Aku Akan Datang

151 15 8
                                    

Beberapa bulan telah pun berlalu. Seperti mana Suga aku juga sibuk dengan urusan ku di universiti. Pagi belajar, petang bersukan, malam bekerja. Kesibukan ini menghakis ingatan ku terhadap Suga tapi bukan perasaan aku. Rasa sayang aku padanya masih ada.

Pernah juga sesekali Suga menghantar mesej pada ku dan begitu juga aku. Terkadang aku juga ada menghubungi. Tapi bilangannya sungguh sedikit. Boleh dihitung dengan jari. Walaupun begitu, doa ku untuk nya tak pernah terlepas walaupun untuk satu hari.

"Nama-nama yang saya sebut sila ke dewan. Razif, Hanan, Ain, Suhaila, Amir, Qalisha. Jadi lepas habis kelas ini, terus ke dewan ya." Pesan Dr. Hajar.

Memandangkan nama ku juga di sebut, jadi aku terus mengemaskan beg ku. Sesampai sahaja di luar pintu dewan, aku lihat beberapa orang lagi dari fakulti lain telah pun mengisi tempat di dalam dewan ini.

"Qalisha, sini." Panggil seseorang yang amat ku kenali. Dia ialah Liyana, rakan yang ku temui semasa mengikuti program usrah mingguan kelab SY.

"Eh, awak terpilih juga?" Aku berasa sungguh teruja bila dia juga ada bersama memandangkan dia adalah gadis berpurdah yang baik orangnya.

"Ya, Alhamdulillah." Liyana tersenyum dan bersyukur.

"Okey, semua. Sila penuhkan bahagian depan. Kita dah nak mula." Arah ketua program.

Semua mula memenuhi bahagian depan termasuk aku dan Liyana. Memandangkan rakan Liyana tidak terpilih maka dia ingin bersamaku kerana bersendirian tidak menyeronokkan katanya. Mujurlah, secara tidak langsung, aku jadi ada teman buat hilangkan kesunyian nanti. Alhamdulillah.

"Pertama, saya ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana terpilih mengikuti program mobiliti mahasiswa yang diberi nama 'UITM Outreach Global Programme' ke Amerika Syarikat selama dua minggu. Uitm adalah universiti kedua selepas UTM yang menghantar pelajarnya ke luar negara untuk program seperti ini." Dia mula berucap.

Ini adalah sebahagian keinginan aku untuk mengikuti program di peringkat antarabangsa demi masa depan yang cerah. Seperti Suga, aku juga masih perlu meneruskan kehidupan ku seperti manusia sihat yang lain.

Melalui program ini, aku dan semua mahasiswa yang terpilih akan dapat mempelajari lebih lagi mengenai isu merentasi sempadan dan global. Malah kami juga berpeluang meningkatkan soft skil kami. Ini adalah peluang yang baik bagi kami kerana selain berjaya dari segi akademik, kami juga mampu menghasilkan ketrampilan antarabangsa serta menjadi mahasiswa yang celik global.

"Baiklah, jadinya seperti mana yang kamu tahu kamu akan dihantar ke Amerika Syarikat selama dua minggu untuk mempelajari budaya antarabangsa dan meraih pengalaman baru. Gunakanlah sebaik-baiknya, okey."

"Saya nak tanya.'' Seorang lelaki berkaca mata mengangkat tangan.

"Sila kan."

"Bagaimana dengan penerbangan ke sana?"

"Yang itu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan menguruskannya. Kamu semua hanya dikenakan kos yang rendah dan istimewa berbanding penumpang biasa."

"Oh, ok. Terima kasih."

"Jadi bersiap sedia dari sekarang. Uruskan pasport dan semua barang keperluan korang sebab dalam masa tiga hari lagi kita akan 'bertemu' dengan Amerika Syarikat."

Ucapan terakhirnya disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua mahasiswa. Selepas bersalaman dengan Liyana, aku terus pulang ke rumah sewa.

Di rumah sewa aku menilik semula dokumen yang perlu aku isi. Kami dari Uitm Jasin akan bergabung dengan Universiti Ohio.

Sebenarnya universiti di Malaysia telah lama menjalankan kerjasama dengan universiti Ohio. Kerjasama yang strategik ini telah banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan memberi keuntungan yang banyak kepada para mahasiswa, pandidik serta penyelidik antarabangsa.

Yang paling menonjol ialah perpustakaan Vernon R. Alden di universiti Ohio telah menyimpan pelbagai sumber rujukan mengenai sejarah dan budaya negara Malaysia. Rujukan ini telah membantu ramai masyarakat di Amerika Syarikat dalam mengenali Malaysia.

Aku berasa tidak sabar-sabar untuk mengikuti program ini. Kerja ku sebagai pembantu pengumpul data untuk pelajar phD aku hentikan untuk seketika.

Bercerita tentang bagaimana aku mengawal kesedihan dan tekanan perasaan yang aku alami, aku sentiasa mengingat kata-kata suga, cari impian dan kejar impian itu. Seperti apa yang sedang aku lakukan sekarang. Bergerak ke arah masa depan yang lebih baik.

Aku juga tidak lupa mengikuti program keagamaan kerana apabila dekat dengan Allah, aku dapat merasakan sedikit nikmat ketenangan. Semua ini sebagai sumber kekuatan untuk membantu aku redha dengan apa yang terjadi.

Paling penting, aku selalu membaca kata-kata semangat daripada mereka yang senasib dengan ku di alam maya. Mereka adalah sumber kekuatan ku. Kekuatan mereka membuatkan aku juga kuat dan sedar aku tidak sendirian dalam menghadapi penyakit depression ini.

Terkadang ada Army yang mengalami nasib seperti ku dan aku lihat Army yang lain berkumpul dan memberi semangat kepada Army tersebut walaupun mereka hanyalah sekadar keluarga di alam maya.

Melihat keadaan itu, aku turut merasa lebih bersemangat. Tambahan lagi, Suga sendiri mencipta lirik lagu yang memberi semangat untuk pesakit depression. Hal ini menambahkan lagi semangat juangku untuk bertahan. Apapun, Amerika, Qalisha akan datang. Tunggulah.

(So, untuk kali ni sy akn temukn mereka di Amerika. Haha jauh. Untuk pengetahuan reader, yg buat program ke luar negara ni adalh UTM shj, uitm sy xtahu ada ke x hehe..Sy selitkn pngetahuan ttg universiti ohio sikit. Jgn skip baca pula. Btw, sy suka bc komen international Army dan malaysia Army, mereka selalu bgi komen yg mmbina dkat Army yg stress. Chincha daebak. Serius, rsa xlonely huhu. Sy pun Army jg, so let be a have a strong family relationship..keep struggle Army and depression patient, you deserve to live happily, ok?😆)

When I met SugaWhere stories live. Discover now