bermalam

297 23 12
                                    

"Yoongi oppa. Saya balik dulu. Maaf. Malam esok saya tak dapat teman awak di lapangan terbang sebab saya kena mengajar. Ada kelas malam." ujar ku kepada Yoongi.

"Baru ingat nak bagi last hug kat kau masa tu." Suga berseloroh.

"Pulak dah hehe."

"Sebelum aku balik Korea, aku nak jumpa kakak ipar aku dulu, boleh tak?"Soal Suga.

"Hah? Kakak ipar?"

"Qalisha! Dah balik dah dia. Haih, rungsing kaklong kat rumah. Takut jadi apa-apa kat Qalisha." Kaklong baru sahaja keluar dari rumah dan ternampak kami tercegat di tepi teksi.

"Tak apa kaklong. Qalisha selamat. Suga ada dengan Qalisha."

"Mujurlah."

"Kaklong, Suga nak jumpa. Esok malam dia dah kena balik Korea." Terang ku.

Kaklong terus menukar bahasa yang digunakan kepada bahasa Inggeris.

"Suga dah nak balik dah ke? Tak nak tinggal dekat Malaysia lebih lama lagi?"

"Memang saya nak tapi tak boleh sebab esok lusa dah kena mula bekerja balik dekat studio. Jadi tak ada pilihan." Balas Suga.

"Dia sibuk gila, kaklong. Nak tidur kejap pun susah. Betul tak, oppa?" Aku mencelah dan Suga mengiyakannya.

"Nampaknya esok menangis pulalah la Qalisha."

"Menangis?" Soal Suga.

"Ya. Rindukan kamu." Kaklong saja menyakat aku.

"Kaklong ni. Janganlah. Mana ada. Orang mana reti menangislah kaklong. Suka buat cerita eh. Malu orang depan Suga."

"Dia cakap dia malu." Kaklong,  makin seronok pula dia kacau aku. Siap terjemahkan kata-kata aku lagi. Tergelak Suga jadinya.

"Kaklong. Orang tak balik dah esok. Tengoklah."

"Saya kena panggil apa eh? nuna boleh?" Suga bersuara.

"Nuna?"

"Kaklong, nuna tu kakak."

"Boleh-boleh. Panggil nuna pun tak apa. Saya memang dah 30 lebih. Dah tua dah." Balas kaklong ku.

"Ini untuk nuna. Buah tangan." Suga menyerahkan satu beg plastik berisi barang yang dibelinya tadi. Rupanya untuk kaklong.

"Saya balik dulu." Ujar Suga sekali lagi.

"La.. Janganlah balik dulu. Apa kata Suga singgah kejap. Makan malam dengan kami. Kaklong pun tak makan lagi ni. Tunggu Qalisha punya pasal. Kaklong rasa Suga mesti tak makan lagi. Bila lagi nak rasa air tangan orang Melayu. Kat restoran dengan rumah, lain rasanya. Jomlah. Esok dah nak balik dah." Pelawa kaklong bersungguh-sungguh.

Suga menggosok lehernya sebelum menjawab.

"Em.. Baiklah, nuna." Suga menghadiahkan segaris senyuman.

"Pak cik, maaf. Kawan saya tak jadi balik ke hotel. Nah ni duit tambang--"

"Qalisha, biar aku bayar."

"Oh, ok oppa."

"Dah setel kan? Jom kita naik ke atas. Kaklong dah siap panas, hidang dah. Tambah lagi tadi ada jiran bagi lauk lain. Rugi kalau korang tak makan banyak-banyak malam ni." Tambah Kaklong.

Kaklong berjalan di depan manakala aku berjalan di sebelah Suga. Tak tahu kenapa pipi rasa sakit sangat. Atau mungkin sebab aku cuba tahan senyum aku dari jadi lebar sangat.

Sesekali aku tengok muka Suga. Lepas tu dia menoleh. Aku tak tersengaja tersenyum pula dekat dia. Suga pun ikut senyum malu-malu macam aku. Dia nampak lebih menarik bila senyum lembut macam tu. Kalau dia selalu senyum macam ni, habislah semua orang. Boleh terpikat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

When I met SugaWhere stories live. Discover now