Malam persembahan AMA

147 15 0
                                    

Mesej yang dihantar oleh Suga semalam benar-benar membuat aku berasa tenang. Membaca ayat yang penuh inspirasi di pagi hari membuatkan aku berasa lebih bersemangat. Lebih-lebih lagi ia dari orang yang aku cintai.

Terima kasih Suga.

"Eh, ala tarikh kredit dah luput dah. Ingat nak hantar ucapan terima kasih dekat Yoongi oppa."

Dengan malasnya aku keluar dari bilik. Macam biasalah, aku perlu mengikuti program yang dijalankan. Letih yang amat tapi aku pasti Bts lagi penat.

Elok juga aku tak kacau Suga sebab aku yakin dia mana ada masa nak main telefon sebab malam ni kan malam penting bagi dia.

Semasa sesi berehat, aku pun melangkah ke bilik untuk mengerjakan solat. Nak ke surau aku tak suka pula bersendirian sebabnya Liyana tak boleh solat. Jadi baik sembahyang kat bilik je.

Aku sempat menunaikan solat hajat. Yang ni khas untuk aku mendoakan kejayaan Suga. Seperti mana ibu aku yang selalu tunaikan solat hajat untuk kejayaan aku, hari ini aku nak buatkan hal yang sama tapi untuk Suga.

Bukan apa, aku rasa tak salah aku doakan kejayaan orang yang aku cintai. Aku harap Allah selalu menjaganya dan mempermudahkan apa jua urusannya.

"Ya Allah, semoga satu hari nanti Allah buka pintu hati dia untuk terima Allah."

Aku juga membaca ayat 19 surah As-syura sebanyak 19 kali sambil menyebut nama Suga di hujungnya. Menurut ustaz, petua untuk melembutkan hati seseorang dari jauh ialah dengan mengamalkan ayat tersebut sebanyak 19 kali setiap hari. InsyaAllah tiada yang mustahil dengan kuasa Allah S.W.T.

Aku lakukan ini kerana rasa sayang ku terhadapnya. Jujur, sangat pedih bagi aku di saat aku membayangkan nasib dia sekiranya sampai ke akhir hayat Suga hidup tanpa mengenal Penciptanya sendiri.

*****

Malam telah menjelma. Tinggal setengah jam sebelum persembahan bts bermula. Suga mula berasa tidak enak badan. Mulut terasa kering, perut sakit dan jantung tak payah cakaplah, dari tadi asyik berdegup kencang.

"Rilekslah, hyung. Jangan berdebar sangat." Rap Monster menepuk bahu Suga sebab dia nampak Suga macam tak ada darah di mukanya. Takut sangat barangkali.

"Hyung, aku tak rasa apa-apa. Berdebar pun tak. Takut pun tak." Jung Kook yang berada di situ ikut menyampuk.

"Bts, dah boleh bergerak ke belakang pentas. 10 minit je lagi giliran korang." Arah seorang petugas di situ.

Mendengarkan itu membuatkan Suga semakin berdebar-debar. Berbanding orang lain, dia tiba-tiba kurang bercakap semua ini kerana dia teramat gugup.

"Lama gila dah tak tengok Suga hyung macam ni. Haha .. Korang jom nyanyi untuk Suga hyung. Bagi hilang sikit dia punya cemas."

Entah mereka tengah menenangkan Suga atau sebenarnya menyebabkan Suga semakin takut. Suga hanya tersenyum kecil. Dia cuma berharap semuanya selesai dengan baik.

Akhirnya bts pun membuat persembahan di hadapan jutaan penonton. Bukan hanya Army tapi malam itu artis-artis terkenal Hollywood juga menjadi penonton mereka. Sungguh, keadaan ini hanya merupakan mimpi indah bagi mereka tapi hari ini semuanya ada di depan mata.

Suga mengawal debarannya dan menari lagu D.N.A dengan begitu baik dan berkarisma begitu juga ahli bts yang lain. Persembahan ahli kumpulan bts mendapat sorakan yang paling gemuruh. Semua terasa lega apabila persembahan yang sungguh mendebarkan ini selesai.

Paling mengharukan, Bts juga telah menerima anugerah di malam berprestij itu. Dapat dilihat, satu-persatu wajah mereka menunjukkan seakan-akan mereka tidak menyangka bakal diberi penghargaan sebesar ini. Bts lah satu-satunya artis kpop yang berjaya sehebat ini.

Suga akhirnya dapat menarik nafas lega kerana semuanya telah selesai tapi dia masih berada dalam keadaan terkejut sehingga dia macam hilang dalam fikiran sendiri. Barangkali dia kagum dengan pencapaian sendiri atau ada benda yang dia tidak puas hati. Tiada siapa tahu. Hanya hatinya yang tahu.

"Tengok muka Suga hyung, pucat lesi weh." Namjoon menyakat Suga sekali lagi. Yang lain hanya mampu tergelak. Suga masih macam belum sepenuhnya bertenang.

Di dalam perjalanan pulang, Suga menyandarkan kepala di kereta. Baginya rugi juga tadi sebab dia tak dapat enjoy macam biasa. Patutnya dia tak berdebar sangat tapi nak buat macam mana semua dah terjadi. Apapun dia tetap rasa bahagia dengan apa yang dia dapat hari ini.

Setelah selesai semua aktiviti, dia berdiri di beranda bangunan sambil merenung diri. Hari ini adalah hari yang paling diimpikan. Hari dimana dia boleh katakan pada diri sendiri. Suga kamu dah berjaya buat yang terbaik.

Tut..tut.. Satu mesej dari Qalisha masuk.

Saya tengok AMA. Tahniah. Gempak sungguh korang tadi. Terutama Yoongi Oppa punya rap. Saya suka.

Suga tersenyum sendiri apabila dipuji sebegitu. Memang itu yang diperlukan sebagai balasan untuk kerja kerasnya selama ini.

Kau tak tidur lagi?-Suga

Tak. Memang selalu tidur lambat-Qalisha

Kalau nak mati cepat buatlah selalu.-Suga

Bukan oppa selalu buat ke?-Qalisha

Ohh menjawab arahan suami?? -Suga

Suami?? Ada-adalah oppa ni. Nanti Jimin marah. Masak saya. -Qalisha

Dia tu laki. Ingat aku yoonji ke? -Suga

Haha.. Sebut pasal Yoonji. Cantik gila Yoonji. Terutama masa flip rambut.-Qalisha

Well, tengoklah siapa yang jadi. Wei, thanks sebab support aku juga.-Suga

Tak ada masalah. Sebab saya pun Army juga.-Qalisha

Pergi tidur cepat.-Suga

Ok, kawan ku.-Qalisha

Sebenarnya kita ni memang kawan je ke?-Suga

Suga tiba-tiba terdetik untuk bertanya soalan seperti itu.

Maksud oppa apa?-Qalisha

Pergi tidur. Cepat. -Suga

Yelah. Oppa pun.-Qalisha

Suga mengeluh sendiri. Di satu sisi dia rasa macam sayang Qalisha lebih dari seorang kawan tapi di satu sisi lagi dia menganggap semua ini mainan perasaan. Lagipun mustahil dia hendak bercinta dengan Qalisha. Hal ini mungkin memberi efek pada kejayaannya yang baru dibina. Lebih teruk kehidupan Qalisha juga pasti terjejas.

(Serius lepas AMA saya tengok Suga nampak blur. Terkejut ke apa saya xtahu la tapi baju dia lawa haha.. Bercinta dgn artis terkenal mcm dia agak berisiko. Siapa yg sanggup silakan. Author mmg x lah. Huhu😁)

When I met SugaWhere stories live. Discover now