Tepat pukul 7.45 malam aku sampai di tempat yang dijanjikan. Suga belum kelihatan lagi. Barangkali tengah bermake up. Artis la katakan.
Destinasi yang menjadi pilihan aku ialah Tanjung Aru Perdana Park. Kenapa? Sebab boleh hilang stress ke? Itu hanya alasan semata-mata. Alasan sebenar ialah tempat ini ditutup tepat jam 10 malam. Jadinya, aku tidak perlu menemani dia sepanjang malam. Tambahan lagi tempat ini dipenuhi orang ramai jadi aku tidak perlu bimbang ditangkap khalwat.
Mungkin sesetengah orang akan anggap aku bodoh. Peluang sebesar ini dilepaskan begitu sahaja. Ada yang sampai saat menghembuskan nafas terakhir di katil hospital pun, impian untuk bertemu idol tetap tidak terwujudkan, tapi aku malah menolak dan mengharap masa pertemuan menjadi pendek.
Biarlah apa pun anggapan orang atau apapun kehendak sendiri. Satu hal yang mesti diingat selalu. Sebesar apa pun minat dan sayang kita pada sesuatu, hanya Allah s.w.t yang layak dipuja. Jika aku melewati batas yang ditetapkan, aku perlu ingat kembali sebab sebenar aku dihidupkan. Ada kehidupan lain selepas kehidupan ini.
"Mana Yoongi ni?"
"Qalisha."
Aku memusingkan badanku ke arah suara tersebut. Suga yang berada di belakang membuat aku terpaku seketika. Aku hilang kata-kata. Suga kelihatan sungguh kacak malam ini. Dia mengenakan baju kurta berwarna merah terang dengan seluar hitam carik di lutut.
"Qalisha, helo Qalisha. Kau kenapa? Aku terlebih kacak ya malam ni?"
"Eh, bukan. Saya hairan. Mana oppa dapat baju ni, kebas orang punya ke?"
"Eh, agak-agaklah. Haritu masa kami ada konsert dekat negara kau, ada Army yang hadiahkan. Aku simpan lama dah. Sekarang baru pakai. Malas lah nak pakai mask. Macam ni lagi senang. Ada nampak macam lelaki Melayu tak?. Kacak kan?"
"Erm, kacak sangat."
"Ye ke?"
"Ye, kacak gile ah kalau Jung Kook pakai. Tak boleh nak bayang. Allah, boleh meninggal saya."
"YAA..Apesal pulak Jung Kook?"
Aku terus berjalan tanpa mengendahkan Suga. Bibir tersengih puas sebab boleh buat dia marah. Comel habis.
"YAA..Qalisha, hei aku tak habis cakap lagi, YAA!!"
Kami berhenti di satu tempat. Di dekat kami ada ramai pengunjung. Ada yang datang bersama keluarga. Tak kurang juga yang datang dengan pasangan. Untungnya tiada siapa dapat mengecam Suga. Mungkin kalau ada, pasti mereka mengira itu pelanduk dua serupa. Maklumlah dia kelihatan seperti lelaki mualaf berbangsa Cina.
"Tempat apa ni? Apa yang best dekat sini?"
"Pandang depan."
"Ha? Kenapa? Takde apa pun? Air dan bulan je?"
"Satu.."
"Wei, kau kenapa?"
"Dua"
"Qalisha, kenapa?"
"Tiga!!"
Serta merta dari kejauhan, air memancut keluar. Ya, inilah saat yang aku tunggu-tunggu. Musical fountain. Sungguh indah, apabila dapat melihat dengan mata sendiri persembahan air pancut yang gilang-gemilang. Seiring dengan itu, bergema muzik klasik mengiringi persembahan air pancut yang menari. Warna air bertukar dari biru kepada perak lantas kepada merah, silih berganti.
Suasana sungguh memukau mata sesiapa sahaja yang memandang. Entah kenapa suasana ini terasa romantis lebih-lebih lagi mengenangkan Suga ada di sisi. Impian terasa dimakbulkan. Sampai terlupa aku kepada kesedihan. SubhanaAllah, bukan hanya lagunya tapi kehadiran dia juga membawa bersama aura ketenangan.
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...