Bab:49 ☑

3.8K 149 19
                                    


Arianna

SUDAH lama Abang Adam cuma berpusing-pusing di tempat yang sama. Berkali-kali aku melihat jam di tangan. Resah!

"Abang Adam nak bawa Yana ke mana, ni?" soalku akhirnya.

Tapi, Abang Adam masih juga tetap fokus kepada pemanduannya. Aku mengeluh.

"Dah lewat ni, Abang Adam. Kalau tak ada benda nak cakap, baik kita balik." Abang Adam toleh, memandangku sekilas.

"Kita makan kat situ kejap. Abang... nak cari parking ni." Aku pandang kedai makan yang Abang Adam maksudkan. Dahiku berkerut.

"Makan...?" soalku tidak senang. Namun, Abang Adam langsung tidak melayan.

Kata ada hal penting nak bagitahu, pasal Raysha. Sekarang, makan?

Tidak lama setelah beberapa kali melalui jalan yang sama, akhirnya Abang Adam berjaya mendapatkan tempat untuk meletakkan kereta.

"Okey, jom," katanya sambil terus melangkah keluar. Aku menurut dengan perasaan sebal.

Walaupun terasa seperti dipermainkan ketika ini, namun aku sabarkan hati demi Raysha. Manalah tahu, kalau benar ada perkara mustahak yang ingin dikhabarkan.

Duduk sahaja di kedai makan, Abang Adam terus pesan makanan dan minuman. Dia pelawa aku sekali, namun aku sekadar memesan minuman. Aku tidak berselera untuk menjamah makanan. Fikirkan perkara penting mengenai Raysha, juga Fahri di rumah yang entahkan makan atau tidak. Sesak!

Selalu, kami akan makan bersama-sama. Balik kerja, aku selalu akan memasak. Masak yang ringkas-ringkas, tapi hari ini...

"Bila Abang Adam nak mula, ni?" Abang Adam yang kelihatan sangat berselera dengan menu yang dipesan seakan terganggu dengan soalan aku itu.

"Sabarlah, Yana. Abang lapar ni. Lepas makan kita boleh borak, kan?" Aku pandang jam tangan.

"Kenapa? Fahri pesan suruh balik awal? Dia tak percayakan abang?" Aku menjadi agak terganggu dengan tuduhan daripada Abang Adam.

"Bukan macam tu. Tapi, Yana ni isteri orang. Ada tanggungjawab yang perlu Yana lunaskan. Kalau setakat nak buang masa macam ni, baik..." Aku terdiam apabila Abang Adam meletakkan sudu dan garfu. Agak kasar sedikit caranya. Marah?

"Ialah. Abang faham," katanya senada.

"Sebenarnya, Abang tahu Yana mesti dah lupa pasal Raysha, kan?" Ternaik keningku.

Apalah masalah Abang Adam asyik menuduh yang bukan-bukan.

"Tak baik Abang Adam cakap macam tu," kataku tidak puas hati.

"Sorry kalau abang silap. Tapi, kalau betul Yana ingat, mesti Yana tahu Rabu depan hari apa?" Aku terdiam sejenak. Rabu depan? Aduh, hari lahir Raysha. Semerta aku terasa malu sendiri. Jujur, dengan apa yang terjadi dalam hidupku sejak kebelakangan ini, aku telah lupa akan hal yang satu ini.

Raysha, maafkan ibu.

"Lupa, kan?" sinis Abang Adam bertanya. Aku diam sahaja.

"Jadi, hari Rabu tu nanti, abang nak celebrate. So, harap Yana boleh join sekali. Bukan apa, tahulah Raysha rapat dengan Yana macam mana, kan?" Aku gigit bibir. Perasaan rindu kepada Raysha terasa membuak-buak. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Rindu.

"Abang buat kat mana, majlisnya?" soalku.

"Oh, yang itu abang belum pasti lagi. Nak tanya Yana dulu. Kalau Yana setuju nak ikut serta, baru abang nak plan betul-betul." Aku sekadar mengangguk sahaja.

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now