Hari Ahad merupakan hari cuti umum di Melaka. Oleh itu, aku mengambil peluang untuk melawat Melaka River Cruise. Kata orang berlayar di Melaka River Cruise pada sebelah malam lebih menarik kerana bangunan-bangunan di sini akan bercahaya dan pemandangan akan terlihat sangat cantik. Kalau pada sebelah siang pula kita akan dapat melihat keunikan setiap bangunan yang dilukis padanya mural-mural yang cantik dan menarik.
Bukan pemandangan indah ini yang ada dalam fikiran ku tapi mesej Suga 45 minit yang lalu. Katanya dia tengah gembira sebab fandom Army mendapat anugerah fandom terbaik. Jadinya dia nak beri hadiah kepada Army. Memandangkan aku juga Army, dia nak aku jadi wakil untuk Army. Peliklah Suga ni. Nak beri aku hadiah sebenarnya tapi ego tak nak mengaku.
Setelah selesai menyelusuri sungai ini, aku melepak di suatu sudut yang agak sunyi. Tiba-tiba Suga membuat panggilan video. Lama aku menunggu. Akhirnya dia hubungi aku juga.
"Qalisha, ok tak rambut aku?" Suga mengacak-acak rambut dia di hadapan aku. Bukan nak ucap anyeonghaseyo tapi terus tanya pasal rambut dia dulu.
"Kenapa rambut oppa tumbuh uban?"
"Mana?" Suga mengacak-acak rambutnya sekali lagi sambil sibuk memeriksa di manakah uban yang ku maksudkan tadi.
Aku tiba-tiba tergelak. Mana taknya dia percaya padahal aku menyakat dia je.
"YAA, ni bukan ubanlah. Aku dye rambut tahu tak?." Suga buat-buat marah tapi dia juga tidak dapat menahan gelak.
"Rambut awak putih sangat oppa haha. Dah macam uban saya tengok." Aku masih tidak berhenti ketawa.
"Eleh, beberapa tahun lagi rambut ni juga yang kau usap kau belai."
Aku hanya mampu tersenyum sumbing mendengar ucapannya.
"Aku tak nak buang masa lagi. Aku cuma ada 30 minit je ni. Lepas tu aku kena keluar bekerja."
"Faham. Oppa sibukkan? Tadi kata nak bagi hadiah kan. Mana hadiahnya?"
"Dating dengan aku selama 30 minit."
"Huh? Dating? Macam mana? Saya kat sini dan Oppa pula kat studio. Mana boleh dating kalau macam tu."
"Apa guna orang label aku Genius Min kalau benda sesenang ini pun aku tak boleh fikir. Aku nak kau diam dan ikut je rancangan aku." Suga membuat reaksi cool.
"Jadi macam mana?" Aku menyoal lagi.
"Kau pernah tengok tak drama W lakonan Lee Jong Suk? Dalam drama tu Lee Jong Suk bagi kekasih dia pilih aktiviti romantis apa yang mereka nak buat bersama. Tengok tak?"
"Oh saya tengok. Oppa tengok juga ke?" Aku tiba-tiba rasa teruja bila Suga sentuh pasal k-drama.
"Aku tengok episod tu je sebenarnya hehe. Bukan tu yang aku nak cakap, aku cuma nak buat dengan kau beberapa benda romantik yang pasangan couple selalu buat. Ala, kira sama macam drama tu lah." Suga menggaru rambut di belakang telinga. Kata Army itu tandanya Suga berasa kekok.
"Hah? Oppa serius ke? Oppa kan tak minat benda-benda sweet macam tu." Aku saja memerli Suga.
"Oh, kau kutuk aku ya? Dah tak nak cakap banyak. Jom."
"Ke mana?"
"Jom buat aktiviti pertama kita iaitu tonton wayang bersama."
Tanpa menghiraukan aku yang masih dalam kekeliruan, Suga segera menghidupkan laptopnya. Dia kemudiannya memainkan video yang disimpan di dalam pendrive nya.
"Eh, anime?"
"Ya, aku suka tonton anime. Kau pula?"
Aku mengangguk sambil tersenyum lebar.
YOU ARE READING
When I met Suga
أدب الهواةSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...