Magic Shop

139 17 4
                                    

Hari-hari malap ku terus berlalu. Aku sudah tidak larat lagi berusaha membahagiakan dan mengembalikan semangat ku. Aku biarkan sahaja takdir ku bergerak semahunya. Sepi, lemah, sakit, aku sudah terbiasa dengannya. Ditinggalkan, diketepikan dan dikecewakan itu adalah takdir hidup ku. Aku terpaksa meneruskan hidup.

Aku membuka aplikasi Facebook untuk menyelesaikan urusan ku. Sebenarnya aku juga ada menjalankan urusan dropship untuk produk telekung solat.

Ketika jari ku melorot ke bahagian paling bawah, mata ku tertancap pada beberapa gambar yang dimuat naik oleh seseorang. Tanpa sedar air mata menitik.

 Tanpa sedar air mata menitik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

''Kalaulah.. Kalaulah magic shop betul-betul wujud."

Dan kalau magic shop itu benar-benar wujud aku ingin menukarkan kesepian ku, kekecewaan ku dan kesakitan ku dengan sesuatu. Aku juga ingin menghilangkan perasaan rindu ku terhadap Suga dengan objek tersebut.

"Kalau aku boleh tukar semua ni, aku nak tukar dengan Shooky." Ujar ku sambil mengelap air mata.

"Aaahh kenapa aku kena ingat pasal dia pula. Lembap." Aku log off dari akaun Facebook ku.

Kalau boleh, aku dah tak nak ambil tahu pasal Bts. Bukan kerana aku benci mereka tapi aku benci melihat diri aku menderita menangis apabila terlihat seseorang itu. Seseorang yang sangat aku rindui.

Aku bangkit dari kerusi dan berlalu ke almari. Aku ambil hoodie dan tudung pemberian Suga. Tujuannya aku ingin lipat kembali dan masukkan ke dalam beg kertas dan berikan kepada adik ku. Untuk apa aku simpan lagi semua itu.

Ketika aku ingin menyumbat pakaian tersebut ke dalam beg kertas, aku perasan ada sekeping gambar polaroid di dalam beg tersebut. Ia adalah gambar Bts yang semuanya memakai baju denim. Ia untuk album baru mereka.

"Gambar ni.." Aku ingin memberikan gambar polaroid tersebut kepada adik ku tapi aku bimbang dia akan banyak tanya jadi aku simpan balik ke dalam fail lama ku.

"Kenapa aku rasa marah dengan dia, padahal aku yakin dia bukan sengaja."

Aku rasa marah dan benci pada Suga tapi kebencian itu menjadi kosong kerana aku yakin dia ada sebab tersendiri tapi aku tetap benci dia. Aku benci kerana dia datang dan pergi macam tu sahaja.

Tapi aku rindu dia.

Sangat rindu.

Rindu yang membuat aku menangis.

Ting.

Satu mesej dari Alisha masuk.

'Tengok video baru yang aku upload dekat channel youtube aku. Kau mesti nak tahu punya kalau pasal hal ni.'

"Apa agaknya ya?"

Tanpa menunggu lama aku terus menghidupkan data dan segera menuju ke aplikasi Youtube.

Aku terkedu. Patutkah aku buka. Patutkah aku ambil tahu lagi? Aku tak sepatutnya tapi.. Dengan hati yang berat, aku teruskan juga apa yang tidak patut aku hiraukan.

Ternyata video tersebut adalah video Min Yoongi yang dikhabarkan sakit. Kebanyakan Army mula perasaan perubahan pada diri Suga terutama ketika sesi interview di luar negara. Dia betul-betul nampak sakit. Walaubagaimanapun, Suga hanya minta Army untuk tidak bimbang. Katanya dia ok.

"Sebab aku ke? Ya Allah.. Dia sama ke macam aku? Dia rasa sakit macam aku juga ke?"

Hati ku merasa bimbang. Aku juga demam dan mulai mengalami tekanan yang berat setelah berpisah dengannya.

Adakah dia juga sama?

Macam mana kalau dia juga sama?

Kalau dia juga rasa, tak.. Aku harap dia tak rasa kerana semua ini teramat menyakitkan.

(Baru-baru ni masa Bts sibuk sebab Billboard, Suga betul-betul tak sihat tapi rasanya sekarang dah sihat. Jaga makan jaga tidur duhai abe Suga, jangan over work ok😋)

When I met SugaWhere stories live. Discover now