AriannaPAGI-PAGI lagi Abang Adam sudah terjegul di muka pintu.
Aku yang sedang bersarapan, hanya mengabaikan sahaja. Entahlah, aku tidak mahu berfikiran negatif, tetapi semenjak aku kembali tinggal di sini, tidak pernah dalam sehari Abang Adam tidak ke sini.
Emak menyambut kedatangan Abang Adam dengan senyuman lebar menghiasi bibir.
Setiap kali!
Apakah, emak masih mengharapkan akan adanya terjalin hubungan di antara aku dan Abang Adam?
Huh!
Aku, malas mahu serabutkan kepala memikirkan masalah ini. Apa yang aku fokuskan sekarang adalah hubungan di antara aku dan Fahri. Itu lebih penting!
"Marilah makan sekali Adam," pelawa emak.
Abang Adam terus sahaja mengambil tempat.
"Awal datang hari ni? Tak kerja?" soal emak lagi.
"Kerja. Saja je singgah sebab bangun awal tadi."
Aku jeling ke arah Abang Adam. Eh, dia pun sedang memandang aku. Terus aku larikan pandangan.
"Elok juga Adam ke mari. Yana bolehlah tumpang Adam hari ni."
Aku terkejut. Berkerut dahiku. Dah kenapa?
Sepanjang aku kembali tinggal di sini, aku sudah biasa memandu sendiri ke tempat kerja.
"Bolehkan Adam?" tanya emak lagi.
Abang Adam tersengih-sengih.
"Yana pergi sendiri je," kataku dan terus berdiri.
Aku, benar tidak merasa selesa. Aku faham benar, emak mahu menjalinkan kembali hubungan di antara aku dan Abang Adam.
"Eh, Yana. Biarlah abang hantar. " Abang Adam turut bangun.
"Yana, kereta tu mak nak guna. Kebetulan Adam ada ni, bolehlah Yana tumpang."
Berkerut lagi dahiku.
"Kenapa mak tak cakap awal-awal?" soalku sinis.
"Eh, salah pula mak nak guna kereta? Bukan kereta Yana, pun."
Aku terdiam.
Terasa dengan kata-kata emak sebenarnya.
Aku sedar, kereta itu bukan kereta aku. Tapi, selama ini aku yang selalu menggunakannya. Ayah pun, tidak gemar memandu.
"Tak pe, Yana naik teksi je."
Aku masih berkeras.
"Yang nak susah-susah tu, kenapa? Suka sangat ikut kepala sendiri. Buat apa semua tak fikir. Dah ada jalan senang, suka nak pergi cari susah."
Aku kemam bibir. Sedih betul dengan kata-kata emak itu. Aku faham maksud tersirat emak.
Aku membelakangkan mereka. Mata, aku pejam rapat dan nafasku tarik panjang. Perlahan-lahan, aku lepaskan.
Aku, sebolehnya tidak mahu menitiskan air mata di hadapan mereka.
"Jomlah, lagipun lewat nanti kalau tunggu teksi."
Entah bila, Abang Adam sudah berada di sebelahku.
"Jangan nak degil sangat, Yana. Aku ni masih lagi emak kau."
Aku gigit bibirku. Menahan geram.
Emak, masih dingin denganku sejak kejadian tempoh hari.
Malas mahu bertekak, aku terus menanti Abang Adam di tepi keretanya.
YOU ARE READING
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RomanceCover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Romance Winner _ Helios Award Arianna keliru dengan keputusan yang perlu diambil. Perlukah dia menerusk...