ikut aku

162 20 9
                                    

"Huarghhh mengantuknya."

Bila dah lama sangat ulang kaji buku teks, mata mula terasa berat. Patutlah budak dalam kelas aku selalu sangat tertidur. Aku pun rasa benda yang sama bila tengok isi buku teks. Aku melihat jam di dinding bilik. Baru pukul 11 pagi rupanya. Hari ini terasa lebih lama berbanding kelmarin. Mungkin hari ini hari cuti umum kot.

"Qalisha." Panggil kaklong dari ruang tamu.

"Ada apa kaklong?"

"Marilah sini. Buat apa terperuk lama-lama dalam bilik. Jom makan rojak buah. Akak buat spesial punya."

"Ya kaklong. Kejap."

Setelah selesai mengemas buku dan alat tulis, aku segera menuju ke ruang tamu tempat dimana kaklong berada. Aku mengambil tempat di atas sofa di sebelah kiri kaklong.

"Wahh sedapnya, kaklong. Nak rasa sikit, boleh?"

"Boleh.. Eh, jangan ambil buah nenas tu!"

"Kenapa?"

"Nanti boleh keguguran."

"Kaklong!!"

Kaklong ku tergelak setelah berjaya menyakat aku. Maklumlah aku dah cerita dekat dia pasal aku berpura-pura hamil demi nak mengelak dari Suga.

"Ala, tak payah la marah. Makan puas-puas haha."

Ting

"Eh, siapa pula hantar mesej. Tangan tengah kotor ni." Aku bangun dan pergi membasuh tangan sebelum menyentuh telefon bimbit.

Suga:
Jumpa aku kejap lagi
Aku nak bayar duit
Yang aku pinjam
kelmarin

"Kenapa muka serius je ni, siapa hantar mesej?"

"Suga, kaklong. Macam mana ni kaklong? Dia ajak jumpa. Kalau tak jumpa, Qalisha takkan dapat balik duit Qalisha yang 1080 tu. Rugila."

"Pergi je la. Apa susah." Jawab kaklong dengan selamba.

"Orang takutlah kaklong. Mesti dia akan soal siasat orang macam-macam lepas ni. Ah, kaklong kita pergi berdua nak?"

"Tak nak, tak nak. Tu masalah korang berdua. Kaklong tak nak jadi pengacau. Pergi selesaikan sendiri. Cuba slow talk. Tak adanya dia nak pukul Qalisha. Nak takut buat apa."

Aku cuba juga merayu kaklong tapi tetap gagal. Akhirnya aku terpaksa pergi sorang-sorang. Dia cuma pinjamkan kereta sahaja kepada aku. Sempat juga dia minta aku kirimkan salam maaf sebab dah salah faham dengan Suga hari tu.

Skip

"Hello, Yoongi oppa. Oppa kat mana? Saya dah ada depan hotel ni."

"Ok."

"Hello, oppa? Dia letak macam tu je? Hem.."

Aku duduk di bangku sambil menunggu Suga. Berdebar jugalah aku dibuatnya. Aku dah siap hafal dah dalam kepala apa jawapan untuk soalan dia nanti.

"Kenapa pula perut aku rasa senak ni. Ya Allah.."

"Qalisha." Panggil Suga yang baru muncul. Dia mengenakan mask hitam dengan baju sweater hitam bertulis antisocial club di belakang dan dia juga mengenakan bucket hat.

"Berapa ringgit?"

"1080, oppa."

"Kalau aku bagi hari lain, boleh?"

"Hari lain? Habis tu kenapa suruh saya keluar hari ni? Oh, ke oppa saja buat macam tu sebab--"

"Kau sihat ke?" Suga tiba-tiba memintas percakapan aku.

Aku hanya mengangguk.

"Sebenarnya aku cuma nak beritahu, aku dah jumpa dompet aku."

"Oh ya ke? Ada orang jumpa ek? Baguslah."

"Ya. Nasib baik. Jadi, lusa aku dah boleh bertolak balik ke Korea."

Aku terkedu dan tiba-tiba rasa sedih. Tak tahu kenapa tapi aku tak tunjuk. Aku buat-buat macam aku tak rasa apa-apa.

"Lepas ni aku mungkin tak datang sini dah jadi..."

"Jadi apa?"

"Jadi, boleh tak kau teman aku hari ni? Sebelum aku tinggalkan Malaysia." Suga memandang tepat ke arah aku.

"Saya tak tahu lagi saya--"

"Untuk satu hari saja aku nak minta kau jadi... Jadi isteri aku. Just for one day. Teman aku sebagai seorang isteri."

Aku terkejut

"Oppa merapu apa ni? Just for one day? Jadi isteri oppa? Oppa ingat ni lagu bts ke apa? Ingat ni drama korea?"

"Aku tak rasa hubungan kita ni boleh dimulai sekali lagi, dan aku tak rasa aku dapat jadi suami kau sebab kau pun dah tak ada perasaan dekat aku. Jadi untuk sehari je, aku nak buat apa yang aku rasa nak buat. Lepas tu aku janji takkan kacau kau lagi. Lagipun aku dah takkan datang sini lagi dah. Panas kot aku tak selesa. Tengok, dah hampir hitam dah aku."

Aku termenung sekejap tak tahu nak jawab apa. Aku tak sedia nak terima dia balik sebab aku takut kalau benda yang sama terulang lagi. Tapi aku juga sedih sebab dia dah nak pergi dah.

"Weh, cepatlah jawab. Panas ni. Tu tengok matahari dah tegak. Habis peluh satu badan." Rungut Suga.

"Kalau saya tak nak?"

Tanpa banyak cakap Suga terus duduk di bangku sambil pandang ke depan.

"Aku akan duduk kat sini sampai kau setuju."

"Duduklah, biar makin hitam kulit muka sebab cahaya matahari."

"Peduli apa aku. Kalau kena strok haba sekalipun, kisah apa aku!."

" kalau hujan turun tiba-tiba, padan muka oppa."

"Biarlah hujan datang ke ribut ke, aku kisah apa." Suga mula jadi keras kepala.

"Mengadanya!"

Dia memang kadang-kadang suka mengada. Dulu pernah la aku tengok dalam bangtan bomb punya video, dia duduk di atas peha kiri Jhope tapi Jhope suruh bangun sebab nanti kaki dia kejang.

Ya dia bangun tapi pergi duduk pula atas peha kanan Jhope. Jhope cakap nanti kalau phone dia dalam poket bergetar habislah jadi Suga. Lepas tu dia pergi duduk pula atas riba jhope. Agak degil la orangnya.

Aku terus duduk di sebelah dia.

"Apa sebenarnya niat oppa buat semua ni? Kalau niat oppa sekadar nak saya balik ke--"

Krukk..krukkk

"Opsss hehe perut aku berbunyi. Kau la ni banyak cakap sangat. Aku tak sarapan lagi. Temanlah aku pergi makan." Pinta Suga.

"Liciklah awak ni, oppa."

Tanpa sempat aku sedar, Suga mengambil kunci kereta yang ada di tangan aku.

''Dah, memandangkan hari ni kau dari hujung rambut sampai hujung kaki aku yang punya, aku dah tempah, jadi aku tak nak kau cakap banyak. Bersuara sikit pun tak boleh. Ikut je mana aku nak pergi. Biar oppa yang handle semuanya, ya my beloved wifeu, arasso?"

"Yalah. Yalah.''

"Ha, macam tula, cuba belajar patuh arahan suami." suga tersengih puas sebab aku dah tak boleh menolak lagi.

Aku tak tahu ke mana dia nak bawa aku pergi. Di satu sisi aku tak suka buat semua ni tapi di satu sisi lagi, aku sangat bersyukur bila dia ajak aku macam ni sebab aku betul-betul rindukan dia.

(dengar kata, suga nak keluarkan mixtape yg ke-2 huhu tak sabarnya dan dengar kata juga dia nak hadiahkan lagu untuk Jin masa hari jadi Jin nanti. Wahhh sweet betul.)

When I met SugaWhere stories live. Discover now