Temankan Aku?

200 12 37
                                    

Malam ini aku berasa sungguh bosan. Semuanya sebab kaklong terpaksa kerja lebih masa. Biasanya waktu sebegini mesti dia ada je melekat depan tv teman aku layan drama pukul tujuh. Tengok sorang-sorang mana layan. Nak gelak pun rasa hambar. Rasa tak lengkap kalau bukan berdua. Nak pergi solat, aku 'cuti' hari ini.

Tiba-tiba sahaja iklan cerita seram muncul di tv. Aku pun apalagi terus tukar siaran. Dah la tinggal sorang kat rumah. Makin takut dibuatnya.

Kring..kring..

"Allah!! Telefon ni, masa macam ni nak bunyi. Buat kecut perut oranglah. Boleh maut aku dibuatnya. Siapa pulak telefon aku ni?"

Telefon ku angkat. Terpapar nombor yang tidak asing bagi aku. Nombor Suga. Cepat saja tangan ni nak tekan simbol gagang hijau.

"Anyeonghaseyo. Wae?"

"Fuh, orang tu cakap Korea la. Aku pun reti bahasa Melayu. Aku cinta kamu!"

"Awak nak apa telefon saya malam-malam macam ni?"

"YAA..balas lah dulu! Aku sanggup confess tu pun kira untung tau tak."

"Yela. Saranghe." Aku sebut saranghe saja sebab kalau aku sebut cinta alamaknya hati aku akan dalam keadaan darurat lah.

"Aku sebenarnya ada kerja untuk kau. Tolong tidurkan aku, please?. Aku tak boleh tidur la. Biasa masa masa macam ni, aku tak tidur sebab sibuk tulis lirik. Itu yang buat aku tak ngantuk padahal aku nak tidur sangat-sangat, terasa semak dah ni kepala. Nak tulis lirik tiada idea, nak tidur, menguap pun belum lagi."

"La..takkan insomnia kot. Habis saya kena buat apa?"

"Tanya aku pula. Aku serah kat kau kan?"

"Erm, saya teman awak sembang guna telefon sampai awak lelap lah, boleh?."

"Tak best la."

"Dah tu saya nak buat apa. Saya tak tahu lah."

"Ha, aku tahu kau kena buat apa!"

"Apa?"

"Pinjamkan tubuh kau malam ni? Layan aku sepenuh masa."

"Yoongi Oppa, awak ni dah kenapa? Gurau ke apa sebenarnya ni?."

Jujur masa ni aku tak pasti aku berdebar atau aku cemas. Tapi yang pasti, dengar suara dia pun hati dah kalut semacam inikan pula bila dia guna ayat yang tak berapa betul macam tu.

"Bila masa aku gurau. Aku memang betul-betul nak kau..."

Aku cepat-cepat memintas ayat dia.

"Awak, kalau awak nak gurau saya okey, tapi kalau sembang benda lucah macam ni saya tak boleh tahu tak. Saya perempuan yang ada adab dan batasan. Kalau nak sembang benda macam ni, dengan isteri atau kekasih awak. Bukan saya. Saya orang Melayu Islam."

Suara aku kawal sebaik mungkin. Bimbang dia terasa. Ya aku geram tapi biadap adalah dilarang sama sekali.

"Satu lagi, saya bukan nak biadap tapi kalau awak rasa kami kolot sebab tak boleh pegang, bersentuhan bagai, terserah awaklah, Oppa. Yang saya nak peringatkan, bagi saya awak nampak baik jadi saya harap awak terus kekal macam tu dekat pandangan saya."

"Kau cepat perasan juga ya, Qalisha. Kau ingat aku nak suruh kau 'layan' aku kat bilik ke?" Suaranya kedengaran nakal.

"Saya pula yang dituduh perasan. Kebanyakan lelaki  perangai memang macam tu. Bukan saya tak pernah kena gangguan seksual sebelum ni."

"Wei dah lar, melebih pula. Aku cuma nak pinjam kau untuk jadi pemandu pelancong tak berbayar untuk aku. Malam ni je pun. Tak sabar betul! Orang tak habis ayat lagi dia dah memandai potong. Aku bukan minat sangat keluar tapi dah aku tak ngantuk takkan nak mereput je sampai pagi. Lagipun ni negara kau kan? Mana aku tahu jalan. Sebab tu aku ajak kau. Nak ajak Bts yang lain, mahu mati aku sesat kat hutan Sabah. Kau pun agak-agaklah, aku ni innocent lagi kot."

When I met SugaWhere stories live. Discover now