Bab:37 ☑

4.2K 118 7
                                    


Fahri

SUNGGUH, aku sangat tidak menyangka Arianna benar-benar ada di hadapanku kini! Sedari tadi aku asyik memikirkan tentang dia. Mengajar hati supaya menerima hakikat bahawa Arianna telah menjadi milik orang! Tapi, sekarang!

"Fahri... Fahri!" Aku benar-benar  tersedar apabila Arianna melayangkan tangan di depan mukaku.
 
Terkebil-kebil aku memandangnya.

"Awak, awak okey ke tak, ni?" Cemas suara Arianna menyapa telingaku. Aku kembali memandangnya. Ah, Arianna memang betul-betul ada di hadapanku kini? Semerta hatiku melonjak gembira. Bagaikan nak melompat rasanya.

Tapi, senyuman lebarku mati terus bila aku teringat kembali tentang hari ini. Hari ini, sepatutnya Arianan akan bernikah!

"Wait, awak buat apa kat sini?"
soalanku itu membuatkan Arianna menunduk. Hanya memandang ke lantai.

"Awak lari ke, Arianna?" Tinggi sedikit nadaku. Terkejut apabila menyedari akan keadaan ketika ini.

Arianna yang masih menunduk kelihatan menjatuhkan kepalanya. Apa maksudnya itu? Dia mengiakan ke?

"Saya buntu, Fahri! Saya dah tak tahu nak buat apa! Yang ada dalam kepala saya, hanya cadangan dari awak hari tu. Asyik berlegar je kat kepala saya ni." Aku menggaru kepalaku. Kemudian, bulat mataku saat menyedari maksud Arianna itu.

"Awak... awak cintakan saya ke?" Tergagap-gagap aku cuba meluahkan.

Entah mengapa, saat ini aku sangat berharap Arianna menjawab, ya! Percayalah, kalau Arianna mengiyakan, aku sanggup meredah segala onak dan badai. Malam ini juga aku akan menjadi suaminya!

"Saya... saya... saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran saya. Apa yang pasti, saya tak nak jadi isteri Abang Adam dan, saya asyik ingatkan awak je." Aku tergamam. Apa maksud Arianna? Asyik teringatkan aku?

"Please, Fahri tolong saya. Kahwin dengan saya!" Sekali lagi aku tergamam. Dia ajak aku kahwin? Aku menelan liur berkali-kali. Masih memikirkan ayat sesuai untuk memberi jawapan.

"Fahri..." Tiba-tiba Arianna memegang tanganku. Tersentap aku. Jantungku berdegup kencang. Hilang semua yang aku fikirkan sebentar tadi.

"Tolonglah saya. Please Fahri, saya tak kisah kalau awak nak nikahi saya hanya untuk sehari. Asalkan, saya dapat lepas dari jadi isteri Abang Adam." Aku merenung ke dalam mata Arianna. Cuba mencari, adakah sinar cinta yang terbit di situ.

Ah, aku keliru. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Arianna sekarang. Dia tidak mahu dinikahkan dengan Adam. Kerana dia tidak mencintainya. Tapi sekarang, dia merayu aku untuk menikahinya. Kerana cinta atau...?

"Arianna. Look, saya tahu awak tengah buntu sekarang ni. Saya cuma tak nak awak menyesal dengan keputusan awak."

Arianna melepaskan pegangan di tanganku. Sekali lagi dia menunduk memandang lantai. Seperti kecewa, lagaknya.

"Macam nilah. Saya minta maaf tak boleh nak tolong awak. Sekarang, awak masuk dulu, tukar baju. Awak dah basah. Menggigil. Nanti demam pulak." Arianna mendongak. Memandang aku.

"Awak stay sekejap kat sini. Nanti, agak-agak majlis dah dibatalkan, saya akan hantar awak balik." Bulat mata Arianna memandangku.

"Tak. Saya tak nak balik. Saya takut." Ya, aku benar-benar melihat ketakutan di mata Arianna.

"Jangan macam ni. Awak kena balik. Kena bincang dengan parents awak. Saya yakin, dia orang akan lebih faham lepas apa yang dah jadi sekarang ni." Arianna seperti mahu menangis.

"Tapi, saya takut," lirih suaranya.

"Tak apa. Saya ada. Saya akan temankan awak. Saya janji." Selepas mendengar janjiku barulah Arianna menurut.
 
Arianna aku arahkan supaya ke bilik Wan. Kerana, hanya bilik Wan sahaja yang mempunyai bilik mandi di dalamnya. Sementara itu, aku cuba menggeledah baju yang aku rasa sesuai untuk Arianna.

Sehelai t-shirt dan seluar track. Hmm, bolehlah. Cepat-cepat aku letakkan di atas katil bujang Wan, dan aku terus ke dapur untuk membancuh air panas untuk Arianna. Kasihan dia. Kesejukan, menggigil.

Sambil menunggu di dapur, fikiranku terus sahaja melayang. Aku meraup muka berkali-kali. Bagaikan masih tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.

Arianna, gadis yang aku idamkan, yang aku impikan, sekarang berada di dalam rumahku. Agak-agak apa hikmah semua kejadian ini? 

Sedikit sebanyak, aku sangat lega bila mana Arianna mengambil keputusan untuk lari, maksud aku mengambil keputusan untuk lari ke sini. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia belum menjadi isteri Adam. Adakah ini petunjuk untuk aku?

Ya, mungkin ini adalah peluang untuk aku. Berterus-terang kepada Arianna. Tentang perasaanku. Tentang identitiku. Sekiranya, Arianna benar-benar dapat menerima, aku akan menemui kedua orang tuanya. Pedulikan penerimaan mereka. Aku yakin, pasti ada kesukaran di situ. Tapi, kalau perasaan di antara aku dan Arianna memang sama, aku sanggup meredah segalanya. Semoga Allah S.W.T memudahkan segalanya.

Tidak lama, pintu rumah kudiketuk sekali lagi. Eh, siapa lagi yang ke sini?  Mustahil orang tua Arianna akan ke sini? Hebat sangat tu, secepat ini mereka mampu mengesan Arianna.

Atau, mungkin Wan. Entah-entah dia  sudah pulang dari kampung. Maklumlah esokkan hari Isnin. Kenalah pulang awal. Tapi, dia kata emak dia sakit, mungkin dia akan ambil cuti lama sikit sampai emak dia stabil.

Walaupun masih penuh tanda tanya, aku melangkah juga untuk membuka pintu. Kalau benar Wan, aku memang tak sabar nak khabarkan pada dia tentang apa yang terjadi malam ini.

Tapi, sebaik muka pintu kuselak, yang tertangkap di mataku adalah sekumpulan manusia yang biasanya akan aku lihat dalam drama-drama melayu di televisyen. Terbuntang mataku.

Apakah?

Aduh, apa semua ini? Lebih membuat aku tergamam kerana, Aida dan tunangnya Badrul turut serta di dalam kumpulan tersebut! Apa semua ni?!

"Kenapa ni, Pak Imam?" Walaupun aku faham benar tujuan kedatangan mereka semua ke sini, namun aku masih juga bertanya.

"Macam ni, tadi Badrul datang ke masjid. Dia minta kami semua ke sini. Sebab..." Badrul?

Pak Imam tidak meneruskan kata-katanya. Matanya beralih pada Badrul. Aku juga terikut memandangnya. Badrul tersenyum sinis.

"Betul ke ada perempuan dalam rumah kamu ni, Fahri?" Aku terkedu dengan soalan dari pak cik Zaman, ayah kepada Aida.

"You tengok sendiri sekarang ni. Degil! Berapa kali I nak bagi tahu dekat you. Lelaki yang you puja sangat ni, tak guna. Kaki perempuan. Tapi, pernah you nak percaya cakap I. Tu, tengok macam mana pucat muka dia bila dah kantoi!" Aku mengetap rahang.

Sakit hati dengan tuduhan Badrul. Aku tak peduli tentang Aida yang sudah menarik muncung itu. Tapi Badrul itu, sakit sangat hati dengan aku kenapa entah? Sampai sanggup membuat fitnah.

"Alah, Pak Imam. Kalau nak tunggu budak ni mengaku, lambat lagi kot. Baik kita geledah je rumah ni." Badrul terus menolak aku ke tepi dan masuk ke rumah. Diikuti oleh mereka yang lain.

Sejujurnya, aku agak cemas. Bukan aku tidak mahu mengaku Arianna ada di sini. Tapi, lihat sahaja sikap Badrul. Langsung tidak memberi kesempatan kepadaku untuk menjelaskan.

Aduh, macam mana ni? Kasihan Arianna. Sudahlah dia lari dari majlis pernikahan, datang ke sini kena pula tangkap basah. Habislah, habis!

Aku baru sahaja melangkah mahu menyertai kumpulan tadi, apabila pintu bilik Wan dibuka Arianna. Dia sudah lengkap berpakaian. Tapi tidak bertudung, cuma dia menutup kepalanya dengan tuala. Ialah, tudung diakan basah, tadi. Semua mata terus tertumpu padanya.

Kelihatan, Arianna tergamam memandang kepada semua orang yang tiba-tiba berada di rumahku itu. Kaku dia di situ. Aku hanya memandangnya penuh dengan perasaan simpati. Dia akhirnya memandang kepadaku, namun tiada apa yang mampu aku katakan. Hanya mata kami sahaja yang bisa bersabung pandang ketika ini.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now