Bab:86

4.5K 193 31
                                    

"JADI Yana sekarang macam mana?" Sesungguhnya, dia sangat terkejut mendengar khabar dari menantunya itu.

Seolah-olah mahu tercabut jantungnya! 

"Astaghfirullah..." Tangannya spontan naik menutup mulut.

"Ayah, saya nak minta izin. Saya nak bawa Arianna balik. Saya tak boleh tinggalkan dia kat sini." Dia cuma tarik nafas panjang... 

"Saya minta maaf, kalau ayah tak izinkan... tapi, saya tetap akan bawa Arianna balik dengan saya."

Dia meraup mukanya. Rasa terkejut, masih menguasai rasa.

"Fahri... Tolong ayah, bawa Yana balik ke sini. Tolong..." sayu dia berkata.

Mengenangkan keadaan anaknya yang cuma tinggal seorang itu, benar-benar mencengkam rasa.

Yana... kenapa berahsia?

Jatuh bahunya!

"Kenapa bang?" soal isterinya apabila melihat raut suaminya yang keruh.

Telefon pintar, diletakkan ke tepi. Wajah isterinya dipandang.

Sugul!

"Yana..." katanya.

Kepala digeleng perlahan. Entah apa rasa yang mula memenuhi ruang hatinya ketika ini.

Sesal?

"Kenapa dengan Yana?" soal isterinya bersahaja.

Dia cengkam dahi yang terasa sakit. Keluhan yang sangat berat dilepaskan.

"Yana mengandung." Terkejut isterinya mendengar.

Mengandung?

"Yana mengandung? Anak Fahri?" soal isterinya laju.

"Soalan apa awak ni? Dah Fahri kan suami dia..." Isterinya masih berasa pelik.

Anaknya mengandung? Tapi, macam mana? Bukankah mereka sedang berjauhan.

"Masa Yana setuju untuk pergi, dia dah berisi. Tapi, dia sembunyikan daripada semua orang."

Isterinya angguk faham. Tapi, kenapa berita gembira ini membuatkan suaminya bermuram begitu.

Suaminya tidak suka?

Tapi, hubungan mereka dengan Fahri semakin baik. Dia sendiri, sudah boleh menerima Fahri sebagai menantu.

Sejak pemergian Yana, dia lihat sendiri bagaimana Fahri, menantunya itu beria berusaha untuk mengambil hati mereka.

Keikhlasan Fahri, dapat dia rasakan. Patutlah, Yana sanggup larikan diri masa majlis nikah tempoh hari. Fahri ternyata seorang yang sangat baik.

"Dah tu, kenapa abang macam tak suka? Bukan abang dah terima Fahri, ke?" Dia pandang wajah isterinya. Tidak lama sebelum dia menunduk semula.

"Anak Yana... dah tak ada." Isterinya terdiam.

Tak ada?

Apa maksud suaminya?

"Cucu kita, Na. Dah tiada." Saat itu, jelas isterinya melihat air mata yang bergenang di tubir matanya.

Dia, sudah tidak mampu lagi memendam rasa. Adakah semua yang terjadi ini kerana dirinya?

"Apa yang jadi, bang?" soal isterinya cemas.

"Na, Yana mengandung dah masuk bulan ke lapan..." isterinya terkejut bukan kepalang.

Lapan bulan? Ya... betul juga, kalau ikutkan pengiraan, Yana membawa diri sudah hampir bulan ke tujuh.

Allahu...

Bukan Kerana Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now