dah nak balik, jadi baik aku melawat tempat yang aku suka."

"Oh..awak memang suka pantai ke?"

"Ya. Kalau aku rasa bengang ke apa, aku akan keluar tengok pantai kalau tak rasa nak minum. Rasa tenang je jiwa. Kau tak suka ke?"

"Suka. Suka sangat. Bila saya rindukan seseorang, saya akan terus pergi pantai. Bawa barang-barang yang ada kaitan dengan orang tu sekali. Terasa lepas je rindu."

Tak sangka aku jadi mudah meluahkan apa yang aku rasa dekat Min Yoongi. Padahal kalau dengan orang lain aku kekok gila. Dia semacam menenangkan untuk aku.

"Aku datang sini, manalah tahu kalau dapat idea nak buat lirik lagu baru. Terutama lepas terhidu bau kau yang semacam ni."

"Bau? Saya berbau busuk ke awak?"

Alamak. Takkan sebab aku terlupa pakai perfume badan dah bau hangit kot. Malunya Ya Allah.

"Kau pakai perfume apa?"

"Saya ke..saya cuma basuh pakaian guna Downy Black je."

"Choa. (Aku suka)"

"Apa awak cakap?"

Tanpa menjawab soalan aku, dia terus berlalu ke arah tengah pantai sambil tersengih.

"Mesti dia mengata aku ni kalau guna bahasa Korea, Alahai malunya aku Selalu buat hal memalukan depan dia."

Suga berdiri menghadap kawasan pantai. Dia membuka kasutnya sebelum membasahkan kakinya di pesisir pantai. Ku lihat Suga seperti sungguh menikmati saat ini. Mana tidaknya sejak bergelar artis pasti dia jarang mendapatkan kebebasan seperti ini. Di sini dia tidak perlu risau kehadiran peminat, orang yang mengenalinya atau orang yang membuatnya terasa asing. Hanya ada dia, aku dan pantai.

Aku berjalan ke bahagian kiri pantai. Tidak mahu menganggu dia yang tenggelam dalam dunianya. Biarlah dia tenang.

Air laut yang membiru nampak sungguh indah ditambah bayu pantai yang membelai lembut kulitku menyebabkan aku merasakan ketenangan yang sama seperti Suga rasakan.

Selama sejam ini, kami tidaklah bercakap dengan satu sama lain. Akan tetapi entah kenapa aku tidak merasakan kesunyian. Perasaan sepi yang memakan rasa bahagia aku tidak aku rasai saat ini. Perasaan ini sama seolah-olah keluargaku di sisi.

Aku tidak mungkin berpeluang lagi ke sini. Seeloknya aku ambil gambar pantai ini sebagai kenangan.

Suga terpandang aku yang asyik mengambil gambar pemandangan lalu menuju ke arah ku.

"Kau Army juga kan, jadi jom ambil gambar bersama."

Artis kalau tak selfie tak sah.

Tanpa sempat aku bersedia, dia menarik telefon di tanganku dan mengambil gambar kami berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa sempat aku bersedia, dia menarik telefon di tanganku dan mengambil gambar kami berdua.

"Haha..lawaknya gambar kau. Candid gila." Suga tergelak melihat gambar yang baru di ambilnya.

"Eh, tak minta pun kebenaran saya. Mana boleh ambil gambar orang sesuka hati!" Aku dah mula gelabah dah.

"Aku nak hantar kat phone aku jap. Luxury gila gambar ni. Mana nak dapat yang macam ni."

"Yoongi Oppa, janganlah. Gambar tu hodoh. Bagi balik phone saya.."

Suga menghadang dengan badannya. Kalau tak haram bersentuhan, dah lama aku tarik rambut dia.

"Nah..gambar kau aku dah siap simpan. Ke nak upload dalam twitter?. Letak caption apa ya, ha, #BeautYAndTheBeast." Sempat lagi dia mengusik. Seronok sangat dia boleh usik aku. Macam ni rupanya perasaan Jimin bila kena usik dengan geng bts.

"Hish, Yoongi Oppa..padamlah" Aku merayu tapi dia buat tak hirau.

Patutlah dia ketawa. Memang candid. Mulut aku dengan ternganga macam tu. Hujung tudung pun senget. Kejam betullah dia.

"Dahlah..aku dah kena balik ni..dah lebih masa dah ni. Masa aku lagi mahal tau daripada nyawa orang lain."

"Eh, Yoongi Oppa, tunggu kejap."

"Ada apa?"

"Baju awak,nah. Saya dah basuh dah."

"Ingat dah jadi kain pengelap dah baju aku. Gomawo!"

"Nasib aku faham Gomawo tu apa"

Suga menaiki kereta yang datang mengambilnya. Sewaktu di dalam kereta, dia mengeluarkan baju tersebut yang ku simpan kemas dalam beg kertas.

"Hem...baju ni ada bau dia."

Setelah dia berlalu, aku juga pulang dengan teksi yang datang menjemput ku.

Tanpa kami berdua ketahui, kami sama-sama tersenyum sepanjang perjalanan pulang.

(Bestnya kalau jumpa yg blh buat sy hilang rsa lonely tu.. Thanks to famili, bff tercinta, meoww, ex crush sbb you guys dh buat dunia sy jd lengkap. Berat mcm mne pun jd blh hadap bcoz you guys dkat sisi especially Allah sy😇 btw sy x ltak nma pantai. Mls nk google. Buat2 wujudlh yer.)

When I met SugaWhere stories live. Discover now