Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Hari ini aku berusaha untuk menyelesaikan pekerjaan aku lebih cepat supaya aku boleh balik awal. Sebabnya aku berasa kurang enak badan.
"Alahai, lif rosak pula. Guna tangga saja lah."
Aku gagahkan diri juga memanjat anak tangga walaupun sebenarnya aku rasa dah tak larat.
Akhirnya sampai juga di hadapan bilik tetamu yang perlu aku bersihkan. Tapi tetamunya dah check out. Senanglah sikit.
Tiba-tiba sahaja aku rasa susah hendak bernafas."Ya Allah, takkan asma aku datang balik. Aku lupa bawa inhaler macam mana ni.."
Semakin lama dadaku terasa semakin sakit. Aku menyandarkan tubuh di dinding. Bunyi suaraku cuba menarik nafas semakin lama semakin kuat. Terasa nafas mula tersekat-sekat. Aku terbatuk-batuk. Air mata mula mengalir menahan perit. Terasa seksa dan sakit.
Ya Allah sakit sangat. Aku cuba bangun untuk meminta pertolongan seseorang tapi aku betul-betul tak berdaya. Nak angkat badan pun aku tak larat. Mata mula berpinar. Semakin lama kerongkong terasa seolah-olah ditusuk-tusuk. Aku berharap ada yang melalui kawasan tersebut, tolonglah.
Mungkin Allah mendengar doaku. Tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut dan ternyata orang itu adalah Suga.
"Qalisha, kau kenapa ni?" Suga sangat cemas melihat aku yang dalam keadaan tersebut.
Aku ingin meminta tolong padanya tapi saat ini suaraku tersekat-sekat. Aku terus menarik dan menggenggam hujung baju sweater hitam panjangnya sambil berusaha sedaya upaya bersuara.
"Yo..Yong..gi..tol..tolong."
Suga semakin cemas. Dia meminta aku menyandarkan kepala di dinding dan dia terus berlari meminta pertolongan.
"Alah..masa ni pula lif nak rosak. Tangga kat mana pulak ni , Haishh!!" Suga semakin tidak tentu arah. Tergopoh-gapah dia menuruni tangga.
Akhirnya sampailah di tingkat bawah Suga ternampak beberapa orang pelancong Malaysia sedang berbual-bual dan tanpa berlengah dia terus meminta bantuan daripada mereka.
Aku sudah berada dalam keadaan yang sangat teruk. Pandanganku kabur. Dalam keadaan kurang jelas, aku nampak beberapa orang berlari ke arahku.
Dua orang perempuan berusaha memapahku dan perlahan-lahan membawaku ke ground floor. Suga mengikut dari belakang. Seorang lelaki tua dengan segera menghidupkan keretanya dan membawaku ke pusat perubatan yang sememangnya ada di sediakan di tempat peranginan ini.
"Yoongi, nak ke mana?" Tanya seorang krew produksi yang ternampak Suga sedang memasuki kereta seseorang.
"Ada hal sikit, nanti saya call hyung."
Aku segera di bawa masuk ke dalam bilik rawatan. Suga menunggu di luar dengan cemasnya. Akhirnya setelah dirawat oleh doktor, keadaan pernafasanku semakin stabil. Sakit yang tadi semakin berkurangan. Doktor menyuruh aku berehat dahulu sebelum keluar. Bimbang sekiranya badanku masih belum kuat lagi.
"Qalisha, nanti ke mana sahaja awak nak pergi bawa inhaler sekali. Jangan tinggal. Ingat, anggap inhaler tu macam nyawa awak. Faham?"
"Baik, doktor Amalin."
"Ada kawan awak nak masuk, saya keluar dulu."
Sejurus doktor Amalin keluar, Suga pun memasuki bilik rawatan. Dia dengan selambanya duduk di birai katil ku sehingga aku terpaksa berganjak ke tepi.
"Macam mana? Dah okey tak?"
"Okeylah. Sikit. Tapi terima kasih ya, Yoongi Oppa. Kalau awak takde tadi. Tak tahulah."
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...