Adakah Dia di Sini

207 19 40
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suga membelek satu persatu gambar yang di ambil semasa photoshoot siang tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suga membelek satu persatu gambar yang di ambil semasa photoshoot siang tadi. Dia berasa sungguh puas hati. Kesemua gambar yang diambil menjadi.

Suga berasa sungguh lega kerana masa bekerjanya telah tamat. Tiga hari telah pun berlalu dengan jayanya. Bermula esok tibalah waktu untuk dia bergembira. Walaupun hanya untuk seketika, masa rehat selama empat hari di Kota Kinabalu, Sabah tidak patut disia-siakan begitu sahaja.

"Hyung, tepi sikit." Arah Park Jimin yang melompat ke atas katil dan berbaring di tepi Suga. Kali ini mereka berkongsi bilik di Sutera Harbour, Resort. Sebuah resort yang bertaraf lima bintang.

"Eh, kau ni kacaulah. Katil punya besar, nak juga menyempit dekat sini."

"Kata pasangan suami isteri, kalau datang bulan madu takkan nak duduk jauh-jauh. Nak kiss boleh?" Park Jimin cuba buat muka comel.

"Betul kau nak kiss ni?" Suga tersengih yang nampak seolah-olah dia menyeringai membuatkan Park Jimin merasa agak seram.

"Sorry Oppa, saya budak bawah umur. Saya innocent lagi. Jangan sampai saya jerit."

"Malas aku nak layan kau. Tak Swag langsung."

"Yoongi hyung tengok gambar photoshoot tadi ke? Tak payah tengoklah. Cameraman pandailah buat kerja dia. Semua gambar cute belaka."

"Ye ke?"

"Hyung paling hodoh sebenarnya."

"Eh kau ni nak kena ni"

Suga segera memaut leher Park Jimin dan berpura-pura mengetuk kepalanya. Biasalah, walaupun bukan di atas pentas, bergurau senda tetap menjadi kebiasaan mereka. Mereka masih ada jiwa budak lelaki.

Handphone Suga yang tadinya berada di sisi katil terdorong ke tepi dan jatuh ke lantai.

"Alamak telefon aku. Kaulah ni Park Jimin. Kalau pecah ni, aku ambil abs kau buat ganti rugi!"

"Maaf hyung. Okey tak telefon hyung. Cuba periksa."

"Janganlah sampai aku terdelete benda penting. Sebab rasanya tadi tertekan dengan siku aku."

"Hyung, lepas jadi benda ni, nak terkencing pula. Kejap ya."

"Kau Jimin, nanti datang sini balik. Kalau kau lari siap. Makin pendek kau, aku buat nanti."

Suga memeriksa dengan teliti telefon bimbitnya. Bimbang juga dia sebab kebanyakan maklumat penting di simpan di situ.

Suga scroll laju-laju setiap imej dalam galeri telefonnya mana tahu terpadam imej penting sehinggalah dia tiba-tiba terhenti pada satu gambar lama.

"Qalisha. Gambar dia. Aku simpan lagi rupanya. Gilalah, takkan aku rindu dia. Merepek betul. Tapi kau kat mana hah sekarang. Haha hodoh betul gambar ni. Bilalah aku boleh tengok muka hodoh kau lagi. Rasa tak bosan biarpun tengok banyak kali. Gila betul aku ni."

Park Jimin yang baru keluar dari tandas, curi-curi melihat imej yang sedang khusyuk ditatap Suga.

"Hyung!!" Dia menyergah Suga.

"Eh, kau ni Jimin, buat orang terkejut je. Orang makan Nasi Lemak kat Malaysia, kau makan kaki pelancong Malaysia, pulak nanti."

"Tapi gambar siapa tu, hyung? Army eh?"

"Ibu kepada bakal anak-anak aku. Kakak ipar kau juga."

"Hemph..kalau dia ibu kepada bakal anak-anak hyung maknanya saya ni bakal gilalah kejap lagi. Bukan saya tak tahu, hyung kerja je dalam otak, banyak perempuan syok kat hyung tapi hyung buat macam tak endah. Kitaorang bimbang kalau hyung ni sebenarnya songsang ."

Suga memukul belakang Jimin dengan segera.

"Aduh, hyung. Sakitlah"

"Jimin kalau kau cakap aku gay lagi, aku buat kau rasa gay tu macam mana sebenarnya."

"Okey, hyung. Nak gurau je pun. Jimin nak keluar kejap. Perut lapar pula lepas membuang tadi. Kena isi balik. Makanan kat Sutera Harbour Resort ni best betul. Terutamanya Sate. Rasa nak makan dengan lidinya sekali."

"Yelah 'sayang' nanti malam ni kita 'gurau' puas-puas okey. Pergi makan cepat sebelum anda di makan orang"

"Okay, Saranghe. Eh hyung, lupa nak cakap. Gambar perempuan tadi sebiji gambar akak housekeeper kat sini. Kelmarin rasanya Jimin ada ternampak. Tapi yang semalam cantik sikit daripada yang dalam gambar hyung sebab pakai uniform. Perempuan kalau pakai.."

"Dah cukup, pergi makan cepat. Kau kalau describe pasal perempuan mesti yang tak senonoh je. Banyak sangat tonton benda tak elok. Sekali sekala cuci otak sekali, jangan cuci seluar dalam je"

"Haha..you know me"

"Jimin, kejap. Sebelum kau pergi, aku nak tahu macam mana kau boleh terserempak dengan orang dalam gambar aku tu? Serupa sangat ke?"

Park Jimin duduk di birai katil dan mula membuka cerita tentang kejadian kelmarin kepada Suga.

Entah kenapa ada nada berharap dalam suara Suga. Berharap yang Jimin tidak tersalah orang.

(Cantik kn gmbar yg bts ambik kt Sabah. Fuhh.. Knape lh sy xde kt situ masa tu. Sutera Harbour resort, spe pernah pergi best x?? Sbnarny dlm dilema ni, xtau mcm mne nk buat diaorg jatuh cinta. Till jannah pulak tuu..😆 so enjoy.)

When I met SugaWhere stories live. Discover now