kali kedua

252 34 20
                                    

Baru hari kedua aku di bumi Australia, dah berlaku kejadian macam tu.

Selepas kejadian kelmarin, aku berhenti sebentar dari memikirkan kesedihan ku walaupun itulah hal yang paling sukar untuk dilakukan. Apapun aku sangat bersyukur kerana masih dibenarkan bernafas.

Telefon bimbit aku buka. Aku menatap gambar keluargaku. Pasti mereka akan sangat menderita kalau aku tak dapat diselamatkan semalam. Bagaimanapun mereka masih tetap menyayangi aku.

Air mata menitis lagi. Allahu, sebak sungguh yang aku rasakan sekarang. Terlebih lagi bila melihat rakan sekelas yang lain bergelak ketawa sesama mereka. Aku pula hanya mampu membuat senyuman palsu. Gelak palsu. Berpura-pura bahagia adalah hal yang paling menyakitkan untuk dilakukan oleh orang yang memiliki takdir hidup seperti ku.

Aku pandang tapak tangan sendiri. Ada lagi tulisan tertera di situ. Biarlah ia hilang sendiri. Siapa agaknya nama lelaki yang kelmarin. Tak sempat aku tanya dia. Aku harap tak akan pernah berjumpa dia lagi. Jujur aku katakan aku malu. Pasti dia ingat aku tak sayang nyawa. Padahal semua tu hanya kecuaian aku sahaja.

Aku pergi ke pantai yang dia tunjukkan kepada aku kelmarin. Semuanya kerana aku rasa tenang tengok air laut. Kebetulan orang pun tak ramai. Habis saja program universiti, aku naik teksi dan datang berjalan-jalan di sini.

Aku duduk di bawah pokok yang agak redang. Mengelamun seperti selalu sambil memikirkan hati yang terluka. Lama aku mengelamun tiba-tiba sekeping kertas terbang ke arah ku. Aku kutip kertas tersebut.

" Tulisan apa ni? Siapa punya?"

"Maaf tu saya punya". Kedengaran suara seseorang di belakang. Aku terus menoleh. Terkejut aku apabila melihat empunya suara itu.

"Eh, kau? Yang kelmarin kan?" Soal nya.

Ternyata lelaki semalam. Kenapa kami terserempak sekali lagi? Dia memang kerap datang ke sini ke? Ya Allah, Menyesalnya aku datang sini hari ni.

Aku mengangguk dan menyerahkan kembali kertas tersebut. Aku mula bersuara sebelum dia pergi.

"Semalam saya tak sempat ucap terima kasih. Terima kasih sebab awak dah tolong saya kalau tak ada awak saya tak tahulah apa jadi dekat saya."

"Tak ada hal lah. Cuma satu je, kalau kau rasa macam nak bunuh diri lagi, ingat keluarga atau orang yang sayangkan kau dulu." Pesannya untuk aku.

Aku hanya senyum walaupun terasa agak memalukan. Lantas aku bertanya lagi soalan yang dari kelmarin bermain di kepala ku.

"Maaf kalau saya tanya, nama awak apa?"

"Kau tak kenal ke aku siapa?"

Aku menggeleng dan bertanya sama ada kami pernah berjumpa ke sebelum ni, tapi dia cuma jawab baguslah kalau tak kenal. Aku rasa pelik tapi aku endahkan sahaja.

"Aku Min, kau?"

"Qalisha"

"Kebetulan kau ada dekat sini, kau sibuk tak? Aku nak minta tolong sikit. Tolong pegang kertas aku kejap. Aku ada kerja tapi angin kuat sangat, susah. Nanti terbang masuk laut, jenuh pulak aku nak kena buat balik".

Aku mengiyakan sahaja permintaanya. Biar macam mana sekalipun aku pernah terhutang budi dengannya. Aku menemaninya membuat kerja. Kami duduk di atas batu besar. Tekun sungguh aku tengok dia menulis. Macam tulis lirik lagu je. Kerja apalah agaknya si Min ni.

Lama aku tengok wajah dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lama aku tengok wajah dia. Dia boleh tahan kacak juga. Cuma mata je agak kecil. Kulit dia kemerahan mungkin sebab sejuk sangat. Dia tak sama seperti ku, tidak mengenakan apa-apa mekap pada wajah.

"Kenapa?" Soalnya bila dia perasan aku sedang ralit memerhati wajahnya.

Aku geleng sambil menahan rasa malu.

"Jangan tengok lama-lama. Aku bukan orang yang sesuai untuk kau jatuh cinta. Kalau nak merana buatlah". Kata-katanya buat aku malu pula.

Dia memakai ear phone. Mujurlah. Kalau tak kekok lah aku dibuatnya. Nak sembang apa dengan lelaki yang baru je aku jumpa kelmarin.

"Kau lama lagi ke kat Australia? Ke kau memang tinggal sini?. Dia mula bersembang dengan ku sambil sibuk mengemas kertas yang di ambil dari tanganku. Agaknya sudah selesai kerjanya.

Aku pun menerangkan kenapa aku ke sini. Hanya untuk dua minggu sahaja sebenarnya.

"Oh. Erm dah lah. Aku kena pergi set ni ada kerja. Aku gerak dulu. Oh ya, bak sini tangan kau. Cepat." Dia menyuruh aku menghulurkan tangan.

Seperti kelmarin, dengan teragak- agak aku menghulurkan tangan ku.

"Pen? awak nak suruh saya buat apa dengan pen awak ni?"

"Tulis nombor kau kat lengan aku." Pintanya sehingga membuat aku tergamam.

"Jangan ingat aku nak mengorat kau macam lelaki lain selalu buat. Aku tak ada masa dan sebab nak buat macam tu. Ini aku minta sebab kalau-kalau aku perlu bantuan kau ke apa. Ingat kau ada berhutang nyawa dengan aku tau.".

Aku angguk sahaja. Selepas aku,  giliran dia pula. Dia juga ikut mencatat nombornya di tapak tangan kiri ku. Walaupun sebenarnya aku tak ada minta nombor dia.

Sikap dia agak kasar tapi masih boleh aku terima sebab tak sekasar rakan sekelasku. Bagiku kami cuma berjumpa sementara jadi aku tidak perlu ambil peduli tentang sikapnya.

Kami berpisah di sini. Dari jauh aku lihat dia memasuki kenderaan yang sama. Dia ku lihat menurunkan cermin kereta dan tiba-tiba memandang tepat ke arah ku seolah- olah mengucapkan selamat jalan. Saat itu hati ku berdebar dengan tiba-tiba. Satu perasaan yang tak pernah aku rasakan selama ini menyusup masuk ke dalam hati ku. Entahlah aku sendiri tidak mengerti perasaan apa yang sebentar tadi aku rasakan.

(Berdasarkn apa yg sy byg, brcinta dgn artis kpop akn buat hdup sy lbih miserable.. Mereka seolah-olah tak nyata je bg sy. Tapi bercinta dgn org yg perangai sweet mcm korea itu nyata. Tengoklah pengacara Semanis Kurma Guys)

When I met SugaWhere stories live. Discover now