AriannaMASALAH bersama pegawai agama telah diselesaikan. Mereka tidak lama pun sebelum meminta diri untuk berlalu. Salah faham katanya.
Tapi, itupun setelah aku menunjukkan sijil nikah kami kepada mereka.
Setelah menghantar mereka hingga ke pintu masuk, aku terus ke ruang tamu semula. Aida sudah menekur di atas sofa.
Aida, dia punya pucat semasa melihat aku keluar dari bilik tadi terasa seperti mahu kurakam sahaja menjadikan kenangan. Hahahaha....
Fahri pula hanya berdiri di antara ruang tamu dan pintu masuk. Setelah aku duduk di sebelah Aida, barulah Fahri juga mengambil tempat di sofa berhadapan kami.
Aku pandang Aida dan Fahri silih berganti. Fahri juga tidak lepas matanya daripada memandang aku. Aida pula hanya menundukkan wajah. Entah apa yang dia rasakan tika ini.
Bersalah?
Malu?
Entahlah....
Terasa kasihan pula melihat dia menikus begitu. Ya, kalau ikutkan memang sakit hati dengan si Aida ni. Dengan nekadnya dia ke sini merayu kasih suami aku, masa aku tiada di rumah pula tu. Licik sungguh! Tapi, malas nak bergaduh. Bukan cara aku.
Semasa aku mengambil tempat di sebelah Aida, dia pandang aku sekilas. Namun, cepat sahaja dia melarikan semula pandangannya.
"Aida..." suaraku, sambil tangan kirinya aku pegang. Dia mendongak sedikit.
"Saya ni, bukan jenis yang suka bergaduh. Saya memang marah dengan apa yang jadi hari ni, tapi saya cuba berfikir rasional."
Aida masih juga tidak bersuara.
"Saya faham, cinta yang terbit dalam hati awak, bukan awak yang minta. Cuma..."
Aku berjeda seketika. Memandang pula ke arah Fahri yang masih tidak lepas pandangannya kepadaku.
"Cuma, saya harapkan pengertian awak je sekarang ni. Cinta tu, tak boleh dipaksa, Aida. Sejauh mana awak sayangkan Fahri, tapi kalau perasaan awak dan dia tak pernah sehaluan, tak ada gunanya."
Aida diam lagi.
"Jodoh tu, dah ditetapkan. Kalau betul awak berjodoh dengan Fahri, percayalah tak akan ada siapa boleh menghalang. Tak guna juga awak buat perangkap macam ni."
Sekarang, baru Aida mengangkat muka memandang aku.
"Awak... awak tahu?" Aku angguk sambil tersenyum.
"Saya tahu. Sebab saya dah lama stay sini. Belum pernah ada sesiapa yang tanya apa hubungan antara saya dan Fahri. Tapi, kenapa bila awak dalam rumah ni, siap pegawai agama yang datang?"
Aida gigit bibirnya.
"Tak apa, Aida." Belakang tangannya aku gosok perlahan.
"Tapi, awak kena faham satu hal. Semua yang dah ditetapkan, itulah yang terbaik untuk kita. Adakala, Dia tak berikan apa yang kita nak sangat-sangat. Tapi, percayalah apa yang awak miliki, itulah yang awak perlukan sebenarnya."
Saat ini Aida membalas peganganku.
"Ikhlaskan hati. Saya sendiri pun tak tahu apa yang menanti di depan. Kalau nanti di akhirnya awak memang berjodoh juga dengan Fahri, saya sendiri tak boleh nak menafikan."
Aida memandang tepat ke dalam mataku.
"Saya dah faham," katanya. Aku senyum. Syukurlah kalau dia benar faham.
"Sekarang saya tahu kenapa Fahri sayangkan awak. Saya memang jauh daripada layak jika nak dibandingkan dengan awak."
Aku terpaku sebentar. Dia puji aku ke, ni?
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...