Aku memeluk tubuh sendiri. Malam ini cuaca amat dingin. Pintu almari ku buka. Aku cuba mencari sweater untuk dipakai bagi mengurangkan kesejukan pada tubuh ku.
Tangan ku terhenti pada sehelai hoodie hitam yang tergantung pada penyangkut baju. Perlahan-lahan aku memisahkan hoodie itu dari penyangkut baju lalu memakainya pada badan ku.
"Hoodie ni...sama hangat macam tuannya." Ujar ku sambil tersenyum.
Malam ini aku membuat keputusan untuk keluar berjalan-jalan sebentar di pantai. Aku ingin menenangkan diri di situ. Malam ini, aku sangat beruntung kerana pantai kelihatan amat indah. Hanya diterangi sinar bulan dan suara manusia yang tidak aku kenali.
Aku melabuhkan punggung di atas sebuah batu besar yang menghadap kawasan air laut dan agak jauh dari kawasan kanak-kanak yang sedang leka bermain kejar-kejar. Dari sini aku terlihat pasangan suami isteri yang sedang makan bersama sambil menikmati cahaya bulan. Mereka nampak sungguh bahagia.
Aku mengalihkan pandangan ke arah bulan mengambang. Cantik. Cantik sangat. Walaupun bulan nampak kesepian tapi mujurlah bintang datang melengkapi bulan. Tak macam aku. Dari awal sehingga akhir, kesepian. Tak ada yang sudi bersama.
"Dekat sana mesti dah pukul 11 malam kan? Yoongi oppa mesti tengah bekerja atau dia tengah tertidur di bilik menunggu. Dia memang kaki tidur tapi genius. Haha teruk. Selalu sangat tidur lewat.
Selalu sangat skip makan. Suka berlagak kacak. Tak ada ekspresi wajah. Kadang-kadang berlagak gila. Keras kepala. Cakap tak berlapik. Min Yoongi selalu macam tu tapi aku suka, gila..." Wajah ku terasa basah tapi ku biarkan sahaja. Tak apa. Bukan ada sesiapa. Aku dah terbiasa, Hidup dalam kesepian.
Aku melangkah ke arah pesisir pantai. Kasut ku tanggalkan. Lalu aku mencelup kaki ke dalam air. Ingatan tentang kenangan aku ke pantai bersama Suga mula bermain di kepala. Masa tu dia nampak sangat bahagia sewaktu membasahkan kakinya. Suga, dia suka sangat pantai. Mesti dia selalu melepak di pantai.
Setelah penat berdiri. Aku duduk semula di atas pasir pantai. Kasut ku jadikan pelapik tempat duduk. Aku membuka telefon ku. Buat kali terakhir aku ingin mendengar rakaman phone call aku dengan Suga sebelum memadamnya. Aku nak dengar suaranya buat kali terakhir dan mungkin juga melupakan semua kenangan ku sebagai kekasihnya dan juga Army.
▶ ''Nak tak jadi kawan aku?"
"InsyaAllah."
-delete
▶ Qalisha! Bogoshiptaaaaa!!!!
-Deleted
▶Bimbangkan Namjoon? Kau suka dia lebih daripada kau suka aku ke?"
"Yup, dia nampak kacak. Senyum dia nampak lesung pipit. Lawa."
"YAH, gummy smile aku lagi lawalah."
"Bunny smile lagi lawa."
"Kau.."
-delete
▶ aku mungkin tak akan sengaja sakitkan hati kau nanti. Jadi aku harap apa-apa pun jadi jangan nangis sebab aku. Aku mudah rasa marah jadi apa-apa pun jadi jangan nangis hanya kerana aku.
-delete
▶" Tapi Qalisha, tadikan kau ada sebut pasal perpisahan. Kalaulah aku minta putus dengan kau adakah kau---
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...