Saling memberi

147 17 2
                                    

Sudah hampir masuk dua bulan usia perhubungan kami berdua. Namun dalam dua bulan itu jugalah aku belum dapat berjumpa dengan Suga. Perhubungan jarak jauh ini kadang-kadang menguji ku tapi Alhamdulillah, atas asbab jarak  hubungan kami jadi terlindungi dari dosa dan maksiat.

Suga jarang sangat berhubung dengan ku. Jika dia sempat dia akan mengirim mesej bertanya tentang khabar ku. Sekiranya dia ada masalah, dia pasti akan menghubungi ku. Kalau tak memang kami tidak berhubung langsung. Tipulah kalau aku tak sedih bila kekasih sendiri 24 jam bekerja tapi aku perlu ingat kembali lelaki yang sedang bersama aku itu adalah seorang artis yang sangat terkenal dan sibuk. Aku perlu belajar bertolak-ansur.

Kring.. Kring..

"Helo Qalisha."

"Eh Yoongi Oppa? Kenapa call?" Aku rasa gembira sangat dapat dengar suara dia. Masuk hari ni dah seminggu lebih kami tak berhubung.

"Kenapa tak boleh ke? Suara seksi aku mengganggu kau?"

"Seksi? Ni satu hal yang saya kena nasihatkan oppa. Masa menari tu lidah letak dalam mulut. Jangan bagi keluar. Lagi satu, baju tu jangan pakai yang senang terangkat. Tak pasal-pasal awak dah buat Army jadi pervert. Budak 16 tahun pun dah pandai sekarang ni, tahu tak?"

"Kenapa? jealous?"

"Tak, bangga sebenarnya haha." Aku sengaja melawak. Tujuannya aku hanya ingin membuat Suga tertawa sebab setiap kali dia menghubungi aku mesti dia tengah tertekan dan perlukan tempat untuk meluah perasaan.

"Kau ni dah banyak berubah ya?"

"Tak adalah. Saja nak bagi awak gelak. Ni tak dalam vlive ketat semacam je saya tengok muka awak. Sekurang-kurangnya bila oppa dengan saya, saya nak buka ruang supaya oppa selalu boleh gelak. Macam tadi."

"Erm, tu lah. Sekarang ni memang ada masalah sikit tapi kalau aku cerita mungkin kau pun takkan faham. Macam tu lah. Rasa serabut sangat-sangat. Nak tidur pun tak tenang." Suga mengeluh.

"Saya nak bagi nasihat pun saya tak pandai tapi lepas ni kalau rasa sakit sangat-sangat kat dada, carilah saya. Saya ada je dalam telefon awak. Selalu dekat situ.
Bagi saya sekarang tu rumah kedua saya."

Suga senyap.

"Sebenarnya ada benda aku nak tanya." Suga bersuara lagi setelah jeda sebentar.

"Nak tanya apa?"

"Biasanya orang Malaysia sambut hari Valentine macam mana?"

Baru aku ingat hari ni dah masuk 13 Februari maknanya lepas sejam lagi hari Valentine akan menjelma.

"Oppa, sebenarnya orang beragama Islam tak dibenarkan sambut Valentine. Adalah sebab-sebab tertentu." Aku nak menerangkan secara terperinci pun aku bimbang dia kurang faham.

"Oh, valentine pun tak boleh juga rupanya. Selain valentine, sentuh tangan lain jantina, apa lagi yang tak boleh dalam agama kau? Mana tahu ada benda aku perlu bersedia dari sekarang." Suga teruja hendak tahu.

"Hehe ya ke nak tahu? Banyak juga. Antaranya awak tak boleh minum arak. Haram. Hukumnya berdosa besar. Boleh sampai tahap masuk neraka."

"Arak tak boleh? Tak apa, sebab aku bukan pemabuk. Aku bukan suka sangat minum-minum ni.

"Ya ke? Bagus saya suka." Aku berasa senang mendengar jawapan Suga.

"Suka apa? Min Yoongi?" Suga mula bertanya soalan nakal.

"Tak haha.. Sila fokus ya. Yang kedua, awak tak boleh sesekali makan daging khinzir."

"Ala... Sedap kau tahu tak? Tu kegemaran aku."

When I met SugaWhere stories live. Discover now