Kenangan Yang Kembali

176 20 9
                                    

Sejak berpisah dengan Qalisha, Suga terlalu sibuk dengan urusan kerjayanya.

Betul seperti apa yang di teka oleh Qalisha, lama-lama Suga pasti melupakan Qalisha seperti mana dia melupakan wajah orang yang pernah dia temui sebelum ini.

Suga dan ahli Bts yang lain perlu mengadakan konsert di 12 buah negara berbeza dari 18 Februari sehingga 10 Disember. Konsert jelajah dunia mereka di beri nama 2017 Bts Live Trilogy Episod III The Wings Tour Concert .

Kepenatan yang di alami di tambah dengan keseronokan menyanyi di pentas membuatkan fokusnya hanya tertumpu pada impiannya semata tidak lagi kepada dunia peribadinya. Sehinggalah satu hari, dia tiba-tiba sahaja terkenang kembali akan Qalisha yang pernah masuk ke dalam hidupnya setahun yang lalu.

Di dalam ruang bilik mesyuarat Bighit Entertaiment.Semua ahli bts di minta berkumpul untuk satu pengumuman yang akan dibuat oleh Pd-nim.

Setelah Pd nim sampai, mesyuarat di mulai.

"Tahniah boys. Konsert Bts Live Trilogy III, The Wings Tour telah meraih keuntungan yang lebih dari yang dijangkakan. Sila berikan tepukan untuk diri sendiri."

Masing-masing memberi tepukan sebagai penghargaan di atas penat lelah diri sendiri.

Suga yang duduk di antara Jung Kook dan J hope tersenyum puas. Bangga kerana inilah impiannya selama ini. Terutama apabila kumpulan Bts dibenarkan membuat persembahan di negara yang paling diimpikan oleh Suga iaitu New York.

"Okey, baiklah. Saya ada pengumuman yang penting untuk korang. Walaupun sekarang ini masa rehat korang, seorang idol perlu tetap bekerja keras kalau ingin berjaya. Jadi tiga hari lagi kita akan mengadakan photoshot untuk Bts Advanced Summer Photobook. Dan pihak penaja memilih tempat yang agak menenangkan supaya sambil bekerja korang boleh merelakskan badan."

Pd Nim menyambung lagi,

"Yang bestnya photoshoot tersebut hanya mengambil masa tiga hari sahaja, empat hari lagi adalah hadiah untuk korang. Korang boleh jalan-jalan, tidur atau nak buang air besar sepuasnya, buatlah kami takkan ketuk pintu tandas korang."

Lawak pd nim membuatkan semua ahli bts tergelak. Mereka kelihatan sungguh gembira. Inilah bayaran yang setimpal di atas Hasil kerja mereka.

"Hyung, lokasi photoshoot kali ni kat mana?" Soal Rap Monster yang dari tadi tertanya-tanya.

"Cuba teka?"

"Seoul"

"Seoul? Kalau tu dah bukan menenangkan dah tu, Aku dari kecil lagi tengok Seoul je.."

"Habis tu kat mana Hyung?" Jimin turut bersuara.

"Kota Kinabalu Sabah."

"Dekat mana Sabah tu hyung?" Kali ini Jung Kook pula yang bertanya.

Pd nim senyum sebelum menjawab.

"Malaysia"

"Qalisha" Nama yang tiba-tiba sahaja terpacul keluar dari mulut Suga apabila negara Malaysia disebut.

Malaysia, nama negara yang mencuri tumpuan Suga kerana dulunya ada seorang gadis yang tiba-tiba muncul dan meninggalkan kenangan dalam hidupnya.

Kenangan yang hampir menghilang muncul kembali saat nama Malaysia di sebut.

Namun Suga tidak pasti apakah dia akan bertemu lagi dengan gadis tersebut. Seorang gadis yang pemalu tapi cukup menenangkan kalau di dekatnya.

(Yang ni real punya. Xsngka bts dh prnah dtg Sabah. Tpi bln 5 bkn bln 12. Sblum konsert Wing tour rasanya. Sy klau blh nk je terbang pi sana. Ada satu pulau yg sy teringin sgt nk prgi, sy xthu nma tpi pulau tu tmpat shoot filem yg Maya Karin jdi duyung. SubhanaAllah canntiqq giloo..btw sy rsa mereka berdua patut jtuh cinta d negara kita, bru best..)

When I met SugaWhere stories live. Discover now