Aku meneruskan kehidupan ku seperti biasa. Di sini semuanya terasa agak sepi. Setiap kali aku perlu berada di sini aku mula merasa lemah dan tidak berdaya. Itulah dunia ku di alam universiti. Kata guru, setelah sampai ke menara gading semuanya akan berakhir dengan kejayaan tapi ternyata indah khabar dari rupa.
"Ok, lepas ni saya nak kamu bentuk empat orang satu kumpulan dan saya nak kamu cari dan kaji tentang hidupan biodiversiti di luar bilik kuliah. Lepas setengah jam, saya nak kamu bentang idea kamu di hadapan."
Pelajar kelas aku mula riuh-rendah. Semua seronok sebab mendapat tugasan seperti ini. Lebih-lebih lagi bila sambil belajar mereka boleh berbual bersama rakan-rakan. Bagi ku sekumpulan atau individu, kenyataannya tetap sama. Aku tetap bersendirian.
"Boleh tak saya masuk kumpulan awak?" Aku memberanikan diri meminta untuk menjadi ahli kumpulan mereka yang ada di hadapan aku. Aku malu tapi aku tiada pilihan.
"Boleh-." Jawab Ainnur.
"Eh tak.. Maaf Qalisha. Dah cukup orang." Shahida memintas.
Aku hanya mengangguk dan cuba mencari kumpulan yang lain. Namun apa yang agak mengecewakan aku waktu itu bila aku terdengar sesuatu setelah aku agak jauh dari meja mereka.
"Kumpulan kau dah cukup orang ke Shahida?"
"Tak cukup sorang lagi Khairul, masuklah kumpulan kami."
Aku berpura-pura tak dengar walaupun sejujurnya aku terasa hati sangat. Tak ada orang yang mahu sekumpulan dengan aku. Aku bukan ada kelebihan pun. Membosankan pula tu. Barangkali inilah ujian Allah untuk aku. Ujian yang menyakitkan tapi insyaAllah mungkin ada akhirnya nanti.
"Boleh saya join kumpulan awak?"
''Dah cukup orang."
Semua dah cukup orang. Habislah, aku tak ada kumpulan lagi. Jujur, aku rasa nak menangis sangat. Aku nak masuk kumpulan siapa?
"Qalisha?"
"Er, ya puan?"
"Dah ada kumpulan ke belum?"
"Tak ada."
"Masuk kumpulan Mohd ni."
Dengan terpaksanya aku masuk kumpulan yang semuanya lelaki. Aku rasa kekok sangat tapi aku pejamkan mata sahaja dan buat-buat tak kisah.
"Wei, nanti kau tolong bentangkan ya, kami tak reti."
Aku hanya mengangguk. Aku tak tahu apa yang patut aku rasa sekarang ni. Di luar bilik kuliah, rakan-rakan perempuan ku sempat bergambar bersama manakala ahli kumpulan ku semuanya hanya sekali sahaja menegur ku lepas tu aku terbiar dan berkeseorangan lagi.
Disebabkan itu bagi ku hari yang paling membahagiakan ialah bila aku boleh keluar dari sini tak kiralah disebabkan aku ikut program luar atau aku cuti sakit. Berada di luar adalah sangat melegakan. Udara di dalam universiti teramat menyesakkan dada aku.
"Wei, kesian weh aku kat dia."
"Aku pun tak tahu nak berkawan macam mana dengan dia."
Sedih betul setiap kali ada yang tiba-tiba kasihan pada aku. Perlu ke mereka hanya simpati pada aku tapi langsung tiada niat untuk membantu ku? Mereka tak tahu ke dengan kasihankan aku, aku rasa diri aku makin tak berguna.
Mujurlah kuliah hari ini hanya sebelah pagi sahaja kalau tak aku tak pasti macam mana aku nak hadap sesi pembelajaran dengan semua kesedihan yang menimpa aku hari ini.
Tut tut tut
Ada mesej masuk. Aku membuka ruangan peti masuk.
Buat apa? -Suga
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...