Suga berjalan lemah memasuki bahagian dalam gereja. Dia kemudiannya melabuhkan punggung ke atas sebuah bangku yang berada di bahagian paling belakang. Suga kebingungan.
"Apa yang aku patut buat sekarang ni?" Dia menyilangkan tangannya di dada sambil kepala memikirkan jalan keluar untuk semua ini. Suga mula tidak senang duduk.
"Kenapa aku rasa berat hati nak tolak perasaan dia kat aku? Takkanlah selama ini aku sukakan dia? Jesus, aku sukakan Qalisha ke?" Suga menatap patung Jesus memohon diberikan petunjuk. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri.
Suga mengeluh kasar. Fikirannya terasa serabut. Dia menongkatkan dahinya ke atas tempat sandar pada bangku di hadapannya.
"Kenapa ni nak? Tak sihat ke?" Soal seorang sister yang kebetulan hendak duduk di sebelah Suga.
"Eh tak puan. Tak ada apalah." Suga cuba tersenyum walaupun kelihatan agak hambar.
"Kalau nak cerita dekat saya pun boleh. Ramai orang datang ke gereja bila mereka ada masalah. Memang pada waktu-waktu kita susah kita tak boleh lari dari minta pertolongan Jesus."
Kata-kata sister itu berjaya menenangkan hati Suga yang sedang galau. Kelembutan tutur kata wanita di hadapannya tak ubah seperti kelembutan Puan Min, ibu Suga sendiri. Suga terasa ingin meluahkan segala-galanya pada wanita tersebut.
"Saya sebenarnya ada masalah dengan seseorang. Saya keliru sama ada saya patut atau tak terima cinta dia. Saya sendiri tak tahu sama ada saya cintakan dia atau tidak.'' Muka Suga berkerut seribu.
"Walaupun saya tak pernah kenal perempuan yang awak maksudkan, saya yakin dalam hati awak ada perasaan yang berbeza bila awak pandang dia."
"Kenapa puan cakap macam tu?"
"Awak boleh saja menolak cinta dia dengan mudah sebab awak ada hak tapi sekarang ni saya tengok awak masih ada di sini, meminta pertolongan Jesus yang berkuasa. Maksudnya dia sangat penting bagi awak."
Ya, bagi Suga dia seorang yang straightforward. Kalau tak suka sesuatu dia akan terus jujur. Jadinya bukan satu masalah besar untuk dia menolak perasaan Qalisha tapi sekarang hatinya terasa berbelah bagi. Dia seakan mula menyedari perasaan sebenar dia terhadap Qalisha.
Bukan perasaan simpati tapi perasaan cinta.
"Tapi saya tak mungkin boleh terima dia, puan."
"Kenapa tidak?"
"Kehidupan saya yang sekarang tak memungkinkan saya untuk bercinta. Saya tak kisah apa orang nak kata dan nak buat dekat saya tapi saya takut kalau kehidupan dia yang terjejas disebabkan oleh saya."
"Saya kurang faham."
Suga berhenti sebentar sebelum menyambung.
"Saya seorang artis. Banyak haters. Tak boleh terlibat dengan skandal dan perlu meletakkan komitmen sepenuhnya terhadap kerja jadi semua tu membuatkan saya rasa bercinta pada waktu sekarang bukanlah sesuatu perkara yang betul. Orang yang saya cinta mungkin terluka kerana semua ni."
"Sekarang awak nampak tak?"
Suga mendongak sambil mengerutkan keningnya.
"Nampak apa puan?"
"Awak risaukan dia. Tu pun dah membuktikan awak sangat-sangat cintakan dia. Hati awak sekarang dah jadi milik dia tak kiralah awak mengakuinya atau tak."
"Apa gunanya puan? Kami tetap tak boleh bersatu. Kami berbeza."
"Semua yang berlaku bukan satu kebetulan. Semua ni kuasa tuhan. Awak rasa dia berbeza? Saya rasa tak. Saya yakin awak pun tahu kenapa. Sebenarnya perbezaan itu perlu sebab ia dapat melengkapkan kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Pernah dengar tak satu quotes ni? Bersama dengan orang yang kita cintai itu adalah satu impian tapi bersama orang yang kita tidak sangka itulah JODOH kita." Sister itu menepuk lembut bahu Suga sebelum berdiri meninggalkan Suga.
"Ha, satu lagi. Adam dan Hawa juga ada masalah tapi bila mereka bersama semua masalah tak kira sebesar mana pun, mereka jadi kuat untuk menghadapinya. Saya yakin bila awak bersama dia nanti, kesedihan dan kesepian yang awak tanggung selama ini akan terhapus." Sister itu menghadiahkan segaris senyuman kepada Suga.
Selama ini Suga sentiasa berasa sedih seolah-olah ada yang kurang dalam hidupnya. Pernah juga terlintas dalam fikirannya, adakah dengan menemui cinta sejati, hidupnya akan lebih bahagia?. Tapi Suga takut. Dia takut untuk memperjudikan masa depannya untuk sebuah cinta yang belum pasti. Bahkan masa hadapan gadis yang dicintainya juga mungkin terancam kerana pilihan Suga.
Setelah selesai mengerjakan ibadat di dalam gereja. Suga bingkas bangun untuk pulang. Ada pengambaran pula selepas ini.
Suga memasang lagu di dalam radio. Pengurus Suga yang dari tadi hanya menunggu dalm kereta mula memandu. Waktu itu, lagu yang dimainkan di radio adalah lagunya sendiri, D.N.A. Dia terhenti sejenak. Lirik lagu tersebut membuatkan dia terkedu.
Pada pandangan pertama, aku langsung mengenalimu
Seolah kita saling memanggil
DNA di pembuluh darahku mengatakan padaku
Kau yang ku cari dari awalPertemuan kita seperti rumus matematik
Perintah agama, pemeliharaan alam semesta
Bukti takdir yang diberikan kepadaku
Kau adalah sumber mimpiku
Ambil, ambillah
Huluran tanganku adalah awal dari takdir iniJangan khawatir, sayang
Tak satu pun dari ini adalah sebuah kebetulan
Kita sangat berbeza, sayang
Kerana kita adalah dua orang yang menemukan takdir kitaDari saat dunia pertama kalinya diciptakan dan seterusnya
Melewati abad yang tak terbatas dan seterusnya
Dari kehidupan sebelumnya dan mungkin juga yang berikutnya
Kita bersama selamanyaTak satu pun dari ini adalah sebuah kebetulan
Kerana kita adalah dua orang yang menemukan takdir kitaAku menginginkan cinta ini, aku menginginkannya cinta sejati
Aku hanya fokus padamu
Kau menuntunku dengan kuat
Genesis DNA ini menginginkanmu
Tak terelakkan, aku cinta kan mu
Kita adalah satu-satunya pasangan sejatiSetiap kali aku melihatnya, aku panik
Nafasku termengah-mengah dan rasanya aneh, mungkin
Inilah apa yang mereka sebut cinta
Kerana sejak awal, aku hanya menginginkan dirimuJangan melihat ke belakang
Kerana kita adalah dua orang yang menemukan takdir kita
Jangan menyesalinya, sayang
Kerana selamanya
Selamanya
Selamanya
Selamanya
Selamanya
Kita bersamaJangan khawatir, sayang
Tak satu pun dari ini adalah sebuah kebetulan
Kita sangat berbeda, sayang
Kerana kita adalah dua orang yang menemukan takdir kitaLa la la la la
La la la la la
Karena ini bukan kebetulan
La la la la la
La la la la la
Karena ini bukan kebetulan
DNA(Lagu d.n.a dirilis tahun lepas kan? Awalnya saya tak minat sangat. Bukan apa, saya lebih suka lagu yang sentimental dan sedih. Tapi saya berasa nak check translation lirik lagu tu sebab lagu tu yang buat bts lagi trkenal. So kelmarin saya google. Perghhhh... Lirik dia memang daebak. Patutlah juara. Saya suka gila. It's about true love. I believe in true love and longing for it😍)
YOU ARE READING
When I met Suga
FanfictionSatu fanfiction yang bergenre sedih tentang korang punya Suga bts. Idea bersumberkan dari masa lalu Suga bts yang pernah menderita depression. Bacalah.. Sikap Suga ff 50% diambil daripada Suga bts Sikap heroin ff 50% diambil daripada sikap author. Y...