Bab:69 ☑

4.2K 169 38
                                    


Arianna

TELEFON pintar, aku letakkan di atas meja kopi yang terdapat di tengah ruang tamu.

Senyuman bahagia terus memekar lebar di bibir. Ya, buat masa ini cukuplah begini. Aku sudah mampu merasa bahagia.

Aku tahu, masih banyak persoalan yang perlu aku rungkaikan. Fahri masih mendesak untuk mengetahui isi hatiku. Tapi, setakat ini aku masih berjaya mengelak.

Semoga, dipermudahkan...

Perhatianku kepada rancangan di televisyen terganggu apabila terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah.

Aku kerling jam di dinding. Sudah melewati sebelas malam. Siapa pula yang ke mari?

Mustahil Nadia. Dia baru sahaja pulang beberapa hari lalu. Lagipun, esok bukan hujung minggu.

Aku terus bangun dan mengintai di sebalik langsir. Cuak juga. Sudah malam begini ada pula tetamu yang tidak diundang.

Kelihatan susuk seorang lelaki yang baru keluar dari perut kereta. Lelaki tersebut hanya berdiri tegak dan memandang ke arah rumah ini.

Siapa tu? Berderau darahku. Aku semakin gementar apabila melihat lelaki itu mengatur langkah dan memanjat tangga batu di depan pintu masuk.

Sekelip mata, pintu diketuk. Aku senyap berdiri di depan pintu. Takut!

Ketukan kedengaran sekali lagi. Aku semakin resah. Perlukah aku membuka pintu atau membiarkan sahaja?

Semasa sedang bergelut untuk membuat keputusan, lelaki itu memberi salam pula.

Hurmm, kalau dia nak buat jahat, mustahil dia siap beri salam? Ah, buka sahajalah pintu. Kalau jadi apa-apa nanti, aku jerit sahajalah. Mak Ngah kan ada di sebelah.

Jadi, perlahan-lahan aku membuka pintu. Lelaki itu memandang aku tidak berkelip. Macam terkejut pun ada.

"Ya, nak cari siapa?" soalku. Dia pula, masih lagi berdiri kaku.

"Awak siapa?" soalnya kepadaku.

Aku tarik muka. Dia yang datang ke sini, dia pula yang sibuk menyoal.

"Siapa saya, bergantung kepada siapa yang awak nak cari..." Aku lipat tangan ke dada. Menyampah!

"Ooo, macam tu," balas dia selamba.

"Saya tak cari sesiapa?" jawab dia lagi.

"Kalau tak cari sesiapa, kenapa datang ke sini?" soalku pelik.

"Eh, salah ke?" Aku sudah mula merasa tidak sedap hati. Dia seperti mahu mempermainkan aku sahaja.

"Maaflah. Saya tak ada masa nak main-main. Kalau awak tak ada nak cari sesiapa kat sini, baik awak pergi. Tak manis kalau ada orang nampak. Saya tak mahu difitnah."

Aku sudah tarik muka semasam yang mampu. Namun, berkerut dahiku apabila dia membalas kata-kataku dengan ketawa kecilnya.

"Boleh tak jangan main-main? Awak nak apa sebenarnya ni?" marahku padanya.

"Siapa yang kata saya main-main. Saya tanya awak, salah ke kalau saya datang rumah sendiri?" Aku tergamam!

"So, awak ni siapa? Saya rasa mak saya tak ada sewakan pun rumah ni." Dia angkat kening tanda bertanya.

Aku serius sudah menggelabah. Dia ni pasti anak Mak Teh. Habislah.

"Awak anak Mak Teh, ke?" soalku. Dia kelihatan terkejut. Tak sangka aku kenal dengan emaknya, mungkin. Perlahan-lahan dia jatuhkan kepala.

"Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau saya tahu, tak adalah saya nak marah-marah," kataku jujur. Dia cuma tersenyum.

"Tapi, awak ni siapa?" soalnya lagi sambil menggaru pelipisnya.

"Saya kawan Nadia. Buat masa ni, saya menumpang kat sini. Awak tak tahu?" Terus dia menepuk dahi sejurus aku memberi tahu.

"Kenapa?" soalku cuak.

"Mesti mak saya lupa nak cakap dengan saya. Salah saya juga. Saya memang jarang balik sini, lagi-lagi bila mak dah tak tinggal kat sini," terangnya padaku.

"Tapi, awak balik sini malam ni, kenapa?" Dia tersengih.

"Sebenarnya, saya kena transfer ke sini. So, saya fikir nak stay kat sinilah." Aku terdiam. Berderau lagi darahku!

Macam mana ni? Mustahil aku dan dia akan serumah. Mana boleh! Tapi... ni rumah emak dia. Mestilah dia yang lebih berhak!

Alamak, nak buat apa ni?

"Saya minta maaf. Habis tu, macam mana sekarang? Saya kena keluarlah ye," soalku lurus. Namun disambut ketawa daripadanya.

"Siapa suruh awak keluar? Awak stay je dekat sini. Saya tak ada kata nak halau, pun."

Nasib baik! Lega aku.

Tapi, kelegaan itu tidak bertahan lama apabila aku teringat akan dirinya. Kalau aku masih tinggal di sini, dia pula macam mana?

"Dah tu, awak?" Aku lihat dia mengukir senyuman. Nakal!

"Rumah ni kan besar? Bilik pun ada empat, kalau saya tinggal sekali kat sini rasanya tiada masalah, kot?" Terbuntang mataku.

Biar betul dia ni?

Gila!

Kemudian dia lepaskan ketawa. Kuat!

"Taklah, saya gurau je. Awak stay la kat sini," katanya dalam sisa ketawa.

"Awak?" Aku masih belum berpuas hati. Aku mahukan jawapan pasti!

"Saya? Ala, Mak Ngah kan ada? Saya tinggallah dengan Mak Ngah." Dia senyum.

Kali ni, baru aku balas senyumannya.

Terasa lega. Benar-benar lega. Aku hampir terlupa bahawa dia ini juga merupakan anak saudara Mak Ngah. Seperti Nadia juga.

"Awak okey ke? Tak kisah?" tanyaku untuk kepastian.

"Habis, nak buat macam mana? Atau, awak nak saya tinggal serumah dengan awak? Saya okey, je." Aku tarik muncung.

Kali ini, aku sedar yang dia sekadar mahu mengusik.

Kemudian, dia terus meminta izin untuk ke rumah Mak Ngah. Dia terus ke kereta dan mengambil beg-beg bajunya.

Kemudian, dia mengatur langkah menuju ke rumah Mak Ngah. Semasa melintasi halaman rumah, dia sempat memberi sebuah lambaian kepadaku.

"Bye, selamat malam!" ucapnya tiba-tiba.

Dia terus berlalu dengan selamba, aku tersenyum.

Kelakar juga dia ni!




Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now