PANGGILAN telefon yang diterima daripada Adam benar-benar mengejutkan Ahmad Johar dan Marina. Mereka lansung tidak menyangka bahawa Adam, bekas menantu mereka itu ingin kembali menjadi menantu di dalam keluarga kecil mereka ini.
Ahmad Johar tidak terfikir langsung bahawa saranannya tempoh hari akan membawa kepada perkara yang dibincangkan sebentar tadi.
Tadi, Adam memaklumkan bahawa, kedua ibu bapanya ingin bertandang ke rumah untuk berbincang, sekaligus merisik serta meminang seandainya keluarga di sebelah sini bersetuju untuk menyatukan Adam juga Arianna.
Sungguh, Ahmad Johar tidak menyangka Arianna akan menjadi pilihan Adam untuk perkahwinan keduanya. Bagi Marina pula, dia amat bersetuju akan hal ini. Pada pandangannya, Adam merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Selama ini, semasa Adam menjadi menantunya, dia sudah pun menganggapnya seperti anaknya sendiri. Adam benar-benar pandai menyesuaikan diri, malah pandai mengambil hati orang tua.
Jadi, dalam hal ini, Marina sangat gembira dan sangat bersyukur apabila mendapat tahu Arianna yang menjadi pilihan Adam. Marina yakin, Arianna pasti akan bahagia sebagaimana arwah dulu. Marina juga sudah berangan untuk menyatukan mereka dalam waktu terdekat ini.
Tetapi, anganannya itu dicantas dengan pendapat dari suaminya. Bagi suaminya, keputusan untuk menerima atau sebaliknya biarlah ditentukan sendiri oleh Arianna. Ahmad Johar tidak mahu membuat keputusan untuk masa depan anaknya sekali lagi. Cukuplah sekali perkahwinan Arianni dahulu diaturkannya.
Memang, Arianni kelihatan bahagia juga gembira sepanjang perkahwinannya. Namun, untuk kali ini dia mahu Arianna mencari sendiri bahagia untuk dirinya.
Andaikata, Arianna bersetuju, dia akan berbesar hati. Andai sebaliknya, dia tidak akan mendesak.
Lagi pula, Arianna bukan seperti Arianni. Dia berhak membuat pilihan dan memutuskan siapa peneman hidupnya. Ahmah Johar tidak mahu kejadian sama berulang kembali. Memaksa anak perempuannya supaya menerima seseorang yang bukan pilihan hatinya untuk didambakan seluruh kehidupannya.
Cukuplah hanya Ariani yang melalui semua itu. Arianna pula, biarlah dia melalui pengalaman yang manis sebelum bergelar isteri kepada sesiapa pun.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...