Kita ternyata sama

289 36 9
                                    

Kami duduk di atas bangku.
Menghadap kawasan pantai yang aku sendiri tidak tahu namanya.

Aku beranikan diri mengikutnya sebab aku yakin dia tiada niat jahat terhadapku. Aku pasti dia lelaki yang baik kalau tidak dia pasti tidak akan ambil peduli soal orang yang cuba 'membunuh diri' dan entah kenapa aku rasa macam aku pernah mengenalinya tapi entah di mana. Aku tidak dapat mengingat dengan jelas. Atau mungkin dia mirip seseorang?.

Suasana di sini sungguh sepi. Hanya bunyi deruan ombak yang kedengaran. Waktu itu sudah hampir senja. Hujan pun sudah berhenti. Tempat yang lelaki ini pilih sangat nyaman dan menenangkan.

Lama kami terdiam. Masing-masing tenggelam dalam lamunan sendiri. Mata ku masih berair. Cuba aku tahan dari menangis sekali lagi. Aku tidak mahu nampak lemah di depannya. Memang selama ini aku hanya menangis di dalam kamar mandi.

"Kau okey ke? Maaf sebab tengking kau tadi. Kenapa yang kau sampai ambil tindakan yang sia-sia macam tadi tu?."

Aku tunduk. Tidak tahu hendak jawab apa. Dia perlu tahu aku tiada niat itu tapi aku tak rasa dia akan percaya kalau aku berterus-terang sekalipun.

"Saya sebenarnya..."

Belum sempat aku habiskan ayat, dia tiba-tiba memotong percakapan ku.

"Tak apalah. Aku bukan nak sangat tahu. Kau memang bodoh buat benda tu, tapi aku cakap macam tu pun sebab aku juga pernah buat benda bodoh yang kau buat sebentar tadi." Ujarnya sambil memandang ke arah air laut.

"Awak pernah cuba bunuh diri?" Soal ku dalam nada tidak percaya. Jadi adakah dia juga pernah merasai betapa sakitnya mengalami depression?

Dia menghela nafas sebelum menjawab soalan dari ku.

"Dulu masa aku umur 18 tahun, hidup aku terseksa sangat. Lagi banyak kegagalan dari kejayaan. Nasib aku makin lama makin teruk lepas tu aku mula putus asa. Aku jadi benci diri aku sendiri. Rasa tak ada siapa pun faham dan sayang aku. Aku jadi nakal, memberontak. Bila besar aku berhijrah. Cuba kejar cita-cita aku yang masih ada, tapi sayangnya kekecewaan yang aku dapat. Tanpa duit dan segala-galanya buat aku depression teruk. Hidup aku lifeless. Akhirnya aku nekad dan cuba bunuh diri.

Tapi entahlah, mungkin aku masih ada benda yang aku kena selesaikan sebelum aku mati, aku diselamatkan oleh orang yang tiba-tiba masuk bilik aku waktu tu. Aku dirawat di hospital. Lepas tu keluarga aku bawa aku jumpa pakar psikologi. Aku sendiri tak tahu aku ni kenapa, macam mana aku nak percayakan doktor untuk rawat aku. Fobia sosial, depression, anxiety, OCD,  kesepian, menangis semua aku dah pernah rasa tapi aku lega aku tak mati masa tu. Kalau tak aku mungkin tak dapat rasa apa yang aku capai sekarang ni." Luahnya panjang.

Aku angkat kepala. Memandang mukanya yang waktu itu memandang jauh ke depan. Bunyi suaranya sebak. Muka memerah pasti kerana kulitnya terlalu putih. Aku tak pasti dia orang apa. Korea atau pun Cina.

"Dahlah jom aku hantar kau balik. Aku ada kerja lagi ni. Aku bawa kau ke sini, nasihat kau semua tu sebab rasa tanggungjawab sesama manusia. Sekali lagi, aku nak peringatkan kau, jangan ingat dengan bunuh diri semua akan selesai. Jomlah pergi." Ajaknya.

Aku hanya menurut seperti patung. Aku tidak ada perasaan untuk bercakap. Kami berlalu meninggalkan pantai ini. Dia menghantarku ke tempat jambatan tadi dengan kereta hitamnya. Kereta itu dipandu lelaki lain. Barangkali pengurusnya. Mereka berbicara dalam bahasa asing. Aku tidak faham langsung cuma bunyinya macam bahasa Korea.

"Kau betul ke tak nak aku hantar sampai hotel?"

"Tak mengapalah. Saya boleh jalan dari sini. Dekat je". Balas ku.

Aku melangkah turun dari kereta.

"Yahh,  tunggu kejap!"

Langkah ku terhenti. Aku berpaling ke arahnya.

"Apa username Line kau?". Dia bertanya soalan yang pelik. Dia garu kepala sendiri dan berkata tak mengapalah.

"Bak sini tangan kau."

"Kenapa?"

"Bagilah dulu"

Aku hulurkan tangan ku. Dia keluarkan pen dari poketnya. Kelihatan seperti pen yang mahal dan menulis sesuatu di tapak tangan ku. Aku terkejut dan hampir melarikan tanganku.

"Hulurkan balik. Jangan berani-berani gerak. Kau sangat beruntung dapat apa yang aku bagi ni. Tak semua berpeluang."

Dia smirk setelah selesai menulis sesuatu di tapak tangan ku dan kemudiannya dia terus berlalu dengan keretanya.

Apa maksudnya. Aku tak faham. Tanganku angkat dan perhatikan Apakah maksud tulisan ini??

M. Y. G.

(Untungnya Qalesha kan...tpi sy xjeles.msa sy rsa give up gila2 tuh, ibu n bff sy yg bntu sy untk pulih. I love both of you. May Allah give you His Jannah)

When I met SugaWhere stories live. Discover now